BacaDisleksia

All Rights Reserved. Copyright @2008 Zulikha Jamaludin | DISCLAIMER |

BacaDisleksia

Date: 5 Jan, 2016

baca

Antara muka pengguna BacaDisleksia serta fungsi yang boleh dgunakan oleh kanak-kanak.

Antara muka pengguna BacaDisleksia serta fungsi yang boleh dgunakan oleh kanak-kanak.

Antara muka pengguna BacaDisleksia serta fungsi yang boleh digunakan oleh kanak-kanak.

*Antaramuka BacaDisleksia direka bentuk dengan konsep ‘minimalist’ untuk membolehkan perhatian murid kepada teks sahaja. tanpa gambar lain selain robot untuk membantu.

——————————————————————–

Dengan hasrat membantu murid dan anak yang struggle dengan membaca (BM, BI, Matematik, Jawi, Cina, Tamil..) saya dan dua lagi rakan penyelidik, Dr Husniza dan Dr Mustafa telah menjalankan kajian sejak bertahun lama.

Sebelum ini kami memperkenalkan BacaMax (versi tanpa pangkalan data) untuk tujuan yang sama. Walau bagaimanapun Bacamax terbatas kepada sokongan bacaan Bahasa Melayu. Atas permintaan guru, ibu bapa dan sebagai mencarabr keupayaan kami sendiri, maka kami berusaha menjalankan kajian lanjut –yang akhirnya membawa kepada penghasilan aplikasi BacaDisleksia.

BacaDisleksia dikhususkan untuk Bahasa Melayu tetapi boleh digunakan untuk mata pelajaran lain seperti matematik, Bahasa Inggeris, Jawi, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Untuk Jawi, Cina dan Tamil – guru perlu mempunyai papan kekunci dengan kasara Jawi, Cina dan Tamil.

Aplikasi ini membolehkan guru (atau ibu bapa) memasukkan huruf, perkataan, nombor, atau ayat. Bagi mengajar murid mengenal huruf, guru atau ibu bapa boleh memasukkan kategori huruf sahaja dan biar murid sebut dengan betul, secara kendiri.

Pembelajaran kendiri adalah yang paling sesuai untuk murid disleksia. Ini kerana jika sering ditegur dan diulang-ulang kesalahan mereka, selalunya mereka akan menarik diri dan mengaku kalah. Oleh itu, kaedah rakaman suara untuk memberitahu jawapan yang betul adalah lebih adil kepada mereka. Guru juga tidak perlu berulang-ulang menegur mereka apabila mereka boleh menyemak jawapan yang betul daripada rakaman yang telah dibuat.

Untuk rakaman guru, sebaiknya gunakan suara kanak-kanak supaya murid disleksia berasa tidak kekok menyemak jawapan. Rakaman suara guru sering dilihat sebagai ‘superior’ dan tidak memberi motivasi kerana murid maklum bahawa guru memang lebih pandai daripada mereka. Apabila mendengar suara kanak-kanak lain, mereka berasa seperti kawan-kawan mereka.

Jawapan murid yang diberikan dalam bentuk rakaman di dapati sangat mengujakan murid disleksia kerana mereka seronok mendengar suara mereka sendiri dimainkan. Rakaman suara mereka juga boleh disimpan (ciri ‘save’) jika guru atau ibu bapa ingin memantau dan menganalisis perkembangan bacaan murid/anak daripada hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

MUAT TURUN!!!

  1. Installer (berfungsi penuh)–>emel saya sebab saya perlu keep track pengguna BacaDisleksia–ini syarat universiti)
  2. Panduan pengguna (user guide):  https://www.dropbox.com/s/6nyelll48vyl9xv/PanduanPenggunaBacaDisleksia.pdf?dl=0
  3. Apa dan kenapa BacaDisleksia (perlu baca dokuemn ini untuk tahu pelbagai kegunaan BacaDisleksia):  https://www.dropbox.com/s/g7z7z3e8hxw2cei/Apakah%20Bacadisleksia.pdf?dl=0

Untuk mengenal huruf

Contoh, guru ingin murid kenal satu huruf seperti huruf Z, guru taip Z dalam pangkalan data dan rakam suara, ‘Z’ (zek) atau bunyikan ‘zzz’. Guru boleh tandakan tahap kesukaran sebagai ‘level 1’, dan save.

Untuk mengenal nombor

Contoh nombor ‘8’, guru taip 8 dan rakam suara, ‘lapan’ selepas mengisi nombor tersebut dalam pangkalan data dan menandakan tahap kesukarannya.

Untuk mengenal suku kata

Guru boleh taipkan dalam pangkalan data contoh suku kata  ‘ZU’ dan bunyikan sebutan ‘zu’ dalam rakaman

Untuk mengenal perkataan

Guru boleh taipkan perkataan seperti perkataan Inggeris ‘camera’ dan guru rakam suara ‘camera’ selepas membuat pembatangan suku kata dalam pangkalan data.

Untuk mengajar membaca ayat

Guru boleh masukkan ayat dalam pangkalan data seperti ‘anak ikan buntal’ dan rakam suara ayat tersebut selepas membuat pembatangan perkataan dan suku kata.

Untuk mengajar membaca ayat Bahasa Inggeris

Guru boleh masukkan ayat dalam pangkalan data seperti ‘we always play together’ dan rakam suara ayat tersebut selepas membuat pembatangan perkataan dan sukukata.

Untuk mengajar matematik

Guru boleh masukkan operasi campur, tolak, darab, bahagi atau operasi lain dalam pangkalan data. Contohnya bagi opearsi campur seperti ‘5 + 3’. Guru boleh masukkan ‘5 + 3’ dalam pangkalan data dan rakam jawapan yang betul iaitu ‘lapan’ selepas membatangkan nombor dan operasi tersebut dalam pangkalan data.

Kemudian buat pembatangan.

Semasa murid menggunakan aplikasi ini, mereka akan cuba rakam jawapan yang betul dan kemudian bandingkan dengan jawapan yang telah dirakam oleh guru (dengan klik pada robot)

Untuk mengajar kedudukan nombor

Jika ingin mengajarkan murid menyebut nombor mengikut sa-puluh-ratus-ribu dan seterusnya, guru boleh membatangkan ‘1234’ sebagai ‘1’, ‘2’, ‘3’, dan ‘4’ dalam pangkalan data dan merakam sebutan ‘satu ribu dua ratus tiga puluh empat’ sebagai jawapan yang betul.

Kemudian buat pembatangan.

Tujuan dibuat pembatangan nombor sa-puluh-ratus-ribu ialah supaya setiap kategori tersebut mempunyai warna berbeza seperti warna suku kata.

Produk ini telah mendapat liputan dalam Utusan Malaysia, Berita harian, Sinar Harian, Borneo Post, Utusan Sarawak, New Sabah Times, Berita TV1 dan Radio Kedah.

Borneo Post, 30 Disember, 2015

Borneo Post, 30 Disember, 2015

New Sabah Times,

New Sabah Times,

Utusan Sarawak

Utusan Sarawak

Utusan malaysia, 30 Disember 2015

Utusan malaysia, 30 Disember 2015

SEBARANG PERTANYAAN

Zulikha Jamaludin zulie@uum.edu.my / Husniza Husni husniza@uum.edu.my / Mustafa Alobaedy alobaedy@uum.edu.my

Atau, ‘leave a comment’ di bawah.

Advertisements