Tasik Biru

TASIK BIRU

Tarikh? aku dah lupa…tapi dalam bulan April gitulah, aku dah lama sangat tak update blog ni. Sibuk? bohonglah kalau kata tak sibuk Tapi selalu cari masa nak menulis blog. Bimbang skil merapu akan hilang.

Mula-mula kami pergi Tasik Biru kat Jitra jer…bukan obersea pun. Tasik biru? ya, memang tasik ni airnya berwarna biru. Tengok sendiri gambarnya. Mula-mula pergi cari tempat ni guna Google Map. masuk lorong2 kecil…dalam hati kata memang dah kena kantoi degan Google sekali lagi. “you have reach your destination” kata minah robot dalam Google Map tu. Uish…destination apa ni? mana tasik? mana air? kering kontang saja. hanya debu2 dan bukit batu saja ada. Nampak pakcik atas tractor tengah korek bukit, Pa pergi tanya, kat sinikah Tasik Bitu? Ya katanya. Tapi dah kering. Alamak…hancur berderai impian kami. Iman, Hammad, Kakak, Pa and me. penat kot mai masuk lorong2 misteri ni, end up sampai ke destinasi tapi tasik dah kering!

“Tapi, ada satu bahagian tasik lagi yang tak kering”, kata pakcik traktor tu. Wah, berbunga semula harapan kami. Dia sort of bagi petunjuk arah kat Pa. Maka kami pun pergi ikut arah yang ditunjuk, mula2 naik kereta, then jalan kaki. Walla! akhirnya kami jumpa juga Tasik Biru yang dicari2. Kakak yang dah mengidam nak mandi, x berlengah, nampak jer orang x ada, dia terjun dalam tasik! Terkejut aku ni…ya la, tasik tu x der orang, silap2 ada ular ke apa…mana tahu. Eh, Iman dan Muhammad apa lagi. Nak terjun samalah dah tengok kakak seronok berenang.

IMG-20180322-WA0031IMG-20180322-WA0029IMG-20180322-WA0027IMG-20180322-WA0025IMG-20180322-WA0024IMG-20180322-WA0021

Aku? heee….memang x berani. pertama, air tasik ni biru betul. entah ada bahan kimia apa aku tak tahulah. kedua, entah2 ada makhluk apa dalam air tu. hanya celup2 kaki saja. ha..ha..ha..oklah kalau hangpa nak kata aku penakut.

IMG-20180322-WA0017IMG-20180322-WA0016IMG-20180322-WA0015

Aku tumpang seronok tengok anak2 mandi. Sambil posing2 dengan Pa. Guess what, depa mandi sampai maghrib! gelap gulita dah wei. Panggil naik semua, kami pergi masjid berdekatan, solat magrib then pergi makan steamboat!

IMG-20180322-WA0030

Demikian, just to share satu lagi tempat yang sedikit berbeza yang ada di Kedah ni. Sayangnya, kawasan tasik ini makin lama makin kecil…jadi sebelum ia habis kering semuanya, sempat lagi la nak pi visit!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s