Permatang Bonglai

Kehijauan Permatang Bonglai, Kedah.

Tarikh: Sabtu 17 Nov 2018

Birthday Zaidi. Terima jemputan melalui WhatsApp. Sekarang jemputan informal begini biasanya melalui media seperti ini. OK, esok lapang sikit. Bolehlah memenuhi jemputan ini. Tapi wonder jugak…sejak lebih 20 tahun d Kedah ni tidak pernah lagi dengar nama tempat Permatang Bonglai (memang geografi fail la…). Minta Zaidi share location. Oh dekat sejam juga perjalanan dari rumah.

peta permatang bonglai

Tempat tanda merah tu Permatang Bonglai, entah dalam kawasan Ayer Hitam atau Jitra.

Untuk memenuhi jemputan Zaidi, kami travel untuk sampai sekitar selepas Zohor. Jalan menuju kampung ini sangat-sangat indah. Kiri kanan dipenuhi sawah menghijau. Saya abadikan kenangan ke Permatang Bonglai ini hanya semata-mata kerana pemandangan sawah menghijaunya yang sangat indah. Saya suka sawah, saya suka nature. Ini salah satu tempat yang memang wow dalam pengalaman saya. Sudah lah sawah menghijau, ada contarst dengan warna putih dari Bangau dan stork yang hinggap dan yang terbang. Langit? biruuuuu sangat.

Ok, tak perlu imagine, di sini saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya capture. Selebihnya tak sempat sebab terlalu terpesona dengan apa yang dipandang mata.

20181117_164559

Sesayup mata memandang…hijauuuuuuu

20181117_163302

Nampak tak bangau dan stork? Kalau tengok yang live punya lagi best. Banyak sangat bangau dan stork. Bangau leger macam S, stork leher pendek. Ini sempat curi2 sebab kalau kita dekat semua lari.

 

20181117_161517

Jalan kampung di tengah-tengah sawah

20181117_161509

Dari tepi tingkap kereta…tak jemu dipandang

20181117_160814

Yang ni special, Saya pergi belakang rumah Zaidi, gambar ini diambil dekat pokok kelapa di belakang rumah beliau.

Selepas jumpa mak ayah, wife, dan anak zaidi (termasuk Taqif) kami makan makanan yang sedap giler kat rumah Zaidi. Sebelum pulang kami dibekalkan dengan pucuk belalai gajah, pucuk manis, buah celagi dan buah betik.

Lepas tu Zaidi bawa kami pergi beli nira nipah kat kebun nipah di kampung Permatang Bonglai. Kami membontoti motor beliau dengan kereta. Beli nira fresh dari pokok..fullamak…sangat sedap. Saya minun nira 2 bungkus dalam kereta!!. BTW, harganya murah sangat. 2 bungkus baru rm5.

20181117_162729

Misi mencari nira nipah segar dari pokok, ikut motor Zaidi.

20181117_163029

Merentas kampung dan tali air…demi mencari nira segar

Tuan nira tu juga baik hati, telah memberikan kami benih nipah pula 2 pokok. Dari buah nipah.

Sampai rumah, makan buah betik pemberian Zaidi.

20181117_182939

Terima kasih kepada tuan pokok betik ini. Kenangan manis bersama betik manis.

Ladang Kipli

Ladang Nipah Kipli

Tarikh: 19 Okt 2018 

Pergi visit Muhammad sebab katanya boleh outing. Kami pandu kereta kecil saja sebab konon nak jimat minyak kereta. Tapi bila sampai tempat Muhammad, dia bawa kawan nak ikut sama outing…nasib lah kereta kecil ni, kita sumbat juga semua kawan-kawan Hammad. Ha..ha..ha..lagi ramai lagi meriah!

