Z-BukanRobot

This page is dedicated to me, when feeling happy/down/unmotivated/alone.

When you succeed, you earn something. When you fail, you learn something. You need both.

ROADS and OTHER REASONS…

Jump to…

Topic 16: Saya profesor, tapi pandai masak juga…
Topic 15: Selamat Hari Raya 1437?
Topic 14: Zoo Taiping and Night Safari
Topic 13: Birthday, anyone?
Topic 12: Lima hari di KB
Topic 11: Muji, Cik Gu Kay…Sayang selalu
Topic 10: Teman sekolah di KTC dan Pantai Irama.
Topic 9: Seminggu di Kuala Lumpur…
Topic 8: REU2015–Hanya sayang, tiada dendam
Topic 7: Selamat hari lahir yang ke…
Topic 6: Banjir dan pembentangan doa
Topic 5: Yeah..Yeah..Langkawi parasailing dan Pulau Payar
Topic 4: To my girl
Topic 3: To someone I used to call a friend
Topic 2: Untuk anak gadisku
Topic 1: Any values in tears?

profile2017

My voice –to prove that I am not a robot.

Saya Profesor, tapi pandai masak juga…

Sepanjang Ramadhan tahun 2016 ini saya memang masak. Tak mahu beli lauk kat luar sebab serik makanan selalu basi sebelum tengah malam pun. Ramadhan tahun lepas juga, sebulan penuh saya masak. Jangan underestimate ya. Tapi kalau hari biada, saya hanya masak during weekend saja! Hari lain masak campak2 atau beli nasi kerabu kedai Taufik.

Sebagai bukti, di bawah ini beberapa lauk yang sempat saya capture masa Ramadhan 2016. Ini kalau masak awal sempat lah selfie lauk. kalau lewat, tak sempat selfie, dah habis masuk perut..he..he..

Go to top

Selamat Hari Haya 1437

Hari terkahir Ramadhan, ada rasa gembira kerana sempat lagi bernafas mengakhiri Ramdahan tahun ini. Di beranda rumah, termenung memandang keluar, terkenang akan segera perginya Ramdahan ini, dan rasa takut dalam hati- apakah sempat bertemu Ramadhan lagi? atau apakah ini Ramadhan ku yang terakhir?

lastday ramadhan

Pemandangan dari beranda belakang rumah pada hari terakhir Ramadhan. Aman, indah, memukau. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?

Bersamaan 6 Jun, 2016 – tibalah 1 Syawal 1437 atau Hari Raya. Raya ini kami beraya di Sintok. Tidak dapat balik mana-mana kampung kerana Nada hanya cuti sekejap, exam break, then akan kembali ke kampus untuk meneruskan exam. Sebaik sahaja selesai solat Eidul Fitr, Rafidah dan anaknya Hani datang beraya. Sykurnya nasi dagang kak ana telah tiba terlebih dahulu. Sempatlah Rafidah merasa nasi dagang. Aku hidangkan juga agar2 nanas, tapai, kek coklat, dan nasi himpit sambal Kelate yang memang sangat yummy.

rasmi nasi dagang

Tuan rumah kena makan dulu. Takut sat lagi tamu mai, jenuh dok telan ayaq lioq. seen in the photo from left, Fazli, Aman, Cik Ana, and me.

Lepas Fidah balik, baru kami semua merasmikan nasi dagang. Then ambil gambar dua tiga shot sebab cik Ana dah nak balik k Parit Buntaq. Thanks Sis, sebab susah payah bawa nasi dagang untuk kami berhari raya. well, kami di utara ni bukan ada ramai waris warah pun.

?????????????

Sempat bergambar kenang-kenangan di ‘lorong kucing’ berlatar belakangkan pokok limau purut kesayangan aku.

Lepas Fidah balik dan cik Ana  balik, mulailah aku yang kena sinsing lengan baju kerana tamu lepas tu tak putus-putus. Syukur Alhamdulillah. Tamu datang bawa rezeki kan. Aku gembira, ramai sempat merasa masakan kami. Tamu kampung Tok Kassim, tamu dari Syria, dari Nigeria, dari Iraq dan dari Indonesia.

semiu adib

Semiu, dari Nigeria dan Adib dari Syria. Tak sangka mereka boleh juga makan nasi dagang…!

faten

Faten and me. Dia bawa ‘surat cinta’ untuk ku..ha..ha.. lawak baca, dia baru belajar menulis dalam BI.

rawaa maism

Ini sikecik bernama Maism dengan mamanya Rawaa. Juga dari Syria. (Doakan keluarga mereka di Syria yang sedang bergolak sekarang)

ktk

Ini ‘family’ dari Kampung Tok Kassim. Tak cukup kerusi..he..he..

iraq

Mustafa, Siti dan anak kecil mereka Yunus. Teman sepejabat di SOC. Mustafa dari Iraq.

20160706_173633

Anak-anak comel Kg Tok Kassim, Aina dan Maisarah. Depa suka Nasi Dagang rupanya.

mustafa

Mustafa terpaksa juga makan ‘nasi dagang’ walapun memang tekak Iraqnya tak boleh telan..ha..ha..kess buli dah ni.

Siti bawa kek cheese memeleh dari kedai abangnya. Memang superb! Best sangat. Tak pernah lagi makan cheese cake rasa macam ni. dah la kek itu penuh cheese, ditabur pula dengan cheese parut panjang2 berjuntaian penuh dengan cheese.

Capture

Rasa macam nak makan sorang jer cheese cake ni. ha..ha..gambar ni memuatkan juga bunga kantan yang dipetik dari kebunku, dah kita tak der bunga tulip kan, kita letak bunga kantan!

