Duka seminggu

DUKA SEMINGGU

Tarikh: 17 Januari, 2015

Minggu yang tragis.

1. Sepatutnya hantar Hammad ke Sekolah Seni Malaysia dengan Kak Za, tetapi Kak Za terbersalin 3 minggu lebih awal. Saya kini telah menjadi nenek buat kali yang ke..?

Nenek Prof bersamam cucunda termuda dalam famili--Aiman Ilham.

Nenek Prof bersamam cucunda termuda dalam famili–Aiman Ilham.

2. So tergagau sendiri ke Johor Bahru. Silap booking hotel pula. Sepatutnya Hotel Amansari di Alam Sari tetapi pi booking hotel Amansari di JB kerana pecayakan Google yang mengatakan inilah hotel yang paling dekat dengan Sekolah Seni Malaysia. Rupanya Google tak update, bahawa Sekolah Seni Malaysia telahpun berpindah ke Alam Sari.

Sekolah Seni Malaysia, Alam Sari, Johor.

Sekolah Seni Malaysia, Alam Sari, Johor.

3. Hantar Hammad daftar, beli buku, beli segala peralatan, daftar asrama…tolong kemaskan loker, katil, cadar dsb..kotor sungguh ‘dorm’ ini. Maybe lama cuti…eh, tak kan cleaners pun cuti?

Muhammad, mencuba katilnya, tingkat atas. Anak yang akan ku tinggalkan sendirian di sekolah ini. :'(

Muhammad, mencuba katilnya, tingkat atas. Anak yang akan ku tinggalkan sendirian di sekolah ini. ūüė•

4. Nak melangkah tinggalkan Hammad, tiba-tiba lutut rasa lemah untuk melangkah. Tekak rasa sempit untuk berkata-kata. Berat rupanya meninggalkan anak di asrama. Bagaimana nanti dia? Hammad tak pernah cuci baju sendiri, tak pernah iron baju sendiri, lipat baju pun lintang pukang, bolehkah di survive? bagaimana kalau senior pula membuli beliau yang kecil berbanding umurnya? 1001 perkara bermain di kepala…

Tiba-tiba tekak menjadi sempit, surar tak mahu keluar...yang keluar cuma air mata!

Tiba-tiba tekak menjadi sempit, suara¬†tak mahu keluar…yang keluar cuma air mata!

5. Malamnya Nik Jay dan hubbynya¬†datang untuk bawa¬†makan. Malunya…mata masih bengkak. Seharian teriak meninggalkan Hammad di asrama. Tambah foundation dan bedak – eh ketara juga bengkak mata

Bersama Nik Jay yang masih ceria, comel dan menggoda!

Bersama Nik Jay yang masih ceria, comel dan menggoda!

6. Selepas menempuh perjalanan lebih 12 jam, sampai di rumah. “Eh, bau apa ni?”. Cek sana-sini. Bau bangkai menusuk hidung. Terus ke dapur…Ya Allah, plug freezer ada yang cabut! Apa lagi, Hubby yang bertanggungjawb cabut plug freezer, hah, dialah yang kena urus. Projek besar tu. Seharian, mengosongkan frezeer dengan ‘bangkai’ puluhan ekor ayam, daging, sotong, ikan,…you name it. Gali lubang macam gali kubur untuk ‘mengebumikan’ semua itu. Sampai keesokan hari, masih berbau freezer tersebut walau dicuci dengan pelbagai alat pembersih. So, googling pula untuk cari petua hilangkan bau. Syukur banyak petua kat internet. Thanks to the technology. Buat air campuran soda bikarbonat, guna kain lap untuk lap semua freezer yang dah bersih tu. lap semua termasuk setiap compartment. ¬†Then, letak roti, serbuk kopi (dalam bekas) dan serbuk soda bikarbonat (atas kertas). Letak dlm freezer kat semua level, biar semalaman. Esoknya, walla! dah tak ada bau apa-apa. Alhamdulillah!

7. Malamnya, ingat nak rehat. Eh, dikejutkan pula dengan berita Nada dilanggar lari oleh motorsikal. Dia jatuh tersembam dan lebam paha. Buku terburai di jalan. As mom, terkejut besar juga, berdebar jangan dihitunglah. Nak pergi tengok, nun dia jauh di Selangor. Nabila teman sebilik ke hulu-hilir mencari pertolongan dan akhirnya di bawa klinik kampus (Thanks, Bila!). Hari ni pula, syukur — Nik Na dan Mma (Siti Norasma) teman sekolah dulu bersedia pergi jenguk Nada di kampus. May Allah rewards you all in many-many ways.

Nik Na, Nada and Mma. Nada masih sugul - lepas accident. Budi baik Nik Na dan Mma saya kenang sampai ke Jannah.

Nik Na, Nada dan Mma. Nada masih sugul Рlepas accident. Budi baik Nik Na dan Mma saya kenang sampai ke Jannah.

8. Hari ini juga Nik Jay dan hubby menyempatkan diri untuk bawa Muhammad keluar dari hostel. Pergi kenduri katanya. Apa lagi yang ingin saya susahkan. Teman-teman sentiasa bersedia membantu di saat saya memerlukan. Thanks Mama Jay. Mudah-mudahan Hammad tidak menyusahkan.

Muka Hammad yang Mamam Jay kirim hari ini. Hammad nampak letih.

Muka Hammad yang Mama Jay kirim hari ini. Hammad nampak letih.

Demikian, seminggu yang penuh cerita. Rumah sudah semakin kosong. Mujur ada Iman yang masih dapat menghiburkan hati.

Oh, cuti seminggu sudah habis. Kini kena kembali kepada rutin. Kerja, kerja, kerja...

 

Advertisements

Iman Yasmeen dan kami!

IMAN YASMEEN DAN KAMI

Selama 3 hari Iman Yasmeen dan mamanya menemani kami di Sintok. Seusia Imanku, Iman Yasmeen seronok berjumpa teman sebaya. Apalagi Nada yang memang suka melayan anak-anak kecil. Sehari di taman School of Computing, di kampus Universiti Utara Malaysia yang indah dan berwarna warni – mereka sempat merakam kenangan manis bersama.

Nada, Iman dan Iman. Siap baring-baring lagi.

Nada, Iman dan Iman. Siap baring-baring lagi.

Iman dan Iman...masih kecil tapi sudah pandai bergaya.

Iman dan Iman…masih kecil tapi sudah pandai bergaya.

Memandang langit. Rupanya hujan bkal turun membanjiri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak!

Memandang langit. Rupanya hujan bakal turun membanjiri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak!