UniSZA

Bengkel menulis proposal: Sintok- Tok Aman Bali-UniSZA

Date: 16-19 Ogos, 2016
Lokasi: UniSZA, Kampus Tembila Kuala Terengganu

Capture

“Boleh tak Prof bagi bengkel menulis proposal kat pensyarah muda kkami?” Tanya dekan, Dr Syadiah. Saya bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Sudah lama mengidam nak ke Terengganu. Lagi pula rasa bersalah takut  ‘kurang’ menjalankan tugas di UniSZA.

Menempuh perjalanan lebih 500km, dari Sintok, merentasi Kedah, Perak, Kelantan dan ke Terengganu. 4 Buah negeri saya lalui! Di perjalanan, singgah makan di restorang (teganung panggil restorang) dalam hutan – tapi lauk makan tengahari yang best. banyak ulam-ulaman termasuk daun belalai gajah. Jumpa penjual durian di tepi jalan pun kami berhenti, makan durian puas hati. Minta dibukakan dahulu durian tersebut, kalau berkenan dengan isi baru kami makan. Ha..ha..puas hati sungguh makan durian kali ini.

duyan

Penjual durian dah jemu tengok durian, kami jer dok menghadap macam orang tak pernah jumpa durian!

Petang baru masuk kawasan Cherang Ruku, sempadan Besut Terengganu, where our hotel is. Menginap di Tok Aman Bali Resort memang selesa berbanding penginapan sebelum ini, somewhere in Bukit Keluang. banyak aktiviti di sini, berenang, parasailing, boating dll.

IMG_20160818_075438

Tu dia, sampai dah Tok Aman Bali Resort

IMG_20160816_162530_343

Nada dah nak meneroka ‘ambience’ sini

 

B17hb hingga 18hb mula bengkel di Fakulti Informatik & komputeran, UnisZa, kampus Tembila. Pemandu jemput seawal 8.30 pagi. program mula 9.00 pagi. Memang muda-muda belia semua pensyarah UniSZA yang mengikuti bengkel ini. Maizan, Wan, well, Dr Khairani pun masih muda jika dibanding saya..ha..ha… Dr Syadiah tidak dapat bersama kali ini, beliau bercuti nun jauh di Bandung!

IMG_20160817_082123

Serius, dah nak mula bengkel…tunggu pemandu di lobi.

Bahan bengkel kali ini lebih intensif kerana saya cuba menyampaikan kandungan 3 bab proposal PhD dalam tempoh hanya dua hari ini sahaja. Di bawah ini adalah senarai kandungan ‘booklet’ berjumlah 37 muka surat yang saya sediakan untuk para peserta. Jika ada di kalangan pembaca yang memerlukan bahan ini, sila hubungi saya. boleh jer saya kongsikan sedikit ilmu yang ada.

Contents

1. Basics on academic research
2. The difference between Master’s and a doctoral research
3. What is an academic proposal?
4. Why is a proposal important?
5. The Structure: Proposal, Paragraphs, Sentences

Outline
Structuring paragraphs
Structuring sentences

6. What should be included in a proposal
General purpose of sections in a research proposal

Title.
Keywords
Abstract

7. Literature review

Theoretical framework
Steps in performing LR

8. The methods chapter

The template for the method chapter
Timeline

9. Conclusion in each chapter
10. Grammar and mechanics of writing .

Passive or active voice?
Document format
11. Introduction
Problem statement
Research questions
Sample matrix for evaluating research questions:
Research objectives
Linking PS to ROs and RQs
Contribution of the study
Scope

12. Finding material to read
13. Writing effectively
Content
14. The implication of H-Index
15. Useful web sources

Web tools
List of Q1 journal (in HCI, IxD)
Example of Q1 journals (HCI)
Where to search for articles?
Main types of scholarly articles
Other thesis writing helpful sources

16. References


IMG-20160818-WA0016

Sebahagian dari peserta yang bergambar bersama untuk kenangan. Comel-comel kan depa? Yang guys pun macho2 belaka.

IMG-20160818-WA0017

As usual, bekalan keropok tidak dilupakan. Thanks Dr Khairani and team yang sangat awesome!

