The Tree Top Walk

THE TREE TOP WALK, SUNGAI SEDIM KULIM

Dated: 18-19 September, 2014

Venue: Sungai Sedim, Karanga, Kulim Kedah.

Sangat gembira rasanya dapat mengembara ke puncak-puncak pokok dan melihat ke bawah pemandangan yang sungguh Indah. Mendongak ke atas melihat kebesaran Tuhan, menunduk ke bawah, menyaksikan kasih sayangNya dalam pelbagai rupa – sungai yang mengalir perlahan, batuan yang membentuk cerunan indah, hamparan hijau dedaunan yang menyejukkan jiwa raga! wah, sampai saya boleh jadi penyair melihat keindahan tersebut.

TTW-1

Ini entrance TTW. Posing dulu sebelum mendaki jambatan puncak pokok. Sedang posing ialah mama, Pa dan Iman.

Memasuki perkarangan tree top walk (TTW) ini kena tahan penjaga jalan – eh, kena bayar parking RM3.00 sehari. Hmm…kita yang dah booking accommodation kat dalam tu pun kena bayar parking? aduhai…niat sedekah jer lah.

Masuk kawasan perkelahan sungai sedim, cari tempat penginapan tak jumpa. Tanya penjual kat kawasan perkelahan Sungai Sedim, depa kata kat luar. keluar lagi, tanya kat mana Villa Bintang? Eh, orang kat luar kata kat dalam pula. so pi-mai dua kali, baru jumpa. rupanya dalam kawasan TTW yang agak melencong sedikit daripada kawasan perkelahan Sungai Sedim.

TTW-2

Betul-betul hutan segar. cahaya matahari hanya boleh mengintip-ngintip sahaja. Ini dalam perjalanan ke jambatan atas puncak pokok. Dalam ni Iman, Aman, Mama dan Hammad. mama bergayut kat akar pokok – ada macam Tarzan tak?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sambil berjalan menuju ke titian atas pokok, kami sempat bergayut-gayut kat akar2 pokok..alah, macam yang Tarzan buat tu lah. Gambar-gambar berikut ni gambar kami dah mula mendaki dan menelusuri hutan Sedim ini melalui ‘perjalanan di puncak pokok2’. Pengalaman yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.

1809201410182

Baru beberapa meter berjalan dah rasa letih. Tapi hepi sangat. Hammad (baju merah) dah pening2 lalat. Ketika ini ketinggian baru 10 meter dari aras tanah.

 

Oh, lupa nak cakap. Tiket untuk mendaki jambatan atas poko ini berharga RM10 untuk seorang dewasa, dan RM6 untuk kanak-kanak (17 tahun ke bawah). tetapi memang berbalio-baloi. Ini adalah jambatan atas pokok terpanjang di dunia. Jarak hampir mencecah 1 kilometer.

 

TTW-3

Dari puncak pokok pada ketinggian 15 meter – boleh lihat sungai yang mengalir di bawah…nampak tak sungai kat bawah tu? Subhanallah. Tiada nikmatNya yang dapat kita dustakan.

TTW-4

Jambatan atas pokok yang panjang, tinggi, memenatkan – tetapi sangat menggembirakan. Tak ramai yang dapat momen-momen seperti ini. In the picture – mama, Aman dan Hammad yang tak lepas dengan kamera nya.

ttw6

Ini puncak tertinggi, 26 ++ meter dari aras tanah. Yeay..we’ve made it.

TTW-5

Dalam perjalanan turun. Masih kelihatan akar pokok tempat tarzan bergayut…

ttw7

Yeah, sudah selamat menuruni jambatan atas pokok, menuju ke bumi semula. bye-bye semua pucuk2 pokok. pa hepi, mission accomplished.

ttw-8

Aktiviti seterusnya yang terdapat di TTW ini ialah Flying fox. harga RM15 seorang. Ini Aman sedang menerjuni host. Semua terbang termasuk Iman sikecil. Oh, Pa tak mahu terbang…katanya dia dah biasa dengan aktiviti ini. nothing new. Well, it is new for me…^^^

ttw9

Seterusnya MANDI SUNGAI…hooreeyyyy. Kelihatan kat atas tu adalah jambatan yang kami naik tadi. itu tempat paling rendah – masa mula mendaki.

ttw10

Aktiviri bersosial bersama anak-anak. Having a smalltalk. Jarang2 nak dapat moment macam ni. mama ada rupa ikan duyung tak?

ttw11

Terliur tak nak mandi sungai? Memang best sangat. air jernih, sejuk…dan paling best, tempat ni exclusively allowed ONLY to our family. Pengurus TTW telah bermurah hati membenarkan kami mandi kat sini, instead of tempat perkelahan orang ramai. Syukran.

ttw12

Ok, sampai di sini dahulu cerita di TTW. In a nutshell, we have lots of fun! Thank you Allah for this gift.