Gambar kat bawah ni, adalah tetamu trakhir kami di hari raya pertama. Keluarga Fitri yang baru tiba dari Indonesia. Mujur ada lagi baki makanan hari raya..maaf ya Fitri kalau kekurangan apa-apa, habis gimana sih, tamunya datang malem…

?????????????

Keluarga Fitri dari Indonesia. Dari depan, Pa, Ayah Fitri, Ibu, adik, aku dan Fitri.

Fuhhh, first raya, tamu aku yang terakhir pulang jam 11.30 malam. Badan sudah lembik tapi gembira. Syukur pada Allah, masih ramai yang ingat akan kami, sudi berkunjung ke teratak kami di hutan rimba ini.

HARI RAYA KE 2

Bangun pagi raya kedua..badan sudah letih semua tetapi hari ini dah janji dengan Adib nak pi makan nasi Syria rumah dia. Baru keluar  rumah, eh En Kama whatsap kata nak singgah beraya kat rumah. So balik semula, prepare nasi himpit baru untuk mereka. Top up dengan tapai, agar-agar, kek cokelat dan tat nenas. Since ini kali pertama En Kama dan famili nak datang rumah, payah jugaklah nak cari tumah aku yang tersembunyi ayu dalam hutan rimba ini. Share location dgn Google Map, pun tak tepat..begitulah ‘rural’nya tempat tinggal ku.

20160707_120839

En Kama dan Pn Zarina serta empat anak mereka sempat menjamah nasi himpit sambal Kelantan, di hari raya ke 2.

Sempat bekalkan mereka keropok Kelantan dan sedikit tat nenas untuk di makan dalam perjalanan.

IMG-20160707-WA0030

Pemandangan dari beranda belakang rumah pada hari terakhir Ramadhan. Aman, indah, memukau. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?

Rawaa sudah telefon dua kali, kenapa lambat sampai. mereka menunggu kami untuk makan. So, lepas En Kama bertolak, kami bergegas ke rumah Adib dan rawaa. Mkana nasi sup daging Syria yang sangat yummy. macam ni batl jer la niat nak diet, nak kurus bagai….ha..ha.. masa makan mana boleh ingat diet kan? kita fikir kemusian jer la.

sup

Pa, aku, rawaa, Faten, Adib dan nada. Eh, mana Maism?

nada aman

Nada dan Aman yang kekenyangan penangan Sup Syria.

famili kecil adib

Terima kasih banyak kepada keluarga kecil Adib, ada 4 setengah orang. Baby dlm perut tu bakal lahir dalam 4 bulan lagi rasanya..

Balik dari rumah Adib, teringat dah janji dgn Dr Aizan nak visit anaknya yang sakit. Rezeki lagi dapat makan nasi minyak dengan daging masak hitam. Aduhai..apalah kami ni…kerja makaaaaaan saja mentang2 dah raya. Bila nak mula puasa Syawal ni? Tercari-cari anak Dr Aizan yang sakit baru-baru ni. tetiba dia keluar salam malu-malu. Ilham kena sakit pneumonia baru-baru ni. lama dia di hospital. Now dah sihat ceria.

IMG-20160707-WA0059

Ilham, yang tak sempat kami visit di hospital baru-baru ini

HARI RAYA KE 3

hari ini janji dengan Cik Ana beraya di rumahnya untuk makan soto. Dekat 2 setengah jam drive baru sampai Parit Buntaq. Dekat jer dengan stesen ETS nibung Tebal. Lain kali senang naik ETS jer berhenti di stesen Niong Tebal.

IMG-20160708-WA0038

Iman yang rasmi dulu soto Mak Cik Ana

Balik dari rumah Cik Ana, Jalan smooth saja, tapi jalan bertentangan (menuju ke selatan – Ipoh, KL…) jem giler.

jalan jem

Pemandangan dari beranda belakang rumah pada hari terakhir Ramadhan. Aman, indah, memukau. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?

Menyinggah lagi on the way back, beraya rumah Pnut di Taman Selayang Aloq Staq. Makan pajeri terung masakan Pnut yang sangat sedap. Ni memang kena minta resepi.

HARI RAYA ke 4

Hari ini keluarga Amer Sahar datang dari Penang, semua ada cukup korum. Amer, Lenny, Aziz, Ain, Balqis dan sikecik cute tu, mek Nourish. Hari ni dah lapar nasi biasa, so aku masak lemak rebung yang Pa ambil dari kebun. Then goreng ikan, grill ayam sos bbq Hunt’s. Itu untuk makan tengahari.

20160709_130620

Jamu masak lemak rebung. Kata Amer dia tak boleh makan rebung..sakit urat apa entah katanya..

20160709_130629

Awat tak tau, gambar ni terbalik…Mek Nourish tengah makan agar-agar Nanas.

Lepas solat, Amer pula masuk dpaur masak dengan Lenny. Kenyang semua hulubalang dengan Fries serba rasa, udang goreng tempura, nasi kerabu,…

nasi kerabu

Nasi kerabu dengan pelbagai ulam, udang tempura, ikan goreng tepung, ayam , dan tak ketinggalan…BUDU!!!. Eh, ulam hiris tak masuk dlm gambar…

Sebelum depa bertolak balik, sempat aku hidangkan teh rose bud Turkey…Aziz minta tambah. Semua minum… 4 teko licin. Alhamdulillah.

famili amer

Sesi minum tek Turkish Rose Bud dnegan famili Amer.

Tamu ku datang bersama rezeki yang tidak dapat dilihat dengan mata, tetapi dapat dirasa dengan hati. Drive safely ya.

