A great talk is badly hurt by bad slides

Workshop: Adding energy to your slides

Date: 8 march, 2016

titl

Even if you are a good presenter, poorly prepared slides can still hurt your audiance

Nasiha of Islamic Business School invited me for a-day workshop on slides design. Well, since this is my baby, I am excited to once again share some useful techniques in ‘designing’ slides. Well, I do not just ‘create’ slides for presentations, but I ‘design’ them. Creating and designing are not similar. One is to have it in any way, the other is to prepare it with care –taking into considerations theories, formula, themes and purpose.

slide

The one day workshop took place on the 8th Mar, 2016 at the Islamic Business School’s lab.

Applying the interaction design they, I shared with the participants the following 11 topics:

  1. purpose & theme
  2. colour
  3. content
  4. the rule of third
  5. highlights and contrast
  6. model with ppt
  7. ppt can be sexy
  8. converting tables & lists
  9. slides behaviour
  10. adding audio & video
  11. ppt project
contrast

This kind of highlights can be prepared in less than 2 minutes.

rot

Place your main object at any points of those 4 intersections, but not in the middle.

adding video

A video added into a slide can be further improved by providing a scene suitable for the scope of talk.

Throughout the workshop, we also utilise a few useful web tools for creating words cloud/wordle to be included in the slides (as image) . They are

wordle

An example of a wordle/word cloud created using Tagul (https://tagul.com).

Yep, I know there were too many things to be covered in one day (with hands-on activities!). At the end of the course, one of the participants said “My God, I felt like I had just completed a PhD in PowerPoint!”. Whatever he meant (good or bad), the remark makes my day.

The material is with me –if you need them just email me–> zulie@uum.edu.my

 

Advertisements

UniSZA, aku datang

All Rights Reserved. Copyright @2008 Zulikha Jamaludin | DISCLAIMER |

UniSZA, aku datang

23-24 Mac, 2016

Kali kedua menjejakkan kaki di sini, tetapi kali ini sebagai profesor pelawat. UniSZA, sebuat universiti di pantai timur semenanjung Malaysia mempunyai dua cawangan. Induknya di Gong Badak, Kuala Terengganu manakala kampus kedua terletak di Tembila, sempadan Besut dan Kelantan. Kampus tembila hanya menempatkan dua fakulti iaitu fakulti pertanian dan fakulti informatiks dan komputeran (FIK).

Tiba di lapangan terbang Kuala Terengganu pada jam 8.40 malam. En Ruslan, pemandu UniSZA sudah sedia menunggu. Kami makan mee rebus dahulu sebelum bertolak ke Resort Bukit Keluang yang jaraknya sejauh hampir dua jam pemanduan. Kami tiba di resort tersebut lebih kurang jam 11 malam. Sudah lembik, seharian perjalanan dari Sintok. Umurpun sudah menghampiri warga emas…tidak kuat lagi travel.

Pagi-pagi lagi ke UniSZA, kampus Tembila. Kagum tengok kampus ini, walaupun ‘in the middle of nowhere’  bangunannya dan insrastruktur sudah sangat lengkap. Kami (Prof Ku Ruhana dan saya) disambut oleh dekan, Dr Syadiah (dekan FIK), Dr Khairani, Dr Fadhilah (Timbalan dekan), Pn Zanariah, Pn Fauziah, Tn Haji ? (lupa), dan beberapa rakan pensyarah yang lain.

20160324_092102

Prof Ku Ruhana membentangkan cara menulis a winning proposal.

Bengkel penyelidikan untuk FRGS, dijalankan pada hari pertama dan bengkel penyelian serta ‘graduate on time'(GOT) pada hari kedua. Slaid untuk GOT bolehlah dirujuk di sini:

GOT-UNISZA

got

Klik pautan di atas untuk memuat turun slaid pembentangan.