Advertisements

MANCOD 2014

MALAYSIAN NATIONAL CONFERENCE ON DATABASES (MANCOD2014)

http://mancod2014.blogspot.com/

Dated: 17 September, 2014

Venue: UPM Serdang.

Salah satu strategi kami untu memperoleh artikel bermutu bertujuan dimuatkan dalam Jurnal ICT (jict.uum.edu.my) ialah dengan mengadakan sesi ‘briefing’ di seminar dan persidangan yang berpotensi menghasilkan kertas kerja bermutu. Kali ini briefing saya di UPM Serdang semasa persidnagan MANCOD 2014.

mancod1

Tajuk briefing, memberitahu tatacara mengubah artikel persidnagan kepad artikel jurnal.

 Perkara pertama yang perlu jelas ialah struktur kertas kerja yang boleh digambarkan seperti rupa bentuk karakter King dalam permainan chess.

Perhatikan rupa abstrak – sebenarnya miniature kepada keseluruhan intro-body-conclusion.

mancod2

Label setiap bahagian adalah seperti dalam gambaran di bawah.

mancod3

Label setiap komponen dalam struktur kertas kerja/artikel jurnal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Get the full slide below 

AIPPEN 2014

ANUGERAH INOVASI, PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN UUM 2014

Dated today: 9 September, 2014.

Di meja AIPPEN 2014. Dari Kiri Dr Afza, Dr Rohani, me and Prof Yusnidah. Team veteran weh!

Di meja AIPPEN 2014. Dari Kiri Dr Afza, Dr Rohani, me and Prof Yusnidah. Team veteran weh!

Hari ini berlangsung event tersebut di EDC, UUM. Semasa berjalan melintasi sekumpulan ‘orang’ terdengar ada yang berkata “Nak tegur Prof Zu tengok mood dia dulu. dia tu moody”. Mula tu berdesing jugak telinga.

So what? I am a designer. Designers are moody and weird. Fine. But at the same time we are creative, pensive, thoughtful…!

Little did he knows that the one characteristic that separates designers from others is that we ACT! We don’t just being moody, dreaming, or just thought about something. We design and make stuff that did not exist before. We take the idea in our head, in people’s head – we realise it by sketching, drawing, prototyping, ..and develop the product.

Well, so much for a moody designer – I won the Anugerah Invovasi at AIPPen today. Alhamdulillah.

semua pemenang. Ada 7 kategori termasuk penyelidikan terbaik, penerbitan terbaik, ... (tak ingat dah kategori lain). Yang penting saya menang kategori Inovasi he..he..

Ini semua pemenang (Baris 2 dan 3. Yang depan tu pihak pengurusan universiti & RMIC). Ada 7 kategori termasuk penyelidikan terbaik, penerbitan terbaik, … (tak ingat dah kategori lain). Yang penting saya menang kategori Inovasi he..he..

AGONY & RESEARCH JOURNEY

The pain in a research journey

For students who agonised over their research journey –have a look at this diagram.

frust

Frustration, confusion and feeling incompetence is normal for most researchers, including me. By normal I mean it is commonplace and surmountable. Tell u what, being able to find a balance and deal with a crisis are part and parcel of researching. So far I have not seen one student who has not agonised over his/her research journey (ya la, kita bukan student sajakita plays variety of roles kan, as student, mother, sister, brother, friend, boy/girlfriend, an employee, partner, child…).

Sometimes we have to do A, but thinking of our role as B,…Believe me, we could not afford to waste time agonising over what we thought we should be doing. THERE IS NO PRODUCTIVITY IN ANGST AND GUILT.

On finding a balance – at work, at home, at the univ, …a good start is to be honest about our needs, our obligations. Put our concerns on the table and discuss realistic and achievable goals (at home with hubby and children, at the office with the boss, at the university with supervisor/academic adviser).

Viva Malaysiaku 57 tahun!

MALAYSIAKU 57 TAHUN

Terpujilah Malaysiaku.
Namamu selalu hidup dalam sanubariku.
Walau ayah ibuku pernah terkapar luka di sini…di tanah ini,
…semua menjadi ukiran indah dalam hatiku.
Terpujilah Malaysiaku.
Menyebut namamu selalu membangkitkan cinta.
Kemanapun aku pergi, selalu ku bawa rasa bangga menjadi seorang wargamu
Di manapun aku berada, aku selalu merasa ingin segera pulang.
…aku ingin pulang.
Terpujilah Malaysiaku.
Untukmu aku akan terus berjuang dengan caraku sendiri
Walau tanpa tanda jasa
…untuk diperingati sesiapa.

Zulikha, 31 Ogos, 2014
Viva Malaysiaku 57 tahun!