Bersama murid pendidikan khas

BERCINTA‘ dengan anak-anak istimewa

Tarikh: 26-27 Ogos, 2015

Seawal jam 9.00pagi kami (Dr Wan, Dr Sobri, Shima, Iman and me) bertolak dari Hotel Renaissance Kota Bharu menuju SMK Wakaf Baru untuk tujuan mengutip data penyelidikan kami. Sambutan hangat oleh Pengetua, Cikgu Zamri dan PKP Sir Lokman adalah diluar dugaan. Cikgu Zamri baru sekatahun di sekolah ini, tetapi sir Lokman sudah berada disekolah ini sejak awal penubuhannya. Subhanallah.

pengetua

Cikgu Zamri, pengetua SMKWakaf Baru sedang beri pencerahan kepada tema kami.

Sir Lokman, Dr Sobri and Dr Wan

Sir Lokman, yang merupakan guru sekolah ini sejak penubuhannya, excited sembang dengan Dr Sobri and Dr Wan.

Kami dibawa ke dewan pendidikan khas di mana lebih 80 anak-anak istimewa sudah menunggu kami. Memang sekolah ini mempunyai sistem yang rapi dan berstruktur dalam pengurusan anak-anak ini. Pengalamannya lah barangkali yang memberi kepercayaan kepada semakin ramai ibu bapa untuk mengahantar anak-anak istimewa mereka ke sekolah ini.

zu intro

Memperkenalkan team penyelidik UUM dan UTP kepada sekolah. Sebelah saya ialah Sir Lokman (wakil pengetua), Dr Sobri, PM Dr Wan, dan Iman Nabila (UTP)

Cikgu Wan Azilal selaku MC dan cikgu kanan pendidikan khas memberi serba sedikit maklumat anak-anak ini sebelum kami meneruskan dengan sesi pengutipan data. Ada lima anak-anak autism yang sempat kami buat program intervention dengan kaedah ‘video modelling’ kali ini.

barisan

Barisan guru pendidikan khas bersama team kami.

Dr Wan, Shima dan Iman bersama anak2 autism, manakala aku dan dr Sobri sibuk mengendalikan aktiviti bersama anak-anak istimewa lain yang tergolong dalam kategori down syndrom, slow learners, dan pelbagai masalah pembelajaran lain.

zuhepithem

Dengan anak-anak istimewa ini, kutip data kena ‘sempoi’, main-main, supaya semua happy!

zu sembang

Syukurlah kalau boleh mengekalkan perhatian mereka dalam tempoh lebih satu jam. Selalunya 15 minit pun dah tak jadi apa…

give present

Menyampaikan hadiah kepada yang tanya soalan.

Ada ketikanya, air mata hampir tertumpah dari bibir mata melihat kuasa Allah melalui kelaku anak-anak ini. Maha Suci Dia, yang mencipta segala kelebihan dan keistimewaan ini…anak-anak ini walau bagaimana pun rupanya, adalah anak-anak syurga yang tiada dosa. Kita diuji melalui mereka.

observation

Para penyelidik- sambil berbual-bual dengan anak ini, sambil membuat rakaman (Dr Sobri), pemerhatian (Shima, Zu, Dr Wan) dan catatan (Iman Nabila).

Sesi tamat pada jam 12.40 di mana kami kemudian dijamu dengan makan tengahari yang sangat istimewa. Nasi ayam special bersama sagu, buah-buahan yang mewah dan sedap. Syukur Allah. Ilmu dapat, pengalaman dapat, dan makan pun dapat.

all

Sebelum pulang, sempat bergambar beramai-ramai.

puding

Pengalaman manis yang kami peroleh semanis puding yang disediakan khas oleh Cikgu Wan Azilal ini. MMuuahh! SYukran Cikgu Lal.

lal and me

Thank you cikgu Wan Azilal, for making this happen!

Dr Wan menyampaikan sumbangan dari geran penyelidikan kami kepada PPK diperhatikan semua guru-guru dan anak-anak yang hadir.

Dua hari bersama anak-anak ini sudah sangat sukar rasanya. Bagiaman pula guru-guru yang saban hari meladeni karenah mereka? Saya tabik hormat kepada mereka. Sungguh besar tanggungjawab yang dipikul dan mereka menjalaninya dengan amanah dan penuh ikhlas. Syabas cikgu. Semoga rahmat Allah sentiasa menaungi cikgu2 dan anak-anak istimewa ini.

cikgu

Mereka masih muda, tetapi guru-guru ini adalah guru2 yang cekal. Kisah mereka juga kisah duka…

Kami pulang dengan pengalaman manis.

Advertisements

Bengkel

Bengkel penulisan jurnal berimpak tinggi

Tarikh: 24 Ogos, 2015

Seawal jam 8.30 pagi bengkel ini bermula untuk membantu para ahli akademik yang masih ‘pulun’ ingin menerbitkan artikel ke jurnal-jurnal berimpak, seperti yang diindeks dalam pangkalan data scopus, WoK, Compendex dan pelbagai lagi.

Program sehari ini dikendalikan oleh JK Kebajikan PERSATU, UUM.

 

persatu announce

Brosur iklan oleh PERSATU

Banyak yang perlu diketahui tentang penulisan dalam jurnal berindeks ini. Umpamanya jenis-jenis indeks dan sumber maklumat menegnainya. Untuk pangkalan data scopus, pautan scimagojr.com elok diteroka.  Untuk pangkalan data syarikat Thompson Reuters, iaitu Web of Knowledge/Web of Science perlu dilanggani. Diantara indeks yang dibincang ialah

  1. metrik sjr (pangkalan data scopus)
  2. metrik impact factor(pangkalan data WoS ISI)
  3. metrik eigenfactor (pangkalan data scopus)
  4. metrik source normalised impact per paper –snip (pangkalan data WoS)

Maklumat googlescholar, h-indeks, half-life citation, immediacy index, impact factor 3 tahun dan 5  tahun juga dibincangkan.

Petua-petua untuk menjadi penulis yang berkaliber juga dikongsi. Untuk rujukan, slides lengkap boleh diperoleh di bawah atau daripada slideshare melalui pautan berikut:

Di antara alatan atas talian yang berguna untuk membantu penulisan yang dikongsi dalam bengkel adalah:

Happy writing!

icoci2015

International Conference on Computing and Informatics 2015

Date: 9-16 August 2015

Terbang awal dari AOR ke KUL ke Istanbul untuk lebih awal menyiapkan logistik untuk persidangan ICOCI kali ke 5 tahun ini. Kali ini ke Istanbul bersama dua anakanda kesayangan, Aslaha dan Nada. Maaflah Aman dan Hammad – Ma tak boleh bawa sebab kalian sekolah. sayang nak tinggal sekolah lama sangat dan kalian ada exam pula tu. Nanti next trip ma bawa.

Di Istanbul, kami tinggal di hotel Holiday Inn Airport Hotel, yang tidak jauh dengan University Sabahatin Zaim University (IZU), tempat persidangan berlangsung.

Kerja berlambak kena buat, apa lagi, mesej bertubi dari Cikgu Lam dan Happy Zam minta dibelikan ole-ole dari Turkey. Memanglah boleh beli (walaupun nilai ringgit terus merudum setiap hari berbanding USD, Euro, mahupun Turkish Lira) tetapi masalah nak cari masa pi shopping tu bila?

First day sampai dah terus ke IZU untuk segala urusan logistik. Jet lag? tidak sempat nak entertain jet lag atau apa-apa lag. Kita ada tugas besar dengan team ICOCI UUM dan team co-organiser di IZU.

Team ICOCI, sampai-sampai Istanbul terus ke IZU untuk urusan logistik. Dalam gambar dari kanan- Pn Zarina, me,

Team ICOCI, sampai-sampai Istanbul terus ke IZU untuk urusan logistik. Dalam gambar dari kanan- Pn Zarina, me, Niza dan Azzah. Yang lain tak jelas muka..

Sehingga petang selesaikan urusan logistik, dewan, pasang banner, susun beg, kit persidangan, meja urusetia, name tag, lanyard…segala bagai. Kembali ke hotel rasa nak pengsan. Esok hari yang panjang menanti.

zu-istanbul

Sementara menunggu barang-barang diangkut ke dewan – tak habis2 meeting. Dari kiri Dr Mazni, Prof Ku, Dr Yani, Chareen, pn Zarina, me, Aslaha, Dr Nooraini, dan Dr Mahmet.

zu2-ist

Meeting sambil berdiri sahaja. Cepat, mudah, santai. Tak payah kerusi, makan2 dsb sebagaimana yang sering kita buat kat Malaysia.

 

 

nada-ist

Nada sempat hang around sebelum memulakan tugas membantu urusetia.

Perasmian ICOCI di IZU berlangsung dnegan lancar. Hari pertama Dr Ajith Abraham dan Dr Graham Kendall bagi ucap utama. Hari kedua Prof Khaled Salah and me yang bagi ucap utama.  Tengah hari tu Aslaha dan Nada sempat curi masa pergi petik buah epal dan buah Tin di kebun universiti (dengan izin Yusef, tukang kebun). Selesai sesi dah jam 6.30petang. Balik hotel rasa macam nak luruh semua tulang…

icoci crop

Curi waktu di sebelah pagi, sebelum peserta sampai, kami posing dulu depan dewan persidangan. Banner yang nampak tu baru siap digantung semalam. Dari Kiri: En Kama, Dr Yani, Aah, Dr Mazni, Prof Ku, me, Niza, Dr Liza, Chareen dan Dr Syamsul. Ini semua tulang belakang ICOCI tahun ini.

firstDay

Ini selepas balik ke hotel sebelah petang. Dah letih. Santai dulu depan hotel sambil berkongsi kisah kejayaan pelancaran ICOCI 2015 (sepuluh tahun) hari ini.

Hari kedua persidangan, aku bentang ucap utama. Kelmarin Prof Ajith Abraham dan Prof Graham Kendal bentang. Hari kedua, aku dan Prof Khaled Salah bentang.

keynote

Prof Graham, me, dan Prof Ajith Abraham. Keynote speakers. Prof Khaled tak ada dalam ni. Maklumat keynotes boleh dicapai pada http://www.icoci.cms.net.my/icoci2015/keynote.asp

Tajuk kertas kerja yang ku bentang ialah Digital graphic novels: technology enhanced narratives for learning.  Berikut adalah snippet kertas kerja.

Capture

Snippet kertas ucap utama saya.

Kertas kerja penuh boleh dicapai melalui  http://www.icoci.cms.net.my/proceedings/2015/PDF/keynote_1.pdf

Esoknya sempat Prof Ku Ruhana (pengerusi ICOCI 2015) Bawa kami ke Bazaar Istanbul, Masjid Biru, Tokkapi dan setsen Eminönü untuk ke Bhosporous tour. Naik boat menjejaki sungai yang memisahkan Asia dan Eropah selama dua jam pergi balik (sebelah sungai adalah Eropah dan sebelah lagi adalah Asia).

tepiSungai2

Tepi sungai, tengah cari bot untuk tour. Panas sungguh hari ni. Nada tak sanggup pandang depan.

Kos naik bot ini ialah TL15 seorang. Agak murah kami fikir, rupanya naik bot macam tongkang. kecik sahaja. patutlah murah. Perjalanan hanya 2 jam sahaja pergi balik, yang dikenali dengan Short circle.

atasboat

Atas bot kecil yang sempit. Tiada peraturan keselamatan, tiada apa-apa jaket keselamatan…malah orang boleh terjun jer kalau rasa nak mandi. tak ada yang larang. Silakan.

Sebenarya untuk short circle ini harga yang patut ialah TL10 sahaja. kami sudah kena sembelih. untuk sakan syarikat ini, sebab kami ramai. setiap orang dia dah kekah sebanyak TL5. Kalau Full circle, kos sebenar ialah TL25 (kalau malam hany TL20)- yang ni hampir dua jam pergi dan dua jam balik. Ada beberapa hentian menurun dan menaikkan penumpang. Apapun, kami dah ambik yang short circle. Oklah, memandangkan kami masih letih urus ICOCI pun belum reda lagi.

Pulang tour, jalan-jalan sambil cari makan dengan En Kama dan Pn Zarina. Melintasi Spice market, kami singgah kat restoran makan nasi (yang tak ada pun rupa nasi) dengan salad yang banyak. Alhamdulillah. Then ambik teksi balik ke Hotel, Dari sini ke Holiday Inn airport hotel, tambang teksi TL42. Syukurlah kami dapat driver teksi yang tak horror atau scary macam yang Dr Nooraini, Dr Haryani dan gang dapat!

nadaBaklava

Sehari sebelum pulang, sempat juga ronda di Mall of Istanbul yang letaknya tidak jauh dari hotel kami (Holiday Inn airport hotel). Ada shuttle service ke sana. Nada dan Aslaha tidak melepaskan peluang menikmati Baklava!

NadaKakakTeh

Science and Information Conference 2015

SAI 2015

Date: 28-30 July, 2015; Venue: America Conference Centre, London, England

Stayed at Ibis London City Hotel, attending the Science and Information Conference (SAI2015) for 3 days at the America Conference Centre.

One of the signature decoration inside the conference venue. You lost your head when you are over thrilled??

I presented a paper which I co-authored with Semiu Ayobami Akanmu, entitled: Measuring InfoVis’ Decision Support Effectiveness: From Theory to Practice, which can be downloaded from:  https://www.academia.edu/14932027/Measuring_InfoVis_Decision_Support_Effectiveness_From_Theory_to_Practice

Capture

Snippet of the paper presented at SAI 2015–>how to cite this paper: Semiu A. Akanmu & Zulikha Jamaludin (2015). Measuring InfoVis’ Decision Support Effectiveness: From Theory to Practice. Proceeding of Science and Information Conference 2015, July, 28 – 30, 2015, London, United Kingdom. (Indexed in Scopus & IEEE Explore)

Present di SAI

Me in action – presenting the paper. It was on the 3rd day – you can imagine – the number of participants left is 25%

?????????????