RAYA KE 5

Hari ini tiada legi sesi menerima tamu atau mengunjungi teman..hari ni kena hantar Muhammad balik asrama, kena hantar Nada balik ke kampus, kena siapkan beg sekolah Iman yang kena sekolah esok… Tinggallah kami yang tua ini. Syukurnya ada kakak yang balik bercuti semester. Adalah juga teman bergaduh..he..he..

Betapapun meriah Raya ini, dalam hati ada satu perasaan hiba. Kecil sahaja tetapi menyeksa. Sebak tidak dapat pulang ke kampung mengunjungi pusara Mek dan Cek. Terakhir aku visit ialah sebulan sebelum Ramadhan. Barngkali pusara mereka sudah penuh rumput dan lalang. Barangkali sunyi sepi daripada kunjungan sesiapa..

Go to top

Zoo Taiping and Night safari

April 8th 2016. We make a trip to Taiping for I have promised Iman to visit Zoo taiping and Night safari. We took ETS from Arau to Taiping. Tickets for adults is RM38.00, while children RM23.00. We arrived at night, so we went to the Night Safari straight away. Adults ticket is RM21.20, children RM10.60 (of course, with 6% GST!!)

The Night Safari displays nocturnal animals in their natural settings. During the visit, we ride the free mini tram provided by the management. We can hear sounds made by numerous creatures. We are thus, advised to minimize all sound –including speech, so that those sound can be heard. Mind you, camera flash is not allowed. 

The next day we went to

  • lake garden,
  • the zoo,
  • the Maxwell hill,
  • Burmese pool,
  • Perak Museum and
  • Kuala Sepetang for the famous mee udang.
burmese pool

Pa, seperti selalu akan mengawasi anak-anak dia, dari jauh atau dekat

taiping2

Ni Nada datang angin nak cium lembu

taiping3

kat muzium

Taiping4

Iman terpesona tengok pengantin

We have to catch our ETS just before maghrib prayer. Rushing from kuala Sepetang to ETS station, we manage to catch our train to Arau. Safely arrived at 10.00pm, and there, readily waiting is my dear friend Mar. We were taken to her house for a late night supper. Laksa!!! Thanks Mar, you are soooo kind and thoughful.

Go to top

Birthdays, anyone?

Celebrating birthdays is not one of our prophet’s teachings. Anyway, if it is done for a good cause, in way not against the religion, then I guess it should be ok.

15th Feb, 2016, I entered the meeting room as usual. and to my surprise – everybody in the meeting room sang me the ‘happy birthday’ song. Flattered I was. Thanks to Prof Ku Ruhana and the gang for celebrating. She had arranged another birthday party for Dr Syamsul and me on another occasion during the ICOCI meeting.

20160223_142029

The cake, especially ordered for us, Dr Syamsul and me. Thanks ICOCI team!

I am now officially 5 series..ha..ha..but still cannot get any ‘senior citizen’ card that enable me to get a 50% off for any public transportation’s fare. Guess I am not that old, after all.

On the 3rd of March, again we celebrate another birthday. This time is for my little Iman. He is now officially 7 years old. Since Kakak, nada, and Hammad is not around, we celebrate his birthday at my office…with just a blackforrest cake as the symbol of celebration. Pity Iman, mama was really busy at that time- thus we had the occasion carried out in my office.

20160305_124800(1)

Iman, may you grow up as a dedicated Muslim, a son one can be proud of!

Go to top


Lima hari di KB

Pusara bonda, ayahanda, atok, nenek, abang, kakak…adalah destinasi pertama. Rindu pada ‘mek’ dan ‘cek’ bagai sedikit terubat sebaik melihat tempat bersemadi jasad mereka. Rasa ingin bercerita segala duka di hati, sejak 40 tahun ditinggalkan sendiri melayari kerasnya gelombang hidup ini. I was only nine when mom passed away. What do I know at that age? But that is life. Mahu atau tidak terpaksa lalui dengan cara yang amat payah. Apapun, ketetapan Dia memang mempunyai 1001 hikmah. Mungkin, kalau masih ‘di bawah ketiak’ mek, aku bukan seorang professor seperti hari ini. Well, Allah knows best.

Setengah jam pertama, sebahagian daripada semak samun telah berjaya dibersihkan...beginilah, setiap kali datang, tugas wajib-bersihkan daun dan pokok2 yang tumbuh liar.

Setengah jam pertama, sebahagian daripada semak samun telah berjaya dibersihkan…beginilah, setiap kali datang, tugas wajib-bersihkan daun dan pokok2 yang tumbuh liar.

Hammad, 'raking' rumput-rumput...Biasa, di sini semua akan turun tangan membantu.

Hammad, ‘raking’ rumput-rumput…Biasa, di sini semua akan turun tangan membantu.

20151222_162631

Iman juga membantu setakat kemampuannya. Ini dah hampir 2 jam. nampak cerah sikit. dari depan, bersemadi Bonda, ayahanda, sepupu (kecil). Kelihatan Pa sedang membersihkan pusara arwah Tok Adam.

20151222_155157

Mek dan Cek – bersanding di pusara.

20151222_162604

Selepas dua setengah jam. Terpaksa berhenti, sudah dihambat hujan. Sempat juga mengaji di sini, cuba mengubat rindu pada yang sudah tiada.

Terima kasih buat Kak Kay yang meminjamkan cangkul dan parang. Pisau Rambo papi juga banyak jasanya.

AlFatihah untuk semua penghuni ‘kampung’ ini.

Hari kedua, menyempatkan diri berehat di Sudara Beach Resort & Spa, Bachok. Ambil urutan tradisional, cost me RM53 (with GST..ha..ha..). Sewa bilik RM132 semalam (selepas diskaun  dan bilik Garden view. Kalau sea view RM170). Well, klu nak lihat laut, turun jer dari Chalet dan jalan tepi pantai.

