Langkawi trip…

Langkawi Trip

Dated 31 July, 2014

Hari raya ke 3, kami berangkat ke Langkawi untuk rehat selepas letih sambut raya. Jenuh jugaklah nak bercuti di Langkawi pada musim perayaan. Tak tahu pulak sedemikian jadualnya. Feri penuh, hotel penuh, chalet penuh.

Well, kalau rezeki, dapat jugaklah saya menginap di Langgura Baron Pantai Chenang. Penginapan atas pantai..syukur sanagt. Bila-bila boleh jalan kaki jer ke pantai. Nak makan jugak senang sebab dekat dengan The Loaf, The White coffe houe, dan kedai2 mee udang.

langgura

Penginapan kami di Langgura Baron. Muhammad yang mabik gambar ni. Dia jalan merata-rata dengan monopod dia…

Selain mandi pantai, sempat saya dan family naik parasailing (walaupun kos sudah mahal giler!). Dulu rasanya dapat RM30 seorang, sekarang sudah RM60 seorang. terbang tak sampai 10 minit pun…

Biasa tengok nangka jatuh gedebuk? Itulah saya yang jatuh dari parasailing ni disebabkan ketiadaan angin pada senja tersebut…Pengalaman manis. ada belaka. best terbang dan sakit jatuh!

Mujur tak der apa-apa..ni selepas jatuh dari parasailing.

Mujur tak der apa-apa..ni selepas jatuh dari parasailing.

 

Advertisements

Chalet Terapung Segantang Garam

Chalet Terapung Segantang Garam

Aktiviti hujung minggu

Dated 22 August, 2014

Minggu ni berhasrat meneroka satu lagi tempat agrotourism dalam Negara dengan hubby dan anak-anak. Memandu dari rumah hampir 2 jam, menelusuri lebuh raya dan hutan paya bakau – sampailah kami ke Chalet Terapung Segantang Garam di Merbok, Sungai Petani. Kedah. Syukur boleh terus check in.

kala tiba

Titian (ke apa orang panggil?) menuju ke chalet kami.

Banyak yang menarik di sini. Pertama pemandangan yang…Subhanallah. Maha suci Dia. Muara sungai berair masin ini begitu indah dan dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang menakjubkan. Dilumpurnya penuh dengan ikan tembakul (salamander), diairnya pula ada pelbagai jenis ikan dan udang. Besar kecil semua ada.

chalet

Chalet kami, di tengah-tengah sungai…terapung2.

Apa lagi. Pa, Sulayman, Hammad dan Iman tak sabar-sabar buka alat pancing. Walau lapar, tak ingat lagi dah nak makan. Semua sibuk memasang alat pancing masing-masing. Yang bestnya, anak-anak ini tak pernah sekalipun memancing seumur hidup!!! Tapi they dream big, nak tangkap ikan besar-besar. Lawak betul.

 

dia

Aman serius dengan pancingnya…macam Pro!

Memancing sampai malam. Jangalah ditanya hasilnya. Tetapi kegembiraan mereka yang saya hitung. Mereka membina skill memasang alat-alat pancing, bermain dengan pelbagai jenis umpan yang menggelikan (cacing, cengkerik, dll yang tak sanggup saya sebut…eee..geli weh!) skill membaling kail, skill sabar menghadapi pelbagai jenis karenah ikan, sabar menunggu ikan memakan umpan. Saya? Hanya sesekali lihat saja sambil menyemak tesis pelajar yang saya akan pengerusikan vivanya pada minggu hadapan. Saya tak penting, yang penting mereka.

ma-mad-crop

Sempat interview pengalaman Hammad dan pancingnya…

 

Entah jam berapa mereka tidur. Pagi2 jenuh kena kejut solat subuh. Kami solat di atas chalet terapung yang terbuka menghadap laut dan langit. Sungguh tenang, bening dan indah. Sempat kami menikmati saat-saat matahari terbit, dari gelap semakin cerah dan cerah! Cuma yang tak boleh lupa, solat atas chalet yang begelombang. Macam2 perkara lucu, rukuk berhayunlah, sujud bergoyanglah…nak buat camana, tak boleh elak.

perahu

Hubby tak lepaskan peluang menangguk udang dan bilis…Si Bongsu, super happy!