Perjalanan balik ke Sintok ditempuh dengan meredah lagi 500km. Selamat tinggal UniSZA, selamat tinggal Tok Aman Bali. Tuugas di kampusku sudah menimbun sejak 4 hari ditinggalkan. Oh…

balik sintok

Kena meredah hutan, sungai, tasik, bukit dan gunung…untuk kembali semula ke kampus UUM.

Advertisements

Anak-anak syurga

NASOM: Anak-anak syurga

Tarikh: 8-9 Jun 2016
Lokasi: NASOM, Butterwoth

Rasa besryukur. Alhamdulillah adalah perkataan yang pertama keluar dari bibir saya sebaik sahaja melihat mereka. Puji bagi Allah yang begitu berkuasa, mencipta makhluk pelbagai rupa, pelbagai upaya…dan anak-anak ini adalah di antara bukti kebesaranNya. Begitu sempurna saya, begitu sempurna juga mereka dengan ‘keistimewaan’ yang Allab beri pada mereka. mereka pasti anak syurga. Saya yang sempurna ini belum tentu…

sumbang

My Iman pun tidak ketinggalan bergaul dengan anak-anak istimewa di NASOM. Berdiri dari kiri ialah Dr Sobri, Iman, Shima.

Saya, Dr Wan, Iman, Shima dan Dr Sobri adalah gabungan penyelidik dari UUM dan UTP. Kali ini kami ke Persatuan Autism Kebangsaan atau National Autism Society of Malaysia (NASOM), cawangan Butterwoth untuk mengutip data keupayaan murid autism menggunakan produk kami (Autism social aid–ASA).

nasom2

Dari kanan berdiri ialah Iman, Shima, dan guru-guru NASOM yang sangat berdedikasi.

Guru-guru di sini yang sangat berdedikasi memang saya tabik. Kemahiran dan keupayaan mereka menanangani karenah anak-anak istimewa ini sangat luar biasa. Kesabaran yang bukan sedikit. Dengan keringat, dengan tenaga, dan paling utama, dengan kasih sayang. Saya tidak mungkin berupaya menahan sabar dengan anak-anak ini. Yang kecil dengan sikapnya sendiri yang remaja, lagilah…

20160616_140518

Kadang menung, kadang happy, kadang pandangan mereka jauh seperti melihat masa depan yang lebih baik. InsyaAllah anak-anak syurga ini kita bantu setakat terdaya

tulisan

Contoh tulisan murid sekolah rendah: Keupayaan murid ini menulis dan melukis tidaklah terlalu jauh dibelakang.

Dua hari bersama mereka dalam eksperimen menggunakan ASA telah memberi banyak input kepada kami untuk menambahbaik ASA ke peringkat seterusnya. Buat masa ini ASA mencukupi untuk latihan sosial yang asas. Latihan untuk interaksi perlu dipertingkat. Apapun, hasil yang diperoleh sangat memuaskan.

Screenshots_2016-09-04-20-40-01

Salah satu paparan antara muka pengguna ASA. Reaksi anak yang marah cuba menduga apakah murid autism mengenali reaksi ini.

Bagi mereka yang sedang mencari panduan mengesan Autism pada anak, murid, sedara dll, boleh tengok brosur kementerian di bawah ini.

autism brochure

  • Perbualan satu pihak
  • Mengulangi percakapan mengenai perkara yang sama
  • Ketawa berdekah-dekah tidak sesuai dengan keadaan
  • Tidak menunjukkan minat
  • Tidak tahu main olok-olok, contoh main menjadi doktor (dia tak pandai main ni)
  • Hanya menyertai kumpulan jika dibantu atau didesak
  • Perbuatan berulang. Contoh: mengibas-ngibaskan tangan.
  • Tidak bermain dengan rakan sebanya
  • Tunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa
  • Mengulangi percakapan orang lain
  • Suka memutar objek
  • Benci perubahan
  • Tiada hubungan mata

Yang disenaraikan diatas adalah ciri kebanyakan. Perlu diingat, anak autism juga manusia biasa yang unik. Ada kelaku atau perbuatannya yang tidak terdapat dalam senarai diatas. Doktor pakar kanak-akank istimewa boleh mengesakan dengan lebih tepat.