20151224_072500

Menjaring matahari terbit di Sudara Beach…hujan rintik-rintik. Dah jam 10 pagi, matahari masih tidak kelihatan.

IMG-20151224-WA0000

Iman yang berlari sana sini…bebas riang kutip kerangm kutip siput, kejar ketam, tulis di pasir pantai…

Istana pasir - binaan hammad

Istana pasir – binaan hammad

IMG-20151224-WA0003

Aku sibuk capture pasir pantai dengan anak ketam segala bagai..nak buat slides background nanti

dad

Penuh kepercayaan…anak-anak bermain di tepi pantai

Ada kejutan hari ini. Sahabat lama, datang dari jauh nun dari Tanah Merah semata-mata nak jumpa denganku, kawan yang dah 32 tahun tak jumpa. Siti Fatimah datang bersama anak terunanya. Syukur Ya Allah – jalinan persahabatan ini moga dikekalkan. Gembira hari ini. Sempat kami bertanya perkembangan masing-masing. Cerita 32 tahun…nak dicurah semua dalam sejam ini..oh.

IMG-20151223-WA0016

Siti, kawan satu kelas tingkatan 4 dan 5, sudah 32 tahun tidak berjumpa. Siti masih seperti dulu, ramah, lemah lembut, baik hati dan sentiasa murah dengan senyuman. Oh, juga tidak dimakan usia!

Azam dan cgule datang bawa food. Ada peneman, Azim dan Manda. So kami ramai2 makan nasi lauk ikan kering, solok lada, dan singge daging. Nasi seperiuk, zasss..licin. Sedang makan, kringgg…kringgg…Zio sampai!

Zio (Azimah) datang dari rumahnya yang tak berapa jauh dengan Sudara Beach ini. Zio orang kuat PPD Bachok. Unit Exam. la ni exam semua dah lepas, dia relaks sikit katanya..Hepi sungguh today.

?????????????

Kami makan di Orchid Cafe – dari kanan, Siti, Zio, anak teruna Zio, anak teruna Siti.

Ingat nak bermalam di bawah sinaran bulan..eh, hujan pula malamnya. Maklum sajalah, sekarang Disember dan tengkujuh di pantai Timur sudah bermula. what do I have to expect kan? Menutup tirai hari ini, sempat posing dengan pak we tua aku..

hug

Tak mahu komen apa-apa gambar ni dah boleh berbicara sendiri..he..he…

Hari ketiga – sibuk urusan ukur tanah L, jumpa Wan jurukur Sutera, jumpa En Hafiz Asia-Bridge. Settle a few things. RM juga melayang-layang..

Hari keempat pergi kenduri Zio yang akan berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah (semoga beliau memperoleh umrah yang maqbul).

?????????????

Jumpa cikgu K yang juga datang kenduri Zio

?????????????

Ruzilah juga datang. masih comel lote seperti zaman sekolah. Dari kanan Ruzilah, Zio, matron..lupa nama adik zio ni, cgulam, cgK, Azam and me.

?????????????

Selagi boleh posing, kami posing jer la..ha..ha..

?????????????

The whole team..bergambar sampai tak peduli tetamu lain. Lawak betullah. Dari kanan: Cikgu Asri (guru besar ni, suami Zio), Zio, Cgu Lam, Azam, Iman, Hammad, Aman and me.

Balik dari rumah Zio, kami ziarah ayah Karim (En Yaacob bin Awang) di Gunung. Beliau yang menederita cancer stage 4 kelihatan lemah, namun bersemangat menceritakan  pengalaman dan penderitaan sepanjang setahun menanggung beban cancer ini. Doakan beliau diberi kesembuhan.

IMG-20151225-WA0007(1)

Sempat singgah bertanya kabar En Yaacob…cancer di mukanya.

Hari kelima, ialah hari shopping dan makan-makan. Esok dah nak balik Sintok. Belah pagi sempat lagi jumpa sahabat lama sekolah menengah dulu, Cikgu Asnawi.

IMG-20151226-WA0003

Cikgu Asnawi, Alumni SMPC. Bincang untuk latih guru-guru pendidikan khas mengguakan produk yang dibina oleh team UUM. Teria kasih cikgu. Network cikgu Asnawi ni superb!

makan

Makan nasi Hoover, etok, buah..heavenlah kalau pasal makan di Kelantan ni..Adinda on my right.

azam

Kekanda on my left

Letih di KB, 5 hari aktiviti penuh…bertolak ke Sintok, sampia kul 3.00pagi. Rasa macam tapai rebus…

Go to top

MUJI, CIK GU KAY…sayang selalu

Di kesempatan kali ini, aku sengaja memperuntukkan ruang untuk melawat sahabat2 baik semasa sekolah. Bersama cikgu Kay aku berkunjung ke rumah Muji. Wah, seronok kawasan rumah Muji, sunyi dari hiruk piku bandar walaupun rumah ini berada betul-betul dalam bandar (Kg Kota, KB).

IMG-20151124-WA0021

Muji, tuan rumah. dengan juadah untuk kami…

IMG-20151124-WA0020

Lihatlah banyaknya makanan yang disediakan…as if aku ni tak cukup besar ke Muji oiii..

IMG-20151124-WA0019

Dek kerana sedap, kami abaikan sahaja semangat ‘diet’. makan semua yang ada..ha..ha..ha..kejam sungguh pada diri.

