ADVCIT 2014

ADVANCEMENT IN INFORMATION TECHNOLOGY INTERNATIONAL CONFERENCE (ADVCIT 2014)

Tarikh: 16-18 Disember 2014

Kembali lagi ke Bandung, Indonesia. Kali ini untuk membentang kertas kerja di persidangan antarabangsa ADVCIT 2014. Prosiding boleh dicapai melalui laman web rasmi (www.advcit.com) atau secara langsung melalui fail pdf di URL berikut https://advcit.files.wordpress.com/2014/03/advcit-official-proceeding.pdf.

Banyak juga idea menarik hasil daripada kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan. Tidak rugi mengambil sedikit masa untuk membaca prosididng tersebut.

Dua kertas kerja telah saya bentang tadi, iaitu kertas kerja (1) BacaMAX: Addressing visual deficit to facilitate reading for dyslexic children; dan  (2) Parse Tree Visualization for Malay Sentence (BMTutor). Kedua-dua kertas kerja ini saya hanya co-author. Dr Husniza adalah main author kepada kertas kerja pertama. Kertas kerja kedua, Yusnita adalah main author.

Kerta kerja BacaMAX - kaedah untuk membantu murid disleksia membaca

Abstract untuk kerta kerja BacaMAX – kaedah untuk membantu murid disleksia membaca

kertas kerja BMTutor - teknik memapar pohon hurai Bahasa Melayu  bersama penyemak ayat, ilustrasi perkataan, kata terbitan, dan sub-pohon.

Abstract untuk kertas kerja BMTutor – teknik memapar pohon hurai Bahasa Melayu bersama penyemak ayat, ilustrasi perkataan, kata terbitan, dan sub-pohon.

Sempat juga saya merakam gambar bersama Lin, teman sejawat di UUM.

Bersama Lin, di dewan seminar Kuluwangsa, Hotel Aston Braga, Bandung, Indonesia.

Bersama Lin, di dewan seminar Kuluwangsa, Hotel Aston Braga, Bandung, Indonesia.

Selesai sesi tengahari, keluar cari makan di Mall dalam hotel. Jumpa Pnut. Kami makan ronde campur, konro bakar, pisang bakar cheese, dan es campur. Dahsyat punya makan…macam gorila rasanya makan. Semangat nak rasa macam-macam makanan yang nampak lain daripada makanan yang biasa terdapat di Malaysia.

Bersama Pnut, mengadap es campur dan pisang bakar cheese.

Bersama Pnut, mengadap es campur dan pisang bakar cheese.

Ronde campur yang SANGAT sedap...yang bulat-bulat tu tepung pulut berinti kacang tumbuk dan gula. yang bulat kecil, hanya tepung pulut. Kuahnya adalah air gulamerak dengan halia yang sangat 'strong' rasa halianya.

‘Ronde campur’ yang SANGAT sedap…yang bulat-bulat besar tu tepung pulut berinti kacang tumbuk dan gula. Yang bulat kecil, hanya tepung pulut. Kuahnya adalah air gula merah dengan halia yang sangat ‘strong’ rasa halianya. Dihirup panas-panas…pasti tak lupa rasanya yang ‘distinguished’

Advertisements

MEMBINA BLOG PEMASARAN

BUKU BARU: MEMBINA BLOG PEMASARAN

Tarikh: 17 Disember 2014

Alhamdulillah. Buku ini dilancarkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bulan November lepas. Walau bagamanapun saya baru dapat naskah pengarang pada hari Ahad lepas, 14 Disember 2014. Terima kasih kepada Wan Hussain kerana bersusah payah ke Arau untuk mengambil buku ini daripada pejabat penerbit UniMAP.

My latest book, published December 2014 by UniMAP Press.

My latest book, published December 2014 by UniMAP Press.

 

Di awal penulisan, janji dengan Wan Hussain (co-author) alang-alang kita nak bagi kursus ‘membina blog pemasaran’ ni dan kena buat modul, baiklah kita terus tulis baik-baik biar jadi buku. Dari situ kami sama2 pulun sediakan manuskrip. Wan tulis untuk Blogspot, saya tulis untuk platform WordPress. Saya masukkan juga alatan web lain untuk menyokong blog bagi tujuan pemasaran seperti Flipsnack yang boleh digunakan untuk menyediakan brosur interaktif.