Nak bawa depa ke mana? Buka Google Map, cari tempat menarik sekitar kami, Oh jumpa Ladang Nipah Kipli. Teringat cerita Zaidi minggu lepas pasal Ladang ni. Katanya ada tempat buat nira nipah fresh dan kita boleh lihat proses penyediaannya. Kami kut jer panduan kat Google Map, tempat ni terletak di Sanglang Perlis. Dekat sejam juga perjalanan dari Beseri, tempat belajar Muhammad.

peta ladang nipah kipli

Lokasi Ladang Nipah Kipli menurut Google Map.

Perjalanan ke Ladang Kipli ini menysuri tepi laut yang sangat mendamaikan pemandangan. Saya buka tingkap kereta dan menjengah ke laur…emmm, pemandangan cantik, tapi baunya…err…bau agak hanyir.

Niat nak tengok orang buat nira nipah. Terbayang-bayang cerita Zaidi. Sampai-sampai depa dah tak buat lagi pameran proses penyediaan Nira. Sekarang ni hanya sekadar jual nira nipah, kedai makan, dan jual produk tempatan seperti belacan, kerepek dll. Patutla masuk percuma. Dulu katanya berbayar. Iman upset juga, tapi sempat juga posing dekat pokok nipah.

20181019_182133

Muka Iman yang upset, pokok nipah dan buah nipah. Untuk buat nira, tangkainya (yang hujung ada buah tu) dicantas dan ia akan menitiskan air nira yang manis dan sangat sedap (bukan untuk orang diabetes)

Jadi kami hanya order dan minum nira yang dah siap. Kami pesan satu jag nira. Kemudian pesan masakan panas lain. Sebelum balik, beli belacan dan kerepek kat kedai yang ada dalam ladang nipah ni juga.

ladang1

Tempat makan dalam Ladang Nipah.

20181019_183205

Alang-alang dah sampai, kita makanlah. Jag hijau tu jag air nira. Dalam gambar ni kak As, Iman, Hammad dan kawan2

Free, tak perlu bayar masuk sini. Tapi makan kena bayar la…hi..hi…

Masa balik, sempat tengok matahari jatuh. Sebab penjalanan ke ladang nipah tu betul2 tepi laut. Nampak saat-saat matahari terbenam. Sangat indah pemandangannya. Sungguh, tidak ada nikmat Allah yang dapat didustakan.

20181019_192038

Sangat indah pemandangan matahari terbenam di kuala ini. Sangalang perkampungan nelayan rupanya – ada banyak perahu saiz kecil dan besar di ‘tambat’ di sini.

Kenangan bersama Ernie dan Ezee

Sawah Arau, Canopy walk, gua kelam…dan nasi lemak!

Tarikh: 02 Nov, 2018 (punya lah lama x menulis!)

Erni dan Ezee di rumah sejak seminggu. Belum sempat bawa ke mana-mana. Teringat sawah-sawah padi di Arau yang baru mula menghijau. Why not? Dari rumah hanya 15 minit ke sawah-sawah di Arau, Perlis.

Ezzie dan Ernie dari KL berkunjung ke rumah. Kesihan juga x kemana-mana. So bawa mereka ke Canopy Walk, Gua Kelam dan main-main sawah padi d Arau.

sawah

Sawah di Arau, padi baru tabur…tengok langit, dan tengok rumput di bumi.

Nak pi ladang tebu, tapi papi dah ambil jalan lain. So terus ke Canopy Walk. On the way singgah dulu kat empangan Timah Tasoh. Jumpa pokok petai belalang, apalagi..makan petai belalang sepanjang jalan.

timahtasoh

With pa and kak As. Singgah di empangan Timah Tasoh, Perlis. Luas, sejauh mata memandang.

Waktu kami tiba di Canopi Walk, izin untuk menaiki jambatan gantung dah tutup. Tapi orang kat situ kesian tengok kami mai jauh2 depa pun bawa jugalah kami jalan2 atas jambatan gantung.