IMG-20151124-WA0018

Gendang gendut, tali kecapi; kenyang perut, senang hati…kata siapa? yang suka pantun kan Cikgu Kay…

Terharu, sahabatku ini menyiapkan nasi dagang, laksa, akok, dan segala bagai makanan eksotik Kelantan. Paling eksotik ialah JERING REBUS!!!! Terima kasih Muji. Dalam kesibukan beliau sebagai guru, sempat dia melapangkan masa untuk kami.
Go to top

TEMAN SEKOLAH DI KTC & PANTAI IRAMA

Sebelum cuti sekolah bermula, iaitu 28 Mei ini, aku nak cepat2 balik KB untuk beli stok Ramadhan. Kalau dah masuk musim cuti sekolah, ‘bercintalah’ nak merayau kat KB ni. Dengan jalan jem, dengan manusia punya ramai di Pasar Siti Khadijah…oh, memang tak sanggup aku keluar dari rumah.

Kami terbang dari Pulau Pinang ke KB dengan Fireflyz. Sampai di KB, Malini jemput dan bawa kami ke KTC. Bermulalah acara kunjung-mengunjung dan shopping. Visit family dulu, then shopping di bandar.

Cuba call cikgu K, eh ada peluang jumpa. So kami (Wan Lal, Cikgu K and me) arrange a meeting di restoran KTC.

smtt-lal-cgk

Wan Lal, me and cikgu K. Kalau jump pasti meriah.

lal-cgk

Sebelum balik, sempat lagi posing depan KTC. Sebelah ni ada kelab Red warrior.

Ada pleasant surprise, bila Mejoh (Hj Mohd Hamzah Ismail, x-smtt) muncul. beliau sekarang dah jadi Timbalan Pengerusi Tribunal. Dah masuk bidang law rupanya kawan kita ini. Panjang cerita beliau tentang bagaimana dari akaun beliau berpindah ke law. Kisahnya bermula dnegan tolong buat assignment kawan-kawan law yang lemah Bahasa Inggeris.

Kami rancang untuk meet up dengan kawan2 lain di Bachok. Lama tak jumpa Zek, Jismi, Zio, Ruzilah dan

bachok3

dari Kanan, Zio (tokey jeruk Anak Pak Ali), cikgu K (ceria sokmo), me, Lah (dari jauh dia mai), Zek (dah 33 tahun tak jumpa), Wan Lal (dia upset aku lambat tadi), dan Jismi (maintain remaja!).

Pada 31 mei, kita semua lepak di Pantai Irama, Bachok. Wan Lal dah upset sebab kami lambat tiba, tapi sempatlah jugak minum air kelapa di Pantai Irama. Lama sungguh tak jumpa Zek dan Jismi, 33 tahun! Zio, ku tak lupa sedapnya jeruk Anak Pak Ali yang dibawa (home made you!).

bachok 27 mei

Menikmati kuih, grapefruit, jeruk pauh, roti kastard, dan air kelapa di Pantai Irama.

Walau singkat, dapat sambung silaturrahim dengan kawan lama rasa best sangat. Syukran Ya Allah, ada juga ruang untuk ku bertemu mata dengan sahabat2 baik ku ini.
Go to top

SEMINGGU DI KUALA LUMPUR

Tarikh: 1-4 Mei, 2015

Well, bukan Kuala Lumpur sahaja, tetapi selangor juga..heh..he..

Cuti bermula Khamis 1 Mei, sempena hari pekerja. diikuti hari Wesak, bertembung pula Jumaat-Sabtu. Maka jadilah jumlah cuti 4 hari. Tak sampai seminggu pun. Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin. Tapi, boleh lah…bukan selalu dapat cuti panjang macam ni tanpa perlu ambil cuti extra.

Jumaat, seawal 5.00pagi dah drive ke Bandar ambil Kak As yang baru tiba dari USM. Ya, dia cuti jugalah kan? Katanya rindu nak tengok adik-adik. Sempatlah dia di rumah 3 hari. Malam aku ke KL nak jumpa Hammad yang juga cuti dari Sekolah Seni Johor. Dia naik bas sekolah Seni ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Kenapa tak terus ke Kedah? Kesian kalau dia kena travel lagi ke Kedah. Dari Johor ke TBS pun sudah lebih 7 jam travel gara-gara kesesakan jalan raya.

Kami lepak-lepak di Hotel Aloft. Sepatutnya ke homestay kawan ku, A, tetapi ada masalah sedikit (yang juga melukakan hati), maka kami ke hotel sahaja. Tak apalah, tiada noda di hati – kerana pastinya ada kebaikan atas setiap ketentuanNya. redha sahajalah.

lobbyAloft

Hammad with us. Luaran nampak hepi, entah apa dalam hatinya…

mePa

“…aku masih seperti yang dulu.”

lobbyLagi

Sedang tunggu Kak Za di Lobby

Hammad enjoy sakan di Aloft – mandi di rooftop swimming pool dsb.

pool

Rooftop swimming pool kat Aloft Hotel. Puaslah dia mandi sowang-sowang…tak ada adik yang kacau!

Hari kedua kami dijemput Kak Za, Abg Rizal, Aiman dan baby Ilham pergi Shopping!!

eith Ilham

Seronok dapat jumpa baby Ilham…camana ek nak dapat baby lagi at the age of 50!! Ha..ha..ha..nenek tak sudi mengaku tua!

Happening jugak kat IOI Mall Putrajaya. Hammad beli kinetic sand…seumur hidup aku tak pernah kenal benda apa ni. Mahal sungguh..pasir jer pun! (video kinetic sand kat sini https://www.youtube.com/watch?v=50_-zqsgDA4)

kinetic

Hammad punya kinetic sand…tapi Ma bawa balik umah, tak bagi bawa ke hostel. You can imagine apa jadi kat pasir ni kalau bawa kat hostel, kan?

