flipped classroom

Apa kah itu Flipped Classroom? Flip atau Flop?

Date:16 November, 2015
Venue: KPTM Alor Setar

Bengkel ini popular di merata-rata tempat sekarang ini. Nampaknya semua institusi berminat untuk menggunakan kaedah flipped Classroom dalam P&P mereka.

tajuk

Saya kendalikan bengkel sehari ini di KPTM, 16 Nov 2015. En Khairul Nizam selaku ‘tekong’ bengkel ini menguruskan peserta seramai lebih kurang 60 orang.

Apa FC? kuliah diberi kepada pelajar lebih awal, secara atas talian dan pelajar diberi masa untuk pelajari sendiri kuliah tersebut. Apabila hadir ke kelas, aktiviri ‘tusyen’, atau latih tubi atau aktiviti pembelajaran mendalam dibuat berdasarkan bahan kuliah yang telah ditelaah terlebih dahulu. Ia dianggap FLIP – kerana terbalik, pelajar belajar kuliah sendiri, dan ‘homework’ dibuat dalam kelas.

Secara formal, takrif FC ialah: Sejenis pembelajaran teradun yang membolehkan pelajar mencapai kandungan atas talian dan berinteraksi dengan rakan dan pensyarah dalam perbincangan tak segerak–di mana waktu kuliah -bebas drpd kuliah, lebih kepada aktiviti  berpusatkan pelajar, i.e. lebih masa bantuan bersemuka (F2F) dengan guru, rakan.

model

Mosel pembelajaran secara FC. berpusatkan pelajar, berpandukan hasil, dan multi-model.

Saya juga kongsikan kaedah untuk tidak ‘flop’ dalam melaksanakan FC ini:

  1. Mula dengan Q&A berkaitan dgn topik yang telah dimuat naik(15 minit)
  2. Kekang diri daripada ‘memberi kuliah’ atau cuba buat perubahan kosmetik (untuk nampak macam fc)
  3. Buka semula bahan untuk jelaskan bahagian yang sukar difahami
  4. Minta pelajar bentang apa yang difahami
  5. Siap mental…Ada pelajar datang dan harapkan kita buat semua benda…Ada yang datang tak bersedia

Cari startegi gerakkan peer. Peer pressure selalunya berkesan. Mesti bantu,  desak, kaji-selidik, …

CABARAN

  1. MASA banyak diperlukan untuk rakam bahan kuliah–Kena pastikan rakaman video/audio, pautan, dsb. Jangan underestimate masa yang diperlukan untuk menyediakan bahan.
  2. Hanya nak rakam sendiri – tak mahu guna bahan orang lain. Jgn cipta semua dari mula. Sebaiknya CURATE dari youtube, vimeo, ted, …
  3. kena tahu, bila mula FC student tak suka. Mereka sudah biasa duduk dalam kuliah salin nota. Duduk dlm kuliah memang mudah. Bila kita ubah cara, mereka kena kerja lebih/keras…so ubah norm memang susah.
  4. Pilih beberapa topik dan mula dari situ. Jangan buat semua setahun flipped. Buat sedikit2 dan tambah dari masa ke semasa. Jgn buat semua nanti student kecewa, kita pun kecewa.
  5. Ada rancangan untuk masa kuliah. Buat perancangan apa aktiviti dan luang masa dgn pelajar. Banyak hands on, enquiry-based, higher order thinking. Itu idea asal fc, ‘memaksa’ pelajar berfikir. Yang ni kita ganti tusyen/homework pelajar

Apa nak buat kalau student tak ulangkaji bahan yang diberi?

Mudah nak kesan kalaupun depa tak mengaku.

Bagi mereka guna komputer dan study bahan yang dikongsi sementara pelajar lain buat kerja mereka. Kemudian get a student or a  few to discuss dan include yang tak tengok tadi. Ini peer teaching. Yang sangat baik untuk semua murid.

Boleh juga, tengok video/bahan sekali lalu sama2 sebelum minta mereka study kat rumah. Just glance through dan bagitahu apa expectation kita dalam kelas akan datang.