 

Jam 8.40 pagi 23 Ogos, kami naik bot menelusuri Sungai Sembeling. Mengintai Teluk Bayu dan pelbagai jenis penginapan (chalet-chalet yang berbeza) di Teluk Bayu. Dari situ boleh Nampak puncak pulau (bukit?) Pulau Sayak yang (kata orang) menyediakan hidangan mee udang special di Sungai Petani ni. Kami tak pergi la, hanya tengok puncak bukit tu dari jauh. Sempat tengok pelbagai jenis ‘sarang’ udang, ‘sarag siakap’ dll yang diusahakan olep penternak udang dan ikan di sana.

bayu

atas bot. pemnadangan belakang ialah Chalet Teluk Bayu (akmi belum pernah pergi lagi). Pemadangan depan ialah Muhammad yang mabuk laut/sungai!

Kos naik bot ini RM60, katanya untuk 40 minit ride, tapi eh, dalam 20 minit dah sampai balik. Sulayman sempat berbisik tak puas hati. Well, tak apalah. Ada orang bukan bekerja untuk mencari keberkatan barangkali.

bot

melewati ‘sarang’ penternakan udang. Kelihatan adik yang bawa bot. Dia terangkan tentang teluk Bayu, Pulau Sayak, hutan bakau…Teka siapa ambik gambar ini? Siapa lagi kalau bukan orang yang tak ada dalam gambar ni. Buah hati saya.

Saya tak terkilan. Kos mendapat pengalaman baru memang tak terbayar. Terima kasih Ya Muqiit (Yang Maha Pemberi kecukupan).

as-ma-efek

Dalam perjalanan kembali ke Chalet, sempat posing bersama puteriku. Terima kasih Allah, atas kecukupan ini.

Meeting Mutiara PhD Group

Meeting Mutiara PhD group

Still, there are students absent. Well, they probably have reasons…but is it so hard to just let me know? Everybody presented their progress, but I noticed some do not consider the method and contribution that we have are bound to comply in CS-based research.

In a nutshell, CS research may adopts 5 methodologies namely formal method, experimental, build/design, process approach and model. Models normally need to be combined with experiments (thus known as simulations) or other methods (known as model check).

With regards to contributions, generally we may contribute to new theory/hypothesis, new solutions to old problems, new methods, or even new territory (for example new context, new material, … due to the changes in context or introduction of new material)

For better retention, here is the illustration:

CS+cont+meth

Invited lecture- Universiti Teknologi Petronas

INVITED LECTURE, UTP Tronoh, Perak.

Dated 7th August – Travel to Universiti teknologi Petronas (UTP) Tronoh. I used to think of UUM as a jugle-based univ. But when I look at Tronoh…he..he..we are better located.

Dated 8th August– present a talk on “HOW TO WRITE A GOOD PROPOSAL”, which I conclude as follows: skeletonRP

The most confusing issue seems to be on the rationale of having the problem statement (PS) and the research questions (RQ) in a thesis…well, a problem is the initiator of any research work. we maybe want to solve problem, to introduce new ways (methods) in approaching the problem etc. PS is the most useful and important element of any problem-solving effort. With it we can focus our own mind on a clearly described problem. When the PS is established, we can conduct necessary exercise to address the obvious questions (i.e the RQ). example, starting with quick broad questions like “the why” such as: Why object A cannot complete the cycle? (Broad & non-deterministic questions) …before going into detail DETERMINISTIC research questions such as: Can object A accurately complete the cycle given object B interferes 10 times in each cycle? (narrow and deterministic question). Then map the PS and RQ to your Main objective and sub-objectives. align PS&RO                     When we answers all questions (RQs), we achieve our objectives (ROs) and thus solve the problem (PS).

 

Dated 8 August – in the evening – an invited lecture on IxD. As usual, have to deal with questions like what is IxD? how does it looks like? why IxD?… ixd tronoh