Balik umah kak Za, Walla, ada puding roti, ada kasui, ada kari kepala ikan…semuanya home-made. Syukran Kak za. dalam sibuk dengan baby sempat masak macam2 kat kami. Makan dan tidur kekenyangan. Lupakanlah diabetes yang sedang bergumbira dalam diriku…

pudingkakZa

Puding Kak Za yang penuh dengan Fresh Fruits..walla!

Dari rumah kak za, kami ke rumah Helly pula. Rezeki murah sungguh. jamuan buah mempelam harum manis, perrrrghhh. sedap baq hang! then dinner di Arabian house apa entah, makan nasi arab yang best giler…rice stuffed dalam grape leaves? Macam yang selalu brother Adib and Rawaa buat kat kami. Tak pernah jemu ku makan makanan tu.

grapeleaves

Rice stuffed dalam daun anggur…memang kegemaranku.

nasiarab

Nasi mendi dan lamb, kegemaran Papa.

Hely, Fatimah, Umar, Uwais, Papi, Hammad, Aiman and me – penuh sendat satu kereta. Hah..ha..dalam hujan lebat pulak tu. tapi bagus, makan sampai semua makanan licin – berkilat pinggan. rasanya pak arab kedai tu tak payah susah2 nak cuci pinggan kami.

pandora

Dah kenyang, main gajet. Hely belum habis makan. Fatimah dah kenyang, start melukis kat kertas tisu.

with fatimah

Ajar Fatimah lukis ikan…jarang-jarang dapat momen seperti ini dengan cucu yang seorang ini.

Last day di KL, Hantar hammad ke TBS – sudah masanya untuk dia kembali ke Johor.

hammadleaving

Setiap kali dia berangkat, kenapa aku yang lembik lutut? Tak pernah ringan hati ini melepaskan.

Then kami naik ERL, bertolak ke airport. Eh, jumpa Muna kat airport. Sempit sungguh dunia ini, dalam ramai2 orang boleh bertembung Muna di sini. Dah lama dia di laut, now baru balik ke darat…welcome home. Anak isteri sednag tunggu kat rumah tu. pi lah balik segera.

MunaAirport

Jumpa Muna di KLIA. Macam janji-janji.

Flight KUL-AOR safely landed di Alor Setar jam 8.55 malam. Sampai umah kul 10.20 malam. Send messages to Kak Za dan Helly, kami dah selamat Sampai.

Masuk rumah..waduh, wanginyer…Nada dah siap pasang candles wangi kat semua penjuru rumah. Rumah bersih berkilat…ha..ha.. I guess they missed me. I am soooo happy to be home.

Menoleh ke meja kerja…errr…semua kenangan manis seolah berterbangan lari meninggalkan aku sendiri. Oh..tolong, banyaknya yang belum selesai! baik ku tulis blog ini dulu supaya bila2 masa ku boleh kembalikan kenangan tersebut.

meja

Sikit lagi nak kena timbus dengan buku-buku/dokumen ni…

Back to routine…esok kerja dah.

Go to top

TOPIK 8: REU2015–HANYA SAYANG, TIADA DENDAM

Dated 3-4 April, 2015

Kelmarin adalah hari yang sempurna
kami bertemu lagi setelah sekian lama
dalam suasana yang menggetarkan hati

Jalinan persahabatan sejak 35 tahun dahulu...

Jalinan persahabatan sejak 35 tahun dahulu…

Sungguh,
ada rindu yang menebal
ada ratapan bicara membalut luka,
ada salam dan pemberian maaf
ada cinta yang bergelora

concorde-all

KITA – Yan, Saba, Mma, Nna, Zai, Imah, Liz, Zio, Hah, Zu, Lal, cgK, Nun, TT, Nor, TL, Nada

Apabila hati memberi kesempatan kepada ruang-ruang kelam dahulu kembali bertamu
terbaca pahit dan kerasnya perjalan sesetengah kita
rupanya dibening mata indah setiap kita
ada redup menyimpan sejuta cerita
sehingga saban kali menyeka air mata
yang jatuh tertinggal di sudut bibir

all-concorde

KITA- cgK, Zu, Yati L, Nna, Norizan, Saba, Zio, Yan, Mma, Nun, Yati T, Liz, Zai, Lal, Imah, Tina, Hah

Begitupun, ternyata selama ini
langkah kami semua mempunyai arah yang pasti
tidak pernah terlena dengan gumpalan dosa-dosa disekitar yang begitu banyak membatu namun bergelora

conc-4

Tulang belakang kali ini – Mma, NNa, Liz

concorde4

Sungguh lama kau hanya hadir di dalam mimpi, dalam kenangan. (Hah, Zu, Nun, Yati L)

Sahabatku,
andai ada dosa yang masih merawan hati
izinkan maaf melerai segala
andai tiada lagi ruang untuk bertamu
tiada larangan untuk kita saling merindu.

Go to top

TOPIC 7: SELAMAT HARI LAHIR KU YANG KE…

Kerana bukan bilangan tahun yang menjadi ukuran, tetapi jumlah blessings, jumlah kawan, sahabat, teman, kasih sayang yang kuhitung– maka berapa umurku tidak lagi penting.

15 Februari datang lagi.  Terima kasih kepada kawan-kawan yang ingat dan ucap selamat serta doa melalui FB, Wasap, emel, sms, dan calls…bukan ucapan yang penting, tetapi ingatan itu yang ku hargai.

Syukur kerana aku masih dikelilingi orang-orang yang menyayangi. Hubby dengan ucapan dan doanya yang buat aku terharu, anak-anak, keluarga, woreh-warah, sahabat handai.

Aslaha dan Sulayman menghadiahkan kad 'home-made' yang buat aku terharu. 

Aslaha dan Sulayman menghadiahkan kad ‘home-made’ yang buat aku terharu.

Well, di hujung usia seperti ini, sudah tidak banyak yang kuharapkan. Hanya penuh sedar bahawa bila-bila masa sahaja Dia akan panggil pergi… benar lirik Opick,

“Bila Waktu telah memanggil.
Teman sejati hanyalah Amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati hanyalah sepi”

Sungguh benar, bila waktu telah berakhir, semua rencana tidak lagi bermakna. Semua angan-angan hanya tinggal berselerak. Apapun namanya, kayalan, cita-cita, harapan..semua sirna disaat tersebut.

“bila Izrail datang memanggil…”

Segala ratip, tangis…hanya pelipur sementara pembalut kecewa. Sungguh benar, kematian tidak pernah mengenal waktu kita. Selalunya yang tinggal hanya sesal –  mengapa semua harus selesai ketika mimpi belum menyadi kenyataan?

Innalillahiwainnaiilaihirajiun……..
Semua yang bernyawa akan kembali menghadapi kematian tanpa terlambat atau lebih awal walau sesaat.

Sungguh, mati itu benar. Tetapi syurgaMu juga benar. Allah, Jadikanlah aku salah seorang penghuninya.

Go to top

TOPIC 6: BANJIR DAN PEMBENTANGAN DOA

Dated: 30 Dec 2014

  • Sekian lama banyak sudah kita terima.
  • Sekian lama terlalu banyak kita  menuntut.
  • Tidak layak lagi kita mengungkit dan menggerutu tentang hidup yang tiba-tiba menjadi serba sukar.
flood5

The ultimate goal is to attain His pleasure. This is the final destination. This flood? oh, it is just part of the journey. Focusing on the journey, rather than keeping our eyes on the final target may distract us and may cause us to risk losing our way. Once Al-Ghazali said ” as a traveller, enjoy your journey, but never lose sight of your final destination.” (in the photo – everybody at home is happy…we are enjoying the journey)

flood6

We, Kelantanese are strong. Never underestimated us. “Redho” is our key. We are people full of passions. (In the photo – are my grandchildren. Happy as ever!)

flood2

Yes..this is in front of my house in Tg Mas, Kelantan. This is a 4 lane highway.

flood4

Muka-muka orang yang redho…hepi sokmo. It is very rare that you can eat, enjoy and have fun on the HIGHWAY DIVIDER!!! The water is calm, subsiding – so do the muds…it subsides while the water is calm. (in the photo is the BOMBA, cikgulam, niece and nephew. Photo taken by Kamar Nisar)

flood1

The four lane highway in front of the house…Banjir time is the only time you can have a rest on a four-lane highway divider! Notice: the lazy chair is also on the divider…not much dry space to rest inside the house^^^

flood3

Awal – air baru naik pada 24 dec. Sehingga 26 Dec air hampir tenggelamkan kerusi batu tersebut.

  •  Kini saat membentangkan doa, mohon ampun dari timbunan dosa. Mohon dilepaskan dari kesombongan dan takbur.
  • Selesaikanlah hidup dengan ikhlas, kerana apabila ikhlas, akan tumbuh rasa damai dalam dada
  • Bila damai, kita akan temui bahagia.

Go to top


TOPIC 5: YEAH..YEAH..LANGKAWI, PARASAILING & PULAU PAYAR

Sudah sekian lama tak dapat benar-benar bercuti seperti ini. Kali ini plan ke Langkawi dengan Hubby dan semua anak-anak. Tarikh 30 Julai hingga 1 Ogos.

Kereta parking kat rumah Dr Bidin. Hepilah dia sebab plate kereta ku DBY…dia cakap Dr Bidin Yatim..he.he..

Di langkawi, kami tinggal kat Langgura Baron Resort. inipun puas merayu sebab semua penginapan atas pantai penuh. yang ada kat kampung2 yang jauh dari pantai. Bilik tak seberapa tetapi harga boleh tahan…RM140 semalam. tak ada breakfast mahupun kemudahan2 lain. Nak minta tukar towel dan kemas bilik pun jenuh kena panggil. Nak toilet roll pun kena mintak.

kami tak dapat Chalet kayu ni, dapat bangunan batu...tapi ground floor (ni tangan Muhammad yang tek lepas dengan monopodnya)

kami tak dapat Chalet kayu ni, dapat bangunan batu…tapi ground floor (ni tangan Muhammad yang tek lepas dengan monopodnya)

Yang menghiburkan, hanya kerana ia dekat sangat2 dengan pantai, dekat dengan the loaf (kedai roti Tun Mahathir yang mahaaaaaallll), senang nak cari food dll.

semua hepii!

semua hepii!

First day sampai, lunch di white coffee (mall depan hotel Langgura). mahal betul makanan kat situ. Zus lesap RM150 for lunch. huish macam orang kaya kami makan…then balik hotel solat. Petang jalan2 kat pantai, mandi, main pasir – kemudian nampak parasailing terbang. uh, apalagi, pi tanya harga dan kami satu famili naik parasailing seorang demi seorang, sampai maghrib!! hanguslah lagi RM360 (RM60 seorang, kami 6 orang naik. Pa tak naik sebab dah lewat sangat).

Sedang terbang turun parasailing

Sedang terbang turun parasailing

Turun terhempas macam buah nangka, gedebuk!

Turun terhempas macam buah nangka, gedebuk!

Lepas solat maghrib – lapar, Pa beli nasi goreng pak Mansur…errr…dinner yang sungguh hmmm…entah. malas nak komen.

