Bengkel penulisan di KPTM

BENGKEL PENULISAN, KPTM KOTA BHARU

Dated 10 Nov, bertempat di Kolej-poly Tech MARA Kota Bharu, Kelantan.

Bangunan KPTM Kota Bharu. Berdekatandengan TESCO, tepi sungai Kelantan.

Bangunan KPTM Kota Bharu. Berdekatandengan TESCO, tepi sungai Kelantan.

Berkesempatan berkenalan dengan ramai staf di KPTM. Peserta sekitar 30 orang…enjoy sangat sebab mereka memang sangat fokus dan ‘pelajar’ yang mempunyai keinginan untuk maju. Bengkel bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 5.15 petang itu bagaikan sekejap sahaja berlalu.

 

Pn Rosliha selaku liaison officer dan Ustazah menjemput di Lapangan Terbang Sultam Muhammad Pengakalan Chepa. Kami makan tengahari di restoran Che Siti kalau tak silap.

Bengkel memuatkan topik seperti dalam brosur ini.

Brosur memuatkan ringkasan bengkel kepada peserta, pensyarah-pensyarah KPTM Kota Bharu. Tarikh 10-11 Nov tu silap..sebab Sesi dua bakal dibuat pada tarikh lain.

Brosur memuatkan ringkasan bengkel kepada peserta, pensyarah-pensyarah KPTM Kota Bharu. Tarikh 10-11 Nov tu silap..sebab Sesi dua bakal dibuat pada tarikh lain.

 

Advertisements

Bukit Bendera (Penang Hill)

PERCUTIAN YANG TAK MENJADI: PANJAT BUKIT BENDERA

Dated: 28 Oktober

Kali terakhir Bukit Bendera ku kunjungi ialah 30 tahun lalu. Masa ni masih single – rasanya naik dengan kawan yang telah lama hilang, tatau dah berada di mana. Nama beliau Yatima. Memang orang Penang asli. tapi dah tak dapat dihubungi kini. Di mana dikau kini Yatima???

Kali ini, sempena ulang tahun kelahiran Muhammad (27 Oktober) yang ke 12 – sekali lagi aku daki Bukit Bendera di Pulau Pinang. Kali ini bersama famili. Hujan renyai sepanjang perjalanan. Rosak mood nak bergambar dan nak ronda-ronda atas Bukit Bendera ni.

093

Iman tak larat beratur – didokong sementara menunggu giliran beli tiket keretapi. Masih mood happy. kan masih pagi…

Sampai jam 10 pagi – wow! walaupun bukan musim cuti sekolah, penuh pengunjung bersesak-sesak-sesak nak beli tiket. Adoi…penat beratur, beli tiket untuk satu famili, hanya RM30 sahaja sebab kami ada MyCard dan MyKid. Ingat semua, nak pi Bukit Bendera kena ada ini. Kalau tak ada, harga tiket boleh jadi RM80++ untuk satu family.

Naik kereta api sendeng – sekali lagi kecewa sebab orang terlalu ramai, sendat dalam setiap gerabak. maka nak tengok pemandangan pun tak dapat, udara segar tak dapat (kerana aku rendah – hanya terhidu bau-bau ketiak penumpang yang tinggi-tinggi). Berhimpit-himpit pula. Pagi-pagi mood sudah rosak.

Selepas 5-8 minit, kami sampai di atas Bukit Bendera. Sempat Nada dan Iman naik kuda…oh, tapi kuda batu rupanya!

104

Sempat Nada dan Iman naik kuda sebelum hujan lebat…ni dah mula rintik-rintik hujan.

Hujan kemduian jadi lebat. Basah. so masuk restoran makan.

143

Biar basah kuyup. kami makan, minum, happy. Yang penting kami bersama.

141

Gembiralah Nada sebab jumpa ABC sedap.

Nampak Muzium Burung Hantu. Tiket lagi. kanak-kanak RM5 dan dewasa RM10. Ingatkan menariklah muzium ini, tetapi rupanya…aaaahhhh tak mahu cakap. Biar hangpa pi sendiri. Tak acilah kalau aku sahaja yang kecewa (ha..ha..ha..ketawa evil).

179

Beraninya Iman main dengan burung hantu!

Dalam Muzium Burung Hantu...Burung tak ada, hantu tak ada, burung hantu pun tak ada...

