Dyslexia

Laman ini sentiasa tidak siap — selalu kemaskini edit, tambah, buang…harap boleh sabar dengan saya ūüôā

DYSLEXIA SUPPORT: TEACH FROM REDHA


as usual…defining dyslexia
Alat bantu mengajar anak-anak disleksia
Fahami “penderitaan” anak-anak disleksia anda
Workshop: Strategi kreatif menangani disleksia
Technology for students with dyslexia
Strategi Khusus Disleksia yang boleh digunakan
Buku disleksia
Inkubator disleksia UUM
Sumber lain -berguna!

dyslexia is defined as:

…An¬†unexpected¬†difficulty in reading in an individual who has the intelligence to be a much better reader.¬†While people with dyslexia are slow readers, they often, paradoxically, are very fast and creative thinkers with strong reasoning abilities.

Sally Shaywitz, Overcoming Dyslexia, pp.13- 24.

Go to top

ALAT BANTU MENGAJAR ANAK-ANAK DISLEKSIA

papanDys-3

Spell and read board (RM81)

Papan Sintok

papan Sintok (TM) adalah produk UUM yang telah dipatenkan sejak tahun 2018. Papan huruf ini adalah buah daripada kajian sejak tahun 2007. Reka bentuk visualnya mematuhi garis panduan reka bentuk visual daripada kajian literatur. Model pengguna telah dihasilkan menggunakan kaedah personifikasi bagi mendapatkan keperluan pengguna.

Pada dokumen paten, Papan Sintok diberi pengenalan berikut:

“With exclusive visual design for dyslexia, Papan Sintok is invented to allow struggling learners to play with the letters and at the same time learn to recognize the letters and the associated phonemes. This tool can compensate dyslexic children‚Äôs difficulties in their learning process. Supporting multisensory learning, Papan Sintok provides visual support through its 12 unique features including customised dyslexic font typeface, non-mirror fonts, Irlen-coloured background, and slots for alphabet arrangement on the board. Papan Sintok received recognition from national and international innovation competition such as IMIT 2018 in Indonesia. Papan Sintok has been commercially marketed throughout the county as well as a few districts in Indonesia.”

Keunikan Papan Sintok

  • Papan ini boleh digunakan untuk murid
    • mengenal huruf
    • mengeja
    • membaca
    • menulis
  • Reka bentuk yang selari dengan teori core-affect.
  • Membantu merangsang kanak-kanak disleksia khususnya, untuk belajar membaca.
  • Papan Sintok adalah contoh alat praktikal yang boleh menyokong pembelajaran dengan kaedah multisensory.
  • Alat manual yang sangat asas ini boleh mengimbangi kesukaran kanak-kanak dalam proses pembelajaran.

Fungsi Papan Sintok

Papan Sintok berfungsi sebagai alat untuk tujuan berikut:

  1. Memperkenalkan huruf a-z (huruf kecil)
  2. Memperkenalkan huruf vokal dan huruf konsonan
  3. Memperkenalkan bentuk-bentuk huruf secara multisensory (Contoh: boleh disentuh dan dikenali bentuknya dengan sentuhan, dibezakan warna, mengeluarkan bunyi ‚Äėpelatuk‚Äô apabila di susun atau disimpan ke tempatnya)
  4. Mengeja perkataan Bahasa Melayu atau Inggeris dengan menyusun huruf pada slot yang disediakan
  5. Membaca perkataan secara sebutan fonik atau suku kata.
  6. Ruang menulis boleh digunakan untuk
    • murid menulis kembali, dengan marker dakwat tidak kekal, ejaan yang telah disusun.
    • murid melukis gambar/ikon ringkas.
    • guru/ibu bapa menulis perkataan untuk murid eja dan susun huruf menjadi perkataan
    • guru menulis markah.
    • guru tampal pelekat motivasi/gred.

Ciri Khas Papan Sintok

  1. Bentuk huruf a-z yang sebenar boleh dirasai sendiri oleh murid apabila mereka memegang setiap blok huruf. (INVENTION: berbeza dengan kad yang tidak mempunyai bentuk huruf yg boleh di rasa. Bentuk huruf setiap satu mempunyai ruang bentuk yang serupa pada papan untuk dirasai oleh murid, khususnya murid yang bermasalah pembelajaran –LD)

Bentuk huruf boleh di rasa (sokongan multisensori).