Esok, pagi2 dah keluar tunggu bas yang nak bawa kami ke Jeti untuk ke Pulau Payar. Dipendekkan cerita (selepas letih menunggu sana-sini) kami tiba di Pulau Payar pukul 11.00 pagi. Subhanallah. cantik dan indah sungguh ciptaan Allah. Taman marin ini sungguh indah. paling best masa snorkerling boleh pegang ikan2 yang berbagai jenis, bentuk, warna, saiz…banyak sungguh dan jinak2 belaka. Ada jugak baby sharks dan ikan todak kecil. Iman dan Hammad mecam tak mau balik walau kulit dah rentung dan jari jemari sudah kecut.

Kami Zohor di Pulau payar. Ada surau yang agak descent. Bertolak balik dari Pulau Payar kul 3.00 petang. sampai hotel dah jam 5.30. Solat Asar dan yeay! main pantai lagi. Main puas2 sebab esok dah nak balik!
Go to top


TOPIC 4: TO MY GIRL.

This relationship is complex because i have no role model, and you also cannot find it in me.

You grow up and see friends who live their lives differently, you choose between imitating me or other significant influences in your life.

As an adolescent you may come to look down on me and think that other moms are much better.

Oh Allah, how much I wish she understands the challenges and choices that I face – at home, in the office, neighbourhood,…days, nights…

I guess, it is only when you yourselves becomes a mom that you can fully appreciate an annoying woman like me.
Go to top


TOPIC 3: TO SOMEONE I USED TO CALL A FRIEND

FRIENDS, you call it??

I never know that it hurts so much…

I never know the hatred she had till things came out of the can at the airport that day. It crushes me to find out that a friend’s value is as low as Rm90!! A friend of mine exchange friendship with RM90!
Go to top


TOPIC 2: UNTUK ANAK GADISKU

anak gadisku ketika kecil

My family is all that means anything to me…
My children, especially, are all that matter
because they have given me love and joy beyond measure, and,
yes, the occasional stress and maybe even some of my gray hair.

Reading your words on our bittersweet relationship, the ups and downs, makes me realise that after all that I have done, still…if anything goes wrong, everything always gets blamed on me.

You surely cannot recall when you were small – you smeared your face with my lipstick and models your earrings and wore my high heels, wanting to be just like me. You tried to do everything that you saw me doing. That was how much you adored me…but that was then. Now…when you grow up, suddenly you become so contending and out-of-touch, for me. I noticed that you always think of me as a person who never understand your feelings. You prefer your friends over me. That’s alrite. I will wait for you to realise that the friend you were searching for all the while is so near to you.

If you think I don’t understand, why don’t you make me understand?
If you think I don’t appreciate you, why don’t you try to appreciate the perspective of mine?
But to everybody, especially you…I am supposed to be perfect….understand you, appreciate you,…you, you, and always you.

True indeed that I have never been great and most of the times I’ve failed by the things I’ve done wrong.
But as a mother, I cannot just be adorable, I must be responsible, above all.

One day, when you have a new life growing inside you, I pray that you feel each of its kicks with pride and you will feel love like never before…
Then only you’ll understand the extraordinary kind of love that a mum has for her child, that I have for you.
I cannot tell you now, because
this love- words can never defined,
this love- can only be felt by the hearts
this love- will completes you.
Go to top


TOPIK 1: ANY VALUE IN TEARS??

Adakah nilainya air mata ini?

Sayangnya aku tak pandai mengarang
yang sedih
apalagi yang indah
untuk menggambarkan suka atau duka di ‘kertas’ ini
Setiap hari mencari suka sangat mudah, namun duka juga mudah mencurah-mencurah.

Biarpun sangat sakit meneliti bait-bait ayat mereka
aku tidak mempunyai pilihan selain untuk berbaik sangka pada Pencipta ku
pasti ada hikmah di balik semua ini

Kasih bukan selalu di balas kasih
benci juga bukan selalu menerima kebencian pula

Aku ingin redha
atas segala nista
biar berjuta prasangka
aku ingin menjadi manusia yang terbaik di matamu, di mataNya!

Tuhan, aku mohon
tunjukkan aku jalan….

Kalau saja mereka dapat mengerti…

Go to top

3 thoughts on “Z-BukanRobot

  1. Maaaa….Hidup x semudah kata yg diungkap! Tidak seindah jiwa yg merasa! Tidak sehebat hati yg mengharug!, Namun mama…HIDUP ADALAH PERJUANGAN UTK TERUS MELAKAR PD GARIS2 BARU dlm.setiap hr2 mu! Aku menyintaimu utk sekalian kali yg ku punya! Luv U MAMA!

  2. saya ni mama kepada sekian ramai anak2. ada anak rasmi, anak angkat, anak letak, anak bagai2..^^^Saya bersyukur disayangi ramia anak2 yang rasanay dah hampir rausan orang. he..he..keep on praying our final meeting place, the Jannah!

  3. Mama….
    Dalam hembusan angin yang berlalu itu… Maka disitu adaku!
    Meski tidak ada nama terpahat dalam longgakan yang kau punya itu mama.
    Namun Mama….
    Tuhan itu tidak pernah untuk memisahkan kita dalam setiap deru angin yang dipunya!
    Malam yang membawa catatan-catatan kertas yang bisu
    Siang yang melakar setiap coretan itu.
    Lantas diakhirnya tetap tertulis…
    ” Ku Tidak Perlu Semua Itu! Cukup sekadar memiliki mamaku untukku ”

    Mama….meski hadirmu hanya dalam angin lalu itu.
    Namun masih punya nada.. Nada yang sentiasa bergema seiring gemanya alam…
    Sehingga selamanya.
    Andai nada itu terhenti…. Maka terhentilah alam ini mama.
    Ku menyintaimu mama dalam setiap nada itu.
    Setiap kali ia bersatu maka disitu adanya….. aKu.

    Yosofawa,
    Alam Shah

Leave a comment