From another angle. Thanks to Hani for taking the trouble to capture this photo.

I met new friends: Dr Svetlana from Bulgaria, Professor Dr Azuraliza my dear friend from UKM, Dr Sanaa Saleh Askool Dean of Students of Dar Al-Hekma University (Saudi Arabia) and Professor Dr Suhaili of UKM.

**Dr Azuraliza stayed at the same hotel, thus whenever I’m hungry, I have a place to hang around for some Malaysian food!! 🙂

menangSelfie

Oh, forgot to share – we also won the SAI selfie contest and each of us got these beautiful SAI t-shirt!

Travelog

AOR-KUL-LHR-Bradford-Leeds-London

Date: 20 July, 2015

Selepas berbelas tahun, aku kembali lagi ke England. Kalau dulu sebagai pelajar, kini sebagai Profesor.

Travel dari Sintok ke Kuala Lumpur, ke London Heathrow, jumpa Afifah dan suami. tinggal kat Hotel Travelodge Fanborough (dekat pusat latihan tentera). Then travel ke Bradford dari Fanborough station ke Victoria line ke King’s Cross Station then naik Virgin Train ke Leeds, then tukar Train ke Bradford Interchange (dengan keretapi Grand Central), di mana Ali Saip dah tunggu. Tiket ini semua kos dalam 40 pound, tapi suami Afifah belanja dan tak mahu terima bayaran aku. Rasa terharu sangat. dahlah semalam dia belanja makan kat restoran, fine asia cuisine – Chilly house.

Family Ali Saip yang menyediakan tempat berteduh selama 5 hari di Bradford. (Maisarah, Adi, Mus’ab, Mubin yang kecik sekali)

Di Bradford, pergi University of Bradford untuk tujuan rasmi. Then pergi visit isteri Dafi (Pn Husna) di hospital Leeds. (Beliau meninggal tiga hari selepas itu – Alfatihah untuk arwah). Memang kenangan tak boleh dilupakan apabila melihat sahabat kita berjuang dengan kanser. Allah menyayangi beliau. Bertabahlah Dafi dan anak-anak yang masih kecil. Aku hanya mampu mengiring kalian dengan doa. Semoga Allah perkenan.

Di University of Bradford. Kagum dengan bilik postgradnya yang boleh diaccess 24 jam (dengan kad pelajar) dan mempunyai pelbagai kemudahan yang kondusif untuk pelajar.

Jadual memang full. Thanks to Ali yang dah plan macam-macam aktiviti untuk aku. Ada hari kami ke car-boot sale dan ada hari ke Tasik, tengok swan dan mensyukuri pelbagai keindahan ciptaan Ilahi. Setiap hari ada sahaja aktiviti…termasuk aktiviti shopping!!

meAdi

Bersama Adi di Tarfield Park – border Leeds dan Bradford. Dari sini boleh nampak lapangan terbang Leeds.

Tasik di mana Swan hitam dan Swan putih berbaik-baik dengan golongan itik-itik.

empat juga berjamuan raya di rumah Kamal dan Norzizi (UPM). Norzizi orang Kelantan yang sedang buat post-Doc di Bradford. Seronok dapat merasa nasi dangan versi Bradford di rumah beliau.

Beraya di rumah Norzizi (Baju kuning on the right). Sempat makan nasi dagang 2 pinggan!

Ali tolong booking tiket train online untuk aku balik ke London. Balik dari Bradford Interchange dengan keretapi Grand Central direct ke King’s Cross Station (kos 36.60 pound).

Naik Grand Central dari Bradford Interchange ke King’s Cross London. Train ini walaupun train lama, ada wifi free! Sebelum ni naik Virgin Express – wifi kena bayar!

Kalau nampak banyak kipas-kipa cam ni, maknanya dah dekat dengan London…

Sepanjang jalan Bradford London yang mengambil masa 3 jam lebih, boleh tengok banyak ladang dan ternakan.

Pemandangan dati tingkap Grand Central Train – Pinggiran London tetap seperti dulu. Ladang2 yang luas, seluas mata memandang.

Stesen King’s Cross ini adalah stesen terakhir. Then, ambik teksi ke Ibis London City Hotel untuk ke persidangan SAI 2015. Kos 16 pound sterling.

dalam teksiLondon

Dalam teksi. Ada juga teksi mereka yang sama dengan sejenis teksi kita di Airport KLIA. Lapang letak beg depan mata.