That was a year ago. Proses penilaian, penyuntingan, reka letak, percetakan dan pelbagai proses lagi memakan masa yang sungguh lama. Kita di Malaysia sudah sepatutnya mempunyai sistem yang lebih efisyen untuk menerbitkan buku, terutama buku dalam bidang yang sangat cepat perkembangannya seperti IT. Ini untuk mengelakkan buku yang dipasarkan menjadi obsolete dengan cepat. Kita tak mahu akhirnya buku terpaksa jual lelong lima posen sebuah sebagaimana yang sudah dibuat oleh beberapa penerbit sekarang ini. Ini merugikan penulis, penerbit dan pembaca. Kadang buku IT dibagi free pun orang tak mahu kerana isinya sudah tidak ada yang boleh digunakan. Lainlah kalau buku sejarah atau matematik…

I LOVE YOU ‘INFINITI’

I LOVE YOU INFINITY

Tarikh 12 Disember, 2014

Masih penat selepas tiba dari KL. Tapi dah lama sangat tak menziarah sedara mara, apalagi kawan-kawan. Rasa bersalah sangat. Syukurnya weekend ini tak ada tugas rasmi diluar daerah. Cikgu cuti sekolah, datang ke rumah, all the way from Kelantan. Jadi, kami rancang untuk visit Hafiz dan cucu-cucu di Sik.

Tiba di Sik elok-elok waktu makan tengahari. Apa lagi, makaaaaannn!!! Pembuka selera ialah buah mulberi. Lepas tu kami serbu makanan yang dihidangkan – guess what, ada ayam golek pengantin, ada masak lemak tempoyak dan sayur kampung, ada ikan bakar, ada pelbagai jenis ulam, .. pendek kata memang rezeki kami cukup murahlah hari tu.

Iman dengan Puteri pula asyik layan gajet, rukun dan aman damai. seronok pulak tengok sebab kalau kat rumah asyik kena buli dengan abang-abang.

Iman dan Puteri, aman tenteram main gajet dari mula kami sampai hingga kami nak bertolak balik!

Iman dan Puteri, aman tenteram main gajet dari mula kami sampai hingga kami nak bertolak balik!

Hari ni, ketika entry ini ditulis, masih di Bandung. Teringat Iman called semalam dan cakap “Mama, I love you infinity”. Nak cakap juga kat sedara mara dan kawan2 yang lama tak dihubungi/dilawati – I love you infinity.

LANDAK BUAH

LANDAK BUAH…Sesekali mengasah bakat kreatif!

Dated: 1 Disember 2014. 

Lokasi: Bangi Selangor.

Sudah lama Iman merengek supaya dibuatkan ‘Landak buah’ setelah dia melihatnya dalam Facebook. Banyak benda kreatif kalau nak cari dalam Internet ni. Cuma, seperti selalu, masa sangat terhad untuk mengasah bakat terpendam ni. Jom, kita pergi pasaraya beli buah. Ikut bersama ialah Yaya, Aisy, Aiman, Aman, Iman dan Pa.Wah…dah jadi satu keretapi ni. Semua excited nak tahu, apakah bendanya landak buah ini.

Kami beli buah pear dan buah anggur. Itu saja. Balik ke rumah, masuk dapor sat, ta..daaaa….dah siap landak buah. Semua makan dengan happy. Yum..Yum…

Ini dia landak buah. badan - buah pear. buah anggur untuk duri-duri landak yang dicucuk dengan lidi2 tajam. Mata - dua bunga cengkih. Hidung - kepala buah jambu merah. boleh juga guna buah zaitun hitam.

Ini dia landak buah. badan – buah pear. buah anggur untuk duri-duri landak yang dicucuk dengan lidi2 tajam. Mata – dua bunga cengkih. Hidung – kepala buah jambu merah. boleh juga guna buah zaitun hitam.

Iman yang paling Happy! satu demi satu 'duri' landak itu hilang dari badan landak.. :)

Iman yang paling Happy! satu demi satu ‘duri’ landak itu hilang dari badan landak.. 🙂

ANUGERAH BUKU NEGARA

ANUGERAH BUKU NEGARA

Tarikh: 10 Disember, 2014

Seawal jam 7.15 pagi hari ini, ketua penerbit UPM Press menelefon saya…”Prof, kita menang anugerah buku negara tau..” katanya. Alhamdulillah. Syukur dan gembira rasanya kerana ganjaran berbaloi dengan penat lelah menulis buku ini. Bukan calang-calang usaha dalam menyempurnakan buku dengan panduan guru, ilustrasi, gambar, lembaran maklumat dan lembaran kerja ini. Co-author saya, Dr Husniza sampai melibatkan suaminya untuk membuat ‘adiwira’ yang digunakan dalam buku ini. Ilustrator saya yang sangat komited dan kreatif, Aslaha Musafir K berhak mendapat pujian atas sekian banyak lukisannya yang saya muatkan dalam buku ini.

Snippet surat daripada Haji Hassan Hamzah sebagai pengerusi jawatan kuasa penganjur Anugerah Buku Negara

Snippet surat daripada Haji Hassan Hamzah sebagai pengerusi jawatan kuasa penganjur Anugerah Buku Negara

Buku terbaik umum kategori pendidikan.

Buku terbaik kategori pendidikan, bertajuk “Program khas integrasi masalah pembelajaran spesifik disleksia: Dunia sains dan teknologi”

 

Tarikh: 11 Disember 2014

Hari ini ada dua events kena hadir.

(1) Majlis penghargaan panel penilai penyelidikan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia;

Ini buku yang diperoleh di majlis pertama, Majlis Penghargaan Panel Penyelidik KPM.