  1. Saiz blok huruf disesuaikan dengan saiz jari kanak-kanak. (INVENTION: Beberapa saiz dan ketebalan telah dicuba dalam ujian penerimaan dengan kanak-kanak LD. Saiz blok huruf dengan tinggi max 5.5cm, lebar 3.5 cm dan ketebalan 5 mm yang dihasilkan ini merupakan saiz yang paling sesuai pada jari kecil kanak-kanak)
  2. Jenis fon yang digunakan adalah fon khusus untuk disleksia. (INVENTION: Font ini direka bentuk selepas kajian sejak tahun 2007, yang diberi nama DyslexiaMy dengan laras bentuk boleh baca kanak-kanak disleksia, iaitu bingkai nipis di atas dan tebal di bawah, dan SEMUA huruf tidak mirror‚ÄĒcontoh b, d, p, q semua ketara berbeza. Hasil bacaan menunjukkan peningkatan jumlah perkataan boleh baca dalam tempoh yang ditetapkan).

Contoh huruf b dan d yang ketara berbeza dan tidak mirror

  1. Saiz fon besar dan sesuai untuk belajar membaca dan mengeja (INVENTION: seperti diterangkan di atas. Saiz ini membolehkan guru membuat tanda aturan menulis huruf. Tanda ini mudah dipadamkan kerana bahan yang digunakan mesra-marker)

Guru boleh tanda ‚Äď murid boleh menjejak tanda sambil memadam tanda tersebut.

  1. Huruf tidak menyerupai huruf lain jika diterbalikkan (b-d; h-n; w-m; p-q)
  2. Slot untuk menyusun huruf di atas papan sesuai untuk pembelajaran secara fonik atau secara suku kata. (INVENTION: papan lain tidak mempunyai slot untuk menempatkan huruf apabila ejaan dibuat. Slot ini membantu pengecaman huruf apabila pengajaran kaedah fonik digunakan. Slot pada papan membolehkan penandaan (nombor huruf) dengan marker dibuat pada permukaan akrilik)
  3. Bahan akrilik yang digunakan mengeluarkan bunyi pelatuk/hentakan apabila huruf-huruf disusun. Ini berbeza dengan bahan gabus atau papan ringan yang tidak mengeluarkan bunyi dalam proses menyusun huruf. (INVENTION: Bahan ini adalah cubaan yang ke 7 selepas cubaan dengan bahan papan kayu, papan plastik, papan gabus, papan foam, papan besi, dan bahan softboard. Hanya akrilik yang menghasilkan bunyi pelatuk yang menyokong kaedah pembelajaran multisensori kanak-kanak)
  4. Mempunyai ruangan untuk menulis. (INVENTION: SEMUA papan lain tidak menyediakan ruang untuk murid atau guru membuat catatan, memberi markah dan nota lain. Papan Sintok menyediakan ruang khas untuk catatan ini ‚Äďdi sebelah kanan bawah– dan kerana bahannya dari akrilik, ia boleh dipadam dan ditulis semula dengan mudah)

Papan Sintok mempunyai ruang guru/murid menulis perkataan untuk dieja dan ruang guru memberi markah.

  1. Perkara berikut juga diambil kira:
  2. Set warna teks dan warna latar belakang dengan kontras yang seimbang.
  • Pemilihan warna mengelakkan teks berwarna terang pada latar belakang gelap.
  • Saiz papan yang sesuai untuk dimuatkan di atas meja kanak-kanak di sekolah.

Manual pengguna bagi yang telah membeli papan sintok – jika hilang boleh di ambil d ari sini:

Final-manual papan sintok

Video RTM Papan Sintok pada pautan berikut:

https://youtu.be/rjwmi4eHDh0

https://youtu.be/rjwmi4eHDh0 – di RTM TV1 pada 22 Jun 2019

https://youtu.be/rjwmi4eHDh0

Berita papan sintok

Penyelidik UUM rangkul Best Award dan Gold Award ‚Äď gigih bantu anak disleksia

27 Jun 2019

https://kampusuols.com/article/429698/U-In-News/UTARA/Penyelidik-UUM-rangkul-Best-Award-dan-Gold-Award-ndash-gigih-bantu-anak-disleksia

SLIDE AND READ

.

papan silang

Slide and pronounce (RM40)

P.S. We are alphabets (refil alphabets)

fonts

Refill fonts (RM53)

Adjustable Reading Ruker

scale-laras-baca.jpg

Adjustable reader ruler–ARR (this photo is a mock up. Real ARR is RM45)

Go to top

Fahami “penderitaan” anak disleksia anda…

Tidak semua murid perlu diajar dengan kaedah yang sama. Kebanyakan murid disleksia mempunyai cara pembeljaran tersendiri…fahami penderitaan anak-anak disleksia kita, apabila dipaksakan dengan satu cara seragam sahaja untuk mendidik mereka.