Saya belum sempat upload slide ke sini, tapi kalau anda mahukan slides tersebut, boleh emel saya >>  zulie@uum.edu.my atau tinggal komen kat blog ini.

Advertisements

kota buku

Festival Kanak-kanak anjuran Kota Buku Malaysia

Date: 28 October – 1 Nov, 2015

Venue: Dataran Underground, Dataran Merdeka. (in front of Perpustakaan Kuala Lumpur)

Dari Hong Kong, mendarat saja di KLIA, saya bergegas ke Hotel Primiera (banguan di sebelah bangunan Kota Buku, Jalan TAR. Dekat Sogo, Pertama Complex etc). Ini pertama kali saya menginap di sini. Alhamdulillah, bilik dapat upgrade ke Executive Suite. Bergegas kerana bahan untuk pembentangan  esok, 31 Oktober, 2015.

Bersengkang mata sampai jam 2.00 pagi untuk siapkan bahan. Bangun pula jam 6.00. Bermula lagi hari baru. Hari ini saya memberi sedikit taklimat kepada guru pendidikan khas dan ibu bapa yang mempunyai anak2 disleksia.

Tajuk bahan yang dikongsi bersama guru dan ibubapa di festival kanak-kanak 2015

Tajuk bahan yang dikongsi bersama guru dan ibubapa di festival kanak-kanak 2015

Selain BacaMax, saya perkenalkan juga aplikasi sokongan membaca yang lain untuk kanak-kanak disleksia, seperti Nessy reading spelling, sight word, word builder, spelling games, dan reading doctor.

Harap peserta mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada pembentangan ini.

Harap peserta mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada pembentangan ini.

Adik-adik comel dari UiTM Puncak Alam adalah di antara peserta yang hadir. Mereka minta bergambar, ok jer...I suka.

Adik-adik comel dari UiTM Puncak Alam adalah di antara peserta yang hadir. Mereka minta bergambar, ok jer…I suka.

Di antara guru-guru pendidikan khas yang datang dari sekolah-sekolah disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Cikgu Zaiton SMK Seksyen 5, Cikgu Nor Hasmah SMK Muharja; Cikgu Nurul Hayaty SMK Wangsa Melawati; Cikgu Norhaslinda SMK Segambut; Cikgu Zarina SMK Seri Hartamas)

Di antara guru-guru pendidikan khas yang datang dari sekolah-sekolah disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Cikgu Zaiton SMK Seksyen 5, Cikgu Nor Hasmah SMK Muharja; Cikgu Nurul Hayaty SMK Wangsa Melawati; Cikgu Norhaslinda SMK Segambut; Cikgu Zarina SMK Seri Hartamas)

Sempat juga berkenalan dengan ahli panel dari Jakarta, Hanna Chaterina George, yang lebih popular dengan nama Hanna Latuputty. Nice person. Bio beliau boleh didapati via LinkedIn.

A-DEWS 2015

Asian Design Engineering Workshop (A-DEWS 2015)

Date: 29-30 October, 2015

Venue: Hong Kong Poly University

Themed as “Design engineering in the context of Asia”, The School of Design of the Hong Kong Polytechnic University has organised A-DEWS 2015. I was invited as a speaker.

A snippet from the A-DEWS website, featuring me as one of the speakers

A snippet from the A-DEWS website, featuring me as one of the speakers

My journey was smooth. AOR-KUL-HKG. I met nice people, make new friends along the way. It was a late flight. From HKG airport I was picked up by Raymond. a very nice driver who took me for a tour and show me around Hong Kong while driving me to the hotel. I arrived at the ICON hotel Kowloon at around 11.00 at night. Emily, the receptionist waited fro me at the door and help me checking-in, in my room! Can you believe that? This is the first time in my life, a hotel staff was so kind and understandable. She know I arrived late and that I have an important event the next day, thus she treated me like a VIP. Well, I can understand if I am a prime minister…or somebody really important (he..he..).

20151028_232550

My room, is really spacious. I love every part of if. From the minibar (which I can have everything for free!) up to the smartphone which I can use to call international, also for free!

hotel

Fully equipped with modern washroom and other facilities.