Forest research institute of Malaysia (FRIM)

frim perlis canopy

Ramai yang tanya kat mana Canopi Walk ni? Ni dia petanya. Kat stesen penyelidikan FRIM, Perlis.

FRIM Mata Ayer terletak di Kaki Bukit, Perlis iaitu kira2 30 km dari bandar Kangar, tetapi hanya 10 km ke Padang Besar. Keunikan hutan di sini ialah kerana ia satu2nya hutan Monsun Tropika di Semenanjung Malaysia kerana ia terletak paling utara berdekatan dengan Hemisfera Utara. Di pusat kajian FRIM ini terdapat lebih kurang 40 pokok jati yang tertua di Semenanjung Malaysia, iaitu ditanam pada tahun 1953 (kira2 58 tahun- 2011). Pokok2 Jati ini berasal dari Pulau Langkawi.

 ‘Canopy Walk’ adalah satu kemudahan yang disediakan untuk memudahkan Penyelidik menkaji pokok2 balak seperti kajian penyakit, bunga2an, buah dan biji benih yang dihasilkan oleh pokok2 balak yang tinggi2 ini. Bahagian ‘Canopy Walk’ yang paling tinggi ialah 17 meter, dan paling rendah ialah 6 meter, berjarak 100 meter panjang.Pokok2 balak yang berasal dari Negeri Perlis ialah ‘Meranti Temak Nipis’, juga terdapat di plot kajian di sini.

Pengunjung ke sini boleh menikmati suasana hutan dan melihat pokok2 kayu balak yang besar2 dan tinggi2. Terdapat 2 buah ‘guest house’ yang boleh disewa pada kadar yang berpatutan. Bagi penggemar koleksi pokok2 hutan dan eksotik, jualan anak2 pokok dan khidmat nasihat juga diberikan. Antara anak2 pokok yang dijual disini ialah:- Jati, Mahogani, Khaya, Meranti Temak Nipis(Meranti Perlis) dan lain2. (Ni statement yg saya ambil dari website depa..ha..ha..tengok gaya bahasa pun boleh tahu kan?)

Seterusnya kami menuju ke Gua Kelam. Malang juga sebab dah tutup untuk pengunjung. so kami jalan-jalan kat luarnya sahaja. Well, at least Ezee dan Erni nanti boleh cerita kat kawan-kawan depa, “Kami dah sampai Gua Kelam” ha..ha..ha..

guakelam

Gambar dari depan pintu Gua Kelam

Petugas Gua Kelam akhirnya nampak kami bergayut2 kat akar poko depan gua. Depa mai bagitahu kata waktu melawat dah habis, minta kami keluar. Kami yang nakal ni buat selamba jer, jalan keluar slow2 sambil meniti gigi air sungai depan gua. Naughty kan?

Keluar dari kawasan Gua Kelam, wah perut sudah berbunyi kelaparan. Melilai mata cari kedau sepanjang jalan. Tak jauh, kami nampak kaedai nasi lemat berasap. Semua serbu. Special nasi lemak sini dihidang dalam badang kecik, dibuat dari buluh agaknya. Since petai belalang masih ada beberapa tangkai di kereta, kami makan nasi lemak dengan petai belalang! Bau?..ha..ha..itu cerita lain.

Memang recommended nasi lemak ni. agak2 dalam 3km dari Gua Kelam. Selain sedap, cara tatarias hidangan nasi lemak di sini juga memang menarik. Hampir semua kami bertambah!

On the way back, kami singgah di Masjid Terapung Kuala Perlis. Ini spot yang wajib kami singgah kalau lalu ikut sini. Best sangat solat sini. Damai, tenang, karpet gebu gebas dan paling penting, sangat bersih!

20181102_205619

Masjid Terapung Kuala Perlis-dari dalam. Sangat mendamaikan. Di pintu masuk tu Muhammad.

20181102_203146

Masjid Terapung Kuala Perlis -dari luar. Iman tak lepas peluang nak posing.