Mak, ayah, guru…mohon baca ringkasan yang saya cuba tunjukkan secara bergambar ini.

panel1

panel2

panel3

panel4

Video dibawah: pengenalan disleksia dan masalah yang dihadapi oleh anak disleksia

Go to top

Creative strategies to assist children with dyslexia:

The slides below were presented to participants during the workshop organised by Persatuan Disleksia Malaysia, in Sungai Petani., Kedah on 15-16th December 2017.

En Shibly and Cikgu Bibi were the liaison officer for the event. They are dedicated teachers at PDM  Sungai Petani. Thanks to Dr Zakirah for introducing me to these two hardworking staff of PDM.

During the event I met these wonderful and hardworking people who dedicated their time, effort and energy to the special children –> Laila, Nurlaila, Pn Zaharah, Dr Rozana, Teacher Tan Mon Ping, Tan Kai Ching,¬† Zalifah, Siti Hajar, Norhafillah, Nor Hemylia, Sarina, Intan Mazlina, Dr Zasmani, Nor Afzan, Nur Fatin, and madam Salmiah. There are more than 40 participants – some of them I did not have a chance to chat or get their name.

Another similar workshop was conducted at Sibu, organised by cikgu Audry and her hardworking team. Thanks also to cikgu Adeline Usha.

Here’s the slides for the workshop, carried out on the 13th April, 2018.

Go to top

STRATEGI KHUSUS DISLEKSIA YANG BOLEH DIGUNAKAN

Saya akan update ruangan ini dari masa ke semasa. dalam masa yang sama kumpulan kami di UUM dan ibu bapa serta guru, ramai yang sedang memabntu saya menyiapkan buku strategi bantuan mengajar anak2 disleksia mengeja, membaca, menulis (disgrafia) dan mengira (diskalkulia). Jika ada sahabat yang membaca ruangan ini dan mempunyai pengalaman menggunakan apa2 strategi yang telah terbukti berkesan kepada murid atau anak, mohon kongsikan dengan saya supaya saya boleh bukukan dan boleh pula dimanfaatkan oleh ibu bapa/guru lain. Nyatakan nanti nama anda untuk saya ‘acknowledge’ dalam buku tersebut.

Strategi: Isi Huruf (Umur 5-7 tahun)

**harap bersabar dengan saya. Belum sempat update semua strategi yang ada. Dari masa ke semasa, saya akan cuba kemaskini

Objektif strategi ini adalah untuk membantu murid mengenal huruf dan asisasikan dengan gambar yang berkaitan dengan huruf tersebut. contohnya A untuk Api (mudah), Awan (sederhana), Angkasawan (mencabar). Begitu juga dengan huruf2 lain.

isihuruf

Cara:

Buat bersama murid. Ada 2 cara. Isian huruf secara manual atau isian huruf pada aplikasi komputer.

Untuk isian huruf secara manual,  lakar huruf (contoh huruf A) pada kertas. Cari gambar yang berkaitan huruf tersebut, dan tampal pada lakaran huruf tadi. Potong semula gambar ikut bentuk huruf tersebut.

Untuk isian pada komputer, boleh gunakan aplikasi MS PowerPoint. Buat huruf A, B dll pada setiap page powerpoint. tebalkan, Bold, besarkan suapya nanti grafik yang diisi dalam huruf ini boleh dikenali. Isikan grafik dalam teks tersebut dengan cara memilih – Format–>Text Fill –> Picture –>taipkan nama gambar yang dikehendaki, dan pilih gambar, klik butang “Insert”.

Boleh juga ajar anak mula tulis perkataan bagi gambar dalam huruf. Gunakan teks titik putus2 sebagai panduan jika murid belum boleh menulis dengan baik.

Go to top

Buku-buku yang boleh membantu

Buku tulisan saya dan co-authors boleh dilihat di https://zulikha.wordpress.com/my-books/ 

poster-1-0.pngposter-4-0.pngPOSTER 3.0POSTER 4.0

Buku Ben Foss The Dyslexia Empowerment Plan: A Blueprint for Renewing Your Child’s Confidence and Love of Learning, sangat bagus untuk ibu bapa dan guru mengatur startegi pengajaran dan pembelajaran anak-anak disleksia.

ben foss

Buku Steve Chinn & Richard E. Ashcroft, Mathematics for Dyslexics and Dyscalculics: A Teaching Handbook 4th Edition mengandungi banyak strategi berguna dengan rujukan saintifik. 

steve

Buku The dancing letters sesuai untuk anak2 tahap 1 (umur 5 – 10 tahun) –>¬† ¬†https://www.behance.net/gallery/41884717/THE-DANCING-LETTERS

dancing-letters.jpg

Go to top

INKUBATOR DISLEKSA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UMUM: UUM, PDM, INKUBATOR UUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, sebuah institusi pendidikan tinggi dan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Perintah Universiti Utara Malaysia (Perbadanan) 1984 di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, yang beralamat di 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman bersetuju bekerjasama dengan¬†¬†PERSATUAN DISLEKSIA MALAYSIA( No. Pendaftaran PPN ‚Äď 017-14-23031995), sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966, yang beralamat di 349, Jalan Ampang, Selangor Darul Ehsan, untuk mewujudkan sebuah inkubator yang dinamakan inkubator Disleksia UUM untuk kegunaan TERAPI, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DAN REMAJA BERMASALAH PEMBELAJARAN di Bangunan Pusat Pengajian Pengkomputeran di bawah penyelarasan maml Human-Centred Computing Research Lab (HCC).