20151030_074038

The white building – is Hong Kong Poly Univ–Innovation Tower– from my hotel window. Took me 15 minutes walking to reach there. Hurg..an old lady like me can hardly cope with such walk…crossing the roads, the bridges, up and down the stairs, the elevators…

20151029_085836

Leftmost is Dino, who waited for me at the hotel and walked with me to the Titanic building (the design school) at the Uni.

I was out of breath, trying to catch up with Dino. Guess I can speed up like her too at her age…but what to do, I am already 50!

The Innovation Tower of HK Ploy-Univ. Local community called it a Titanic. This buidning was designed by zaha hadid.

The Innovation Tower of HK Ploy-Univ. Local community called it a Titanic. This building was designed by Zaha Mohammad Hadid, an Iraqi. She was the first women recipient of the Pritzker Architecture Prize.

Look at the building, now you know why I called the Innovation Tower as ‘titanic’.

The event, next day highlights researches from the following filed of studies:  Asian Society; Health and Wellbeing; Product-Service Systems Design; Materials and Topology Design; Interaction Design; Design for Business; Green Safe Transport; Asian Lifestyle; Affect and Experience; and Design for Asia.

The title of my talk

The title of my talk

This platform has given me another opportunity to share my latest research endeavour which I started venturing in 2011. I shared with the audience that the digital graphic novels (DGN) can be operationally defined as a series of respondents’ real life experience, given in order and with established connections between them. The experiences must be filtered, abstracted, and enhanced to produce a solid learning content. Most of my work on DGN concentrates on ecamining methods in abstracting the narratives and enhancing it with the help of technology. The finalised DGN can be used as a tool to overcome one of the many problems in teaching and learning difficult courses at higher degree level.

Below are some of the photos taken during the event.

A-DEWS2

As usual, very passionate…he..he..

more of me..he..he..this is my blog, there is no reason to be jealous if I put up loads of my photos...

more of me..he..he..this is my blog, there is no reason to be jealous if I put up loads of my photos…

A-DEWS3

From left: Cees de Bont (the conference chair), Keith, me, Alex, and Michael.

Pameran e-rezeki

Pameran video komik remaja dan BacaMax sempena e-rezeki, UTC

Date: 18 Jun 2015

Venue: UTC Alor Setar (sebelah Holiday Villa).

Saya petik laporan berita UUM “Di Kedah, majlis pelancaran disempurnakan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi, Teknologi Tinggi dan Sumber Manusia, Dato’ Norsabrina Mohd Noor mewakili Menteri Besar Kedah.

erezeki

kompilasi gambar-gambar sempena event e-rezeki

Dato’ Sabrina pada sidang media berkata, e-Rezeki merupakan platform untuk golongan bawah 40 tahun untuk menjana pendapatan sambilan secara digital dengan pendapatan isi rumah di bawah RM3050 sebulan.

“e-Rezeki ini bertujuan memperluaskan manfaat ICT dan membantu meningkatkan pendapatan rakyat.

“Melalui program ini, peserta akan diprofilkan, diberikan latihan serta ‘internship’, didaftarkan sebagai pekerja digital dan dibimbing bagi melaksanakan tugasan digital seterusnya menjana pendapatan,” katanya.

Terdapat empat (4) Pusat e-Rezeki yang dipanggil Digital Worker Centre (DWC) yang telah dilantik Multimedia Development Corporation (MDeC) dan salah satunya ialah KDTC, selain di Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur.

Di Kedah, menurutnya, KDTC mensasarkan akan melatih kira-kira 1000 orang setiap tahun mengikut kemampuan dan kelengkapn semasa.

Sempatkan menghadiahi YB Dato Sabrina sebuah daripada buku kami...

Sempatkan menghadiahi YB Dato Sabrina sebuah daripada buku kami…

Sempena pelancaran e-Rezeki itu juga, UUM menerusi Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC) dan ITU-UUM turut mengambil bahagian dengan mengadakan pameran dan showcase ICT membabitkan beberapa produk seperti Bacamax, robot showcase, jurnal Refleksi Hisbah Akhlak dan ITU Showcase, selain memberi persediaan latihan untuk peserta terdiri daripada staf Pusat Internet 1Malaysia dan Pusat Komuniti BDD di bawah Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Hassan Ali mewakili Naib Canselor; Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Mat Noh Ahmad dan pegawai-pegawai UUM.”