 

20160324_092235

Sebahagian peserta yang tiba awal pagi -Depan sekali Dr Fadhilah (Timbalan dekan FIK)

Rata-rata pensyarah di UniSZA, khususnya di FIK memang masih sangat muda belia. Penuh tenaga dan semangat. Diharapkan sedikit perkongsian dapat memberi panduan kepada mereka untuk terus maju jaya dalam penyelidikan dan penerbitan masing-masing. InsyaAllah. Semoga Allah permudah.

Aktiviti selepas bengkel ialah makan!

IMG-20160324-WA0033

Beratur beli keropok lekor. Dah 3 hari Prof Ku nak makan keropok lekor goreng panas-panas.

Dr Syadiah dan Pn Fauziah (juga bekas pelajar saya di UUM dulu) membawa kami menikmati ICT (ikan celup tepung!) berdekatan Pantai Batu Rakit. Dr Khairani sudah sedia membuat tempahan. Kami makan seperti Dinasour lapar melihat banyaknya seafood yang dihidangkan. Ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung, dan paling istimewa, telur sotong celup tepung! vah..vah..vah…gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, senang hati.

IMG-20160324-WA0030

Dari kiri – Fauziah, Dr Syadiah, me, dan Prof Ku. Warung Pok Nor ICT. Kami makan macam nak rak! (Khairani tak ada dalam gambar, pergi tempah telur sotong celup tepung)

Sepanjang di sini, kami pindah 3 hotel! (Pecah rekod ni, 3 malam 3 hotel) Hari pertama di Resort Bukit Keluang, Hari kedua di Tok Aman Bali resort, hari ke tiga di TH Hotel berdekatan lapangan terbang. Panjang cerita kenapa berlaku pindah randah ini, tetapi overall memang adventure..ha..ha..

bali

Dari kamar resort Tok Aman Bali, ada tasik yang memang menyejukkan jiwa.

Malam terakhir di TH Hotel, teman lama yang sudah 33 tahun tidak berjumpa, datang melawat saya. Rasa macam nak gugur berderai air mata. Zuraini, I love you. It has been so long since we sit in the same class sometimes 33 years ago. Malam tu tidur lewat, tak apalah-sempat melepas rindu kepada sahabat baik yang sama dalam kelas semasa tingkatan 4 dan 5 dulu, Cikgu Zuraini.

Pagi-pagi seusai breakfast, kami bertolak ke lapangan terbang. Khidmat En Ruslan sekali lagi digunakan. Apa rezeki pagi ini dapat jumpa ustaz popular, Ustaz Azhar Idrus yang tidak lokek senyum, ceria diajak bergambar dan bercerita. Turut menghantar kami pulang ialah Dr Syadiah dan suami, Tn Haji dan anak terunanya. Mereka sempat membekalkan keropok Terengganu kepada kami. Moga Allah beri ganjaran berganda atas kebaikan kalian.

IMG-20160325-WA0100

Rezeki jumpa UAI yang menghantar ‘mek’ dan anak ke 10 nya di lapangan terbang  KT

Perjalanan ke Sintok sememangnya panjang. Kami transit di KLIA. Rezeki pula kali ini, di golden lounge, saya didatangi guru sekolah menengah, cikgu Razali yang kini sudah menjadi Prof Madya Dr Razali. Belia adalah guru fizik saya semasa di Tingkatan 4 dan 5 sometimes 33-34 tahun dahulu. Rupanya beliau juga adalah staf di UniSZA! hanya saya yang tidak tahu dan tak berkesempatan bertemu kerana beliau di kampus Gong Badak. Panjang kami bersembang, cerita lama dan baru…membuat saya teringat kenakalan saya di sekolah dahulu. Well, kerana nakal itulah cikgu saya masih ingat akan saya, kan?

20160325_112148(1)

Cikgu Fizik saya masa tingkatan 4 dan 5 dulu, PM Dr Razali. Besar hati saya apabila cikgu masih kenal saya, after 34 years! (Thanks to Prof Ku yang jadi jurufoto)