Ini buku yang diperoleh di majlis pertama, Majlis Penghargaan Panel Penyelidik KPM.

Bahagian dalam buku ini...wah, ada muka saya rupanya. Syukurlah gambar yang dimasukkan ni gambar zaman muda, ha..ha..ha..kalau gambar sekarang, penuh kedut lah!

Bahagian dalam buku ini…wah, ada muka saya rupanya. Syukurlah gambar yang dimasukkan ni gambar zaman muda, ha..ha..ha..kalau gambar sekarang, penuh kedut lah!

(2) Majlis Anugerah Buku Negara. Jadi berkejaran lagi ke KL. Cuba hadir ke dua-dua majlis walaupun tempat berbeza. satu di Hotel Sama-Sama KLIA dan satu lagi di PWTC. Bukan tak biasa kan berkejaran macam ni? Dah bukan benda baru.

Ini event yang kedua pada hari yang sama. Lokasi: PWTC KL. Anugerah Buku Negara disampaian oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi a.k.a. Pak Lah.

Ini event yang kedua pada hari yang sama. Lokasi: PWTC KL. Anugerah Buku Negara disampaian oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi a.k.a. Pak Lah.

Sempat bergambar dengan Ketua Penerbit UPM. Syukran, kerana beliau mempercayai karya saya.

Sempat bergambar dengan Ketua Penerbit UPM. Syukran, kerana beliau mempercayai karya saya.

Masih di majlis anugerah buku. Nada datang bersama rakannya, Marina. Agak lewat beliau tiba, hanya beberapa saat selepas saya turun dari pentas. Hmm..."yang penting dapat peluk mama" katanya!

Masih di majlis anugerah buku. Nada datang bersama rakannya, Marina. Agak lewat beliau tiba, hanya beberapa saat selepas saya turun dari pentas. Hmm...”yang penting dapat peluk mama” katanya!

ISCLO 2014

INVITED SPEAKER – INTERNATIONAL SEMINAR ON LEARNING ORGANISATION (ISCLO 2014)

Dated  5-6 Nov 2014,
Ritz Carlton Hotel, Jakarta.

Sijil invited paper…siap segera. Belum habis saya bentang kertas kerja, sijil dengan gambar sekali dah diberi. Cepatnya!

 

Ini kali ke dua saya dijemput sebagai penceramah jemputan (invited speaker) ISCLO. Tahun 2013 adalah ISCLO yang pertama, ini ISCLO ke 2 dan kali kedua juga saya dijemput. Alhamdulillah, tahun 2013 berkongsi maklumat web tools 2.0, tahun 2014 ini sempat berkongsi bahan MOOCs dengan para peserta.

Tajuk kertas kerja - MOOCs as a trusted recruiting tool for corporate learning

Tajuk kertas kerja MOOCs as a trusted recruiting tool for corporate learning

Takrif MOOCs dan ciri-cirinya

Takrif MOOCs dan ciri-cirinya

Model MOOC, yang boleh juga berada di bawah naungan universiti korporat.

Model MOOC, yang boleh juga berada di bawah naungan universiti korporat.

 

Model MOOCs dalam rajah menunjukkan ia selalunya mempunyai satu organisasi induk, dengan entiti pembelajaran korporat. Entiti ini mempunyai dua matlamat utama iaitu untuk tujuan pendidikan korporat dan latihan korporat. Kedua-dua matlamat ini boleh dicapai menggunakan alatan IT yang dipanggil Massive Open On-line Courses (MOOCs). MOOCs boleh dibina secara dalaman atau menggunakan hos atau rakan kongsi. Hos yang terkenal seleuruh dunia adalah seperti Coursera, edX, Udacity, dan Udemy. MOOCs masih menggunakna konsep e-pembelajaran dengan perisian kursus sebagai kandungannya. Ia menggunakan prisip flipped classroom.

Sebenarnya model MOOCs yang paling mudah ialah penggunaan video untuk kursus tertentu yang diposkan dalam blog atau forum — dgn cara inipun satu MOOC sudah dihasilkan. Tetapi untuk tujuan latihan korporat dalam sebuah organisasi pembelajaran, satu model yang sedikit berbeza diperlukan. Saya perkenalkan model MOOCs dengan 4 komponen: 1) pembelajaran korporat; 2) universiti koporat sebagai entiti di bawah organisasi induk ; 3) hos atau pembekal platform MOOC; dan 4) kandungan pembelajaran.

Untuk lebih memahami, bolehlah mencuba MOOC Malaysia dengan melayari https://www.openlearning.com/malaysiamoocs

Sesi perbincangan sempat berkenalan dengan Timbalan Rektor Universitas Widyatama (Utama),  Prof. Dr. Davidescu Cristiana Victoria Martha.

Dari Kiri: Prof Cristiana, saya dan wakil dari Telekom Indonesia.

Dari Kiri: Prof Cristiana, saya dan wakil dari Telekom Indonesia.