Dalam Muzium Burung Hantu…Burung tak ada, hantu tak ada, burung hantu pun tak ada…

Keluar muzium, makan lagi. maklumlah kan hujan…jadi aktiviti lain tak boleh buat. makan jer la…

Lepas tu nak naik kereta ronda atas Bukit Bendera. Basah lencun tunggu kereta ronda tu tiba..dah lah tak ada hentian tetap, kena tunggu dalam hujan. Tambang mahal pula. jadi kami putuskan untuk tidak naik kereta ronda sebab hujan, mereka tutup kiri kanan kereta…so nak ronda tengok apa? tak nampak apa.

Oh, sudah masuk waktu Zuhur, kami menapak dalam hujan menuju surau yang terletak di atas bukit lain lagi. Uh, atas Bukit Bendera, kena daki anak bukit di atas bukit pula…Syukur, ada surau yang selesa dan luas.

Kat mana-mana pun depa dua orang ni selfie.

Kat mana-mana pun depa dua orang ni selfie.

Posing depan surau, selepas solat. Iman dah bad mood, banyak benda tak boleh buat sebab hujan masih belum reda.

Posing depan surau, selepas solat. Iman dah bad mood, banyak benda tak boleh buat sebab hujan masih belum reda.

Perjalanan kami berakhir di sini, bye-bye Bukit Bendera (Penang Hill). Kami beratur lagi nak naik kereta api untuk menuruni Bukit Bendera.

Dah selamat turun kembali. Iman posing depan jalan keretapi.

Dah selamat turun kembali. Iman posing depan jalan keretapi.

re-union dengan x-school ladies

MENITI KEMBALI LAMAN YANG TELAH LAMA KU TINGGALKAN

Date: 30 Oktober, 2014

Tarikh ini bersejarah. Laman yang kutinggalkan sejak lebih 30 tahun lalu, kujejaki semula hari ini. Ada taman indah di laman ini. Ada rindu di hati, ada kenangan menggetarkan jiwa.

5-wau

Tertulis “Welcome Prof Zulie, From ladies Kelate”. Thank you all, especially Cikgu K. Ruzilah yang mengusung kek ini ke restoran Wau.

Hari ini seramai 13 orang teman zaman sekolah menengah dulu berkumpul di Restoran Wau Kota Bharu. Cikgu Kamilah, Cikgu Rohimah, Cikgu Ruzita, Cikgu Zailan, Bisneswoman Rosnani, Cikgu Faridah, Cikgu Ruzani, Cikgu/teacher Muji, Cikgu Ruzilah, Cikgu Azimah (PPD), Cikgu Wan Azilal Aini dan Abe Janggut (Jame).

7-wau

Dari kiri: Wan Azilal, Faridah, me, Ruzita, Ruzelah, &Azimah (Zio)

Bagai lembaran album lama diselak satu demi satu – apabila setiap wajah sahabat kutatapi sekali lagi setelah sekian lama. Menelusuri perjalanan pengalaman sehingga ke usia hampir setengah abad ini, banyak kenangan tercatat dalam dada. Kami kongsikan yang indah-indah, kerana sememangnya yang duka, kami ingin buang jauh-jauh. Tidak ke mana kita jika hanya berlama-lama mengenang kedukaan.

Masa laluku bersama mereka umpama pelangi. Pelbagai warna, pelbagai rupa. Ada potret kegagalan juga melukis karya-karya perjuangan. Aku mesti pasrah kepada kebenaran, kepada takdir. Sahabat, jika ada salah dan dosaku, aku mohon kemaafan.

1-wau

Dari kiri: Ruzani, me, Zailan, Kamilah, Ruzita, Rosnani, & Rohimah

8-wauu

Jamen, a.k.a. Abe Janggut sempat meluangkan waktu untuk hadir dan sam-sama memeriahkan gathering kami, a.k.a. kiahs glams.

Selama lebih 30 tahun aku sibuk berjuang – aku tidak mahu hanya diam menunggu takdir. Itu kerana aku tahu memang sangat berbeza di antara diam menunggu dan berjuang, walaupun hanya perjuangan memburu bayang-bayang. Teman-teman ku simpan di hati, dalam lipatan, menunggu lembaran dibuka kembali, sebagaimana ia dibuka pada hari ini. bagai melihat kanvas dengan garis dan warna-warna yang aku rindui.

3-wau

Muji, setelah sekian lama – masih macam tu jugak. sweet, soft…cool!

Yang ingin kutanyai pada sahabat semua – apakah ada bezanya ketika kita bertemu dengan saat kita berpisah?

Padaku, semuanya berlaku dirongga dada. Moga Allah redha. Moga dijaga ukhuwah ini.