Saya dan Dr Husniza hadir untuk mempamer 2 produk

  1. Video komik remaja (extension of my previous i-comic) – by Zulikha
  2. BacaMax – aplikasi sokongan membaca untuk kanak-kanak disleksia (oleh Zulikha, Dr Husniza Husni, dan Fakhrul Anuar Aziz)

Tak apa la kalau nama saya tak disebut pun, tapi saya sempat selfie sakan dengan Dr Jaja..ha..ha.

videokomik

Di booth produk: Video komik remaja, bersama Dr Husniza

jaja3

Dr Husniza bertungkus lumus ‘menjual’ produk BacaMax sambil diperhati YB Dato Sabrina

?????????????

Di Booth BacaMax – produk sokongan untuk murid disleksia membaca

jaja2

Buku ini juga sempat kami pamerkan. Salah satu unit kami hadiahkan kepada Dato’ Sabrina.

????????????

Tak puas selfie tu…

UniSZA

Bengkel di Cherating bersama teman dari UniSZA

date: 10-12 September, 2015.
Program: Bengkel pemurnian artikel jurnal.

 

Flight dari Penang ke Kuantan selama satu jam setengah. Dari kuantan naik teksi ke Holiday Villa di Cherating, mengambil masa 40 minit. Cek in dengan urusetia program yang comel (dari kedai Batik Bonda Kuala Terengganu kalau tak silap adik tu), dapat bilik Royal Suite. Masya Allah…nak buat apa lah bilik seluas ini untuk ku seorang…tengok gambar kat bawah ni. ini jarak katil ku ke puntu bilik. You all pernah dapat bilik seluas ini? MasyaAllah…

?????????????

Dari katil nak ke pintu…kena marathon baru sampai.

Bengkel Pemurnian Artikel Journal ini adalah anjuran UniSZA, Terengganu tetapi dibuat di Cherating, Pahang. Memang best berkenalan dengan pensyarah-pensyarah muda yang penuh semangat untuk menghasilkan artikel ini, cuma diri ini semput, berkejaran dari pagi sampai malam selama dua hari berturut-turut. program mula seawal 7.30 pagi dan berakhir jam 11.30 malam.

Hari terakhir, bergambar bersama peserta. Prof Ku Ruhana (seat ke tiga selepas saya) dan Prof Omar (UPM - sebelah saya) juga ada secabagai faci.

Hari terakhir, bergambar bersama peserta. Prof Ku Ruhana (seat ke tiga selepas saya) dan Prof Omar (UPM – sebelah saya) juga ada sebagai faci.

Sempat berkongsi alatan web (web tools) yang boleh digunakan untuk memabntu penyelidik menulis.

Beberapa alatan web yang berguna untuk melicinkan proses menulis

Beberapa alatan web yang berguna untuk menyokong proses menulis: Thesis builder, hemingway, grammar, penzu,

Ada satu lagi aplikasi yang sangat berguna, namamnya WriteFull, tapi sekarang ia tak percuma lagi. dulu versi 1.0 diberi percuma, sekarang kena beli…

Lebih memeritkan, ini juga tempoh kena hantar permohonan geran TRGS. Sekembali dari bengkel, mandi, solat, terus menghadap lappy untuk lengkapkan maklumat dalam Mygrants. Dengan sistem yang slow merangkak-rangkak, memang tidor jam 4.30 pagi bangun jam 6.00 pagi lah jawabnya. Terhoyong hayang pergi bantu kawan-kawan siapkan artikel…tak apalah, happy boleh bantu. Mudah-mudahan artikel mereka lengkap dimurnikan dan diterima untuk diterbitkan dalam journal-journal berindeks ISI/Scopus dan sebagainya. Aku hanya tunggu hitung pahala nanti he..he..