Pulau SongSong

Pulau Songsong, aku terpukau!

24 Feb. 2018

Bila terlalu tertekan dengan pelbagai urusan, saya selalu mencari lokasi baru untuk melepaslelah, mencari sedikit kedamaian. Almaklum, tugasan dan rutin harian kadang boleh menjadi sangat mencabar jiwa raga. Tirai 2018 baru saja dibuka, namun stress sudah menggunung!

“Hello, Remie…I nak tanya kos tambang bot pergi balik ke Pulau Songsong dengan peralatan snorkeling.”

Langsung saja soalan saya pada Remie, seorang interior designer yang juga merupakan pemandu pelancong di Pulau Songsong. Ramah orangnya. DIamenyebutkan kos yang agak tinggi, tapi kahirnya kami setuju pada RM450 untuk 3 dewasa dan seorang kanak2. Kos ini tanpa makan minum mahupun program bbq. Tanpa bermalam juga. Daytrip sahaja.

Dari Sintok,kami perlu ke Jati Sungai Udang, Yan Kedah untuk menaiki bot ke Pulau Songsong. Hampir sejamjuga memandu dari rumah. Tiba di Jeti Sungai Udang, Remie belum tiba…janji jam8.00 pagi. Memandangkan kami belum sarapan,eloklah. Ada gerai juga berdekatan jeti. Sempat kami ‘menyoghoq’ dulu. Then kami parking kereta di laman masjid berdekatan jeti.

breakfastdulu.jpg

Breakfast dulu lah ya..Remie takmuncul-muncul lagi. Di belakang tu, adalah Jeti Sungai Udang, Yan.

Remie sampai jam 9.00. So, naiklah kami bot kecil–macam cruise famili saja, sebab x der orang lain, cuma kami saja satu bot tu selain Remie dan pemandu bot.

banyakPerahu

Pemandangan di Jeti

DiJeti

View lain sebelum naik bot.

ImanDJeti

Iman dah tak sabar…dengan bekalan penuh di tangan.

barubertolak

Kami naik bot…famili kami saja. Tak campur orang lain.

DiscussInBoat

Tengah bincang strategi dengan Nada. Iman dah seronok sangat tu..tengok senyum pun tahu.

dlm bot

Bot baru bertolak. Muara sungai Udang, menuju ke laut.

dlmbot

Remie, the captain.

bangau

Nampak tak bangau-bangau tu? Punyalah best view kat sini…just before we entered the sea. Di muara sungai ni.

 

KiriKanan

Pa sedang capture gambar bangau-bangau..

maNada

Menuju laut lepas…

UsInBoat

Dah keluar muara Sungai, dah di laut ni.

Dari Jeti sungai Udang ke Pulau Songsong mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Kami melepasi Pulau Telur, Pulau Tengkorak (yang dibuat penggambaran filem King Kong)…dari jauh nampak juga Pulau Bunting (bukan Pulau Dayang Bunting kat Langkawi tu…).

pulauTelur

Pulau Telur, kelihatan dari bot kami.

nak sampaidah

Approaching, kita dah hampir mendarat di Pulau Songsong…

nakMendarat

Yeay! Dah nak parking bot.

hampirMendarat

Mendarat!

Excited tak terkira. Walaupun pulau ini tidak berpenghuni, ramai juga orang datang bercuti di sini…ada yang bercamping beberapa malam. Kami cari lokasi yang sesuai dan Papasang kemah. Ya lah kan, x der kemah, nak tukar baju semua kat mana??

PaKhemah

Pa dah siap pasang kemah kat kami.

ourKemah

Kami sedang tukar baju dalam kemah ini…ha..ha..ha..

viewKemah

Banyak juga pengunjung lain

viewRhu

View di Pulau ini memang cantik.

 

kelapa

Sosok Pulau Songsong yang sangat indah pada mata saya. Pa yang capture gambar ini. Sudut kamera yang sangat sempurna.

Selesai pasang kemah, tukar baju…apa lagi,nak terjun ke air jer la. Pakai semua kelengkapan…

 

Angan-angan nak snorkeling, tapi setiap kali cuba menyelam, masuk air ke dalam mata ikut celah tudung. So nasihat kepada yang pakai tudung, kena guna jenis tudung yang sesuai supaya air tak menyerap masuk dalam goggle mata ikut tudung.

Banyak karang yang cantik di sini. Ikan2 bergerak dalam kumpulan. Paling banyak ialah sea urchin (landak laut??) dan gamat!!! yeww! Gamat ni rupanya lembik dan menggelikan. Bila kita terlanggarnya, iamengeluarkan sejenis cecair bergetah dari liang2 di badannya.lekat kat seluar, baju, tudung kita…geli sungguh!

gamat

Ini rupa seekor gamat (hitam) yang Pa ambil dan bawa ke tepi pantai.

makan.jpg

Habis berenang..lapar wei..makan dulu. Bekalan dari rumah. Nasi lauk rendang daging, homemade

Lepas makan, mandi lagi. Kali ni di kawasan pantai berpasir yang cetek. Sebab kaki dah luka, tangan dah luka kena karang. Cari tempat kanak2 pula untuk mandi. Sempat juga papi tanam badan montel ku dalam pasir pantai Songsong.

akudlmpasir.jpg

Aku dalam pasir, nampak dagu jer…kena tutup semua la, aurat kan?

Tak terasa masa berlalu, Jam3.00, Remie dah warning suruh siap sedia untuk bertolak balik ke Jeti sungai Udang jam 3.30.

Kami sempat naik bot dan keliling pulau virgin yang tidak berpenghuni ini. Indah sungguh. Unik juga pulau ini sebab setiap pantainya berbeza-beza jenis, bentuk serta sekitaran. Ada pantai bergua batu-batu besar, ada pantai pasir halus landai, ada pantai penuh batu tajam2 warna merah, ada pantai hanya hutan dipenuhi species ular Kapak!

PulauLangit

Banyak ular kapak dalam hutan tebal Pulau Songsong ini. Itu cerita Remie la…Selama kami di sini tak ada pula jumpa sebarang jenis ular.

Puncak pulau ini adalah tempat sarang helang, original red hawk! Rezeki kami sempat tengok helang keluar dan masuk sarang petang tersebut.

pokokLangit

Puncak pulau Songsong, tempat sarang helang Merah.

thePulau

Mengelilingi pulau dengan bot, sebelum pulang ke tanah besar.

 

KelilingPulau

Kawasan pulau yang bergua.

pantaiBatu

Kawasan pulau yang berbatu merah. Sini dah boleh mula snorkeling

PantaiBatuMerah

Pantai ini berbeza dengan pantai berpasir.

Tiba masa pulang, kami tengok diri masing-masing. Ha..ha..ha..semua orang sudah bertambah 30% kehitamannya! Nada dan Iman paling ketara. Apa nak kata, mandi dan berjemur sampai lupa diri. But, kami enjoy trip ini. Pulang nyanyi-nyani lagi dalam bot.

Betullah, hilang 50% stress!

dlmBotBalik

Dalam bot, perjalanan pulang dari Pulau Songsong ke jeti Sungai Udang, dengan semua orang jadi 30% tan

 

Sampai di Jeti, kami mandi dan bersihkan badan di masjid tempat kami parking kereta. Then solat jamak Zohor dan Asar. Remie kemudian belanja pula kami makan mee udang di gerai berdekatan. Rezeki lagi, Alhamdulillah.

On the way home, sempat lagi pi shopping kat Aloq Staq…Maka yang manakah di antara nikmat Tuhan yang dapat kita dustakan?