MATLAMAT INKUBATOR

Matlamat utama Inkubator ini adalah untuk membantu murid bermaslah pembelajaran spesifik disleksia menguasai pembeljaran dengan mengaplikasi hasil penyelidikan yang berjaya oleh penyelidik-penyelidik UUM dan IPT lain. Kaedah pengajaran dan pembeljaran adalah customised berpandukan pengalaman, pengetahuan dan hasil penyelidkan  pasukan penggerak inkubator.

AKTIVITI RINGKAS INKUBATOR DISLEKSIA UUM

Berikut hanyalah ringkasan aktiviti. Aktiviti terperinci doleh dirujuk dengan Cgu Zul atau Prof Zu.

Tarikh Milestones
Apr-18 Perjumpaan dengan dekan/PNC CAS, Dr Huda dengan En Shibly, En Zul dan Prof Zulikha
Jun-18 Pembesihan bilik stor AHSGS
Julai 2018 Mula tusyen stiap sabtu dengan bilangan 5 murid
Ogos 2018 Mula kelas harian dan meneruskan kelas tusyen setiap sabtu. 5 murid harian, dan 16 murid tusyen
Nov-18 Sumbangan label INKUBATOR DISLEKSIA dari Dzea Perfect design (Tn Haji Fariz)
Dec-18 Murid harian meningkat kepada 20 orang. Kelas mula dibuat 2 sesi, pagi dan petang
23-Dec-18 mesyuarat last tahun 2018.
Jan-19 Projek kebun
Jan-19 Silibus Sains Nancy Larson mula diguna pakai
2-Jan-19 Finalise hasil kajian dan buku tahap 1 Marie Ripple. Terima Buku dan bahan block Math-U-See daripada Pn Masyitah. Sumbangan iklhas for inkubator UUM
10-Jan-19 mesyuarat pertama tahun 2019 Bil1/2019
23hb feb 2019 Bengkel disleksia Siri 1 – STML
18 mac 2019 Bengkel disleksia Siri 2 – STML
27hb Apr 2019 Bengkel disleksia Siri 3 – STML
Mei 2019 Toy library–secara prinsip bilik di hadapan inkubator telah dipersetujui untuk digunkan sebagai toy lib inkubator
25-Jun-19 Mesyuarat ke 2 tahun 2019 – Agenda khusus untuk penambahbaikan bengkel siri 4 pada 29 Jun nanti
29-Jun-19 Bengkel disleksia Siri 4 – STML

Bengkel disleksia berkala dijalankan dalam kampus UUM sejak Feb 2019. Sebelum ini bengkel-bengkel berkala dijalankan d luar kampus UUM.

dislekis

PASUKAN PENGGERAK INKUBATOR

Inkubator Disleksia UUM, penaungnya ialah VC UUM, Penasihat pula adalah PNC CAS, dan digerakkan oleh pasukan penggerak berikut

  1. Professor Dr Zulikha Binti Jamaludin, Pengerusi Program inkubator UUM merangkap perunding dan penasihat.
  2. Profesor Madya Dr Husniza Husni, Naib Pengerusi Program Inkubator Disleksia
  3. Mohamad Shibly Bin Hassan, Pengarah Program
  4. Zulkefli @ Zulkifli Bin Hassan, Koordinator Inkubator Disleksia /Guru
  5. Dr Khuzairy bin Mohd Zaini, AJK Program Inkubator
  6. Profesor Madya Dr Zakirah binti Othman, AJK Program Inkubator
  7. Major Norzilah, AJK Program Inkubator
  8. Nur Atiqah Binti Mat Yatim, Pembantu Guru
  9. Hasmiza Binti Ghazali, Pembantu Guru
  10. Syakiroh Binti Sabry, Pembantu Guru
  11. Kita juga mempunya pelajar praktikum yang mebantu P&P serta pentadbiran di Inkubator.

Go to top

SUMBER LAIN –BERGUNA

Dari laman web Dr Norzila Zakaria,  A Psychiatrist And A Lecturer At School Of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia.

Go to top

Go to top

Advertisements