icoci2015

International Conference on Computing and Informatics 2015

Date: 9-16 August 2015

Terbang awal dari AOR ke KUL ke Istanbul untuk lebih awal menyiapkan logistik untuk persidangan ICOCI kali ke 5 tahun ini. Kali ini ke Istanbul bersama dua anakanda kesayangan, Aslaha dan Nada. Maaflah Aman dan Hammad – Ma tak boleh bawa sebab kalian sekolah. sayang nak tinggal sekolah lama sangat dan kalian ada exam pula tu. Nanti next trip ma bawa.

Di Istanbul, kami tinggal di hotel Holiday Inn Airport Hotel, yang tidak jauh dengan University Sabahatin Zaim University (IZU), tempat persidangan berlangsung.

Kerja berlambak kena buat, apa lagi, mesej bertubi dari Cikgu Lam dan Happy Zam minta dibelikan ole-ole dari Turkey. Memanglah boleh beli (walaupun nilai ringgit terus merudum setiap hari berbanding USD, Euro, mahupun Turkish Lira) tetapi masalah nak cari masa pi shopping tu bila?

First day sampai dah terus ke IZU untuk segala urusan logistik. Jet lag? tidak sempat nak entertain jet lag atau apa-apa lag. Kita ada tugas besar dengan team ICOCI UUM dan team co-organiser di IZU.

Team ICOCI, sampai-sampai Istanbul terus ke IZU untuk urusan logistik. Dalam gambar dari kanan- Pn Zarina, me,

Team ICOCI, sampai-sampai Istanbul terus ke IZU untuk urusan logistik. Dalam gambar dari kanan- Pn Zarina, me, Niza dan Azzah. Yang lain tak jelas muka..

Sehingga petang selesaikan urusan logistik, dewan, pasang banner, susun beg, kit persidangan, meja urusetia, name tag, lanyard…segala bagai. Kembali ke hotel rasa nak pengsan. Esok hari yang panjang menanti.

zu-istanbul

Sementara menunggu barang-barang diangkut ke dewan – tak habis2 meeting. Dari kiri Dr Mazni, Prof Ku, Dr Yani, Chareen, pn Zarina, me, Aslaha, Dr Nooraini, dan Dr Mahmet.

zu2-ist

Meeting sambil berdiri sahaja. Cepat, mudah, santai. Tak payah kerusi, makan2 dsb sebagaimana yang sering kita buat kat Malaysia.

 

 

nada-ist

Nada sempat hang around sebelum memulakan tugas membantu urusetia.

Perasmian ICOCI di IZU berlangsung dnegan lancar. Hari pertama Dr Ajith Abraham dan Dr Graham Kendall bagi ucap utama. Hari kedua Prof Khaled Salah and me yang bagi ucap utama.  Tengah hari tu Aslaha dan Nada sempat curi masa pergi petik buah epal dan buah Tin di kebun universiti (dengan izin Yusef, tukang kebun). Selesai sesi dah jam 6.30petang. Balik hotel rasa macam nak luruh semua tulang…

icoci crop

Curi waktu di sebelah pagi, sebelum peserta sampai, kami posing dulu depan dewan persidangan. Banner yang nampak tu baru siap digantung semalam. Dari Kiri: En Kama, Dr Yani, Aah, Dr Mazni, Prof Ku, me, Niza, Dr Liza, Chareen dan Dr Syamsul. Ini semua tulang belakang ICOCI tahun ini.

firstDay

Ini selepas balik ke hotel sebelah petang. Dah letih. Santai dulu depan hotel sambil berkongsi kisah kejayaan pelancaran ICOCI 2015 (sepuluh tahun) hari ini.

Hari kedua persidangan, aku bentang ucap utama. Kelmarin Prof Ajith Abraham dan Prof Graham Kendal bentang. Hari kedua, aku dan Prof Khaled Salah bentang.

keynote

Prof Graham, me, dan Prof Ajith Abraham. Keynote speakers. Prof Khaled tak ada dalam ni. Maklumat keynotes boleh dicapai pada http://www.icoci.cms.net.my/icoci2015/keynote.asp

Tajuk kertas kerja yang ku bentang ialah Digital graphic novels: technology enhanced narratives for learning.  Berikut adalah snippet kertas kerja.

Capture

Snippet kertas ucap utama saya.

Kertas kerja penuh boleh dicapai melalui  http://www.icoci.cms.net.my/proceedings/2015/PDF/keynote_1.pdf

Esoknya sempat Prof Ku Ruhana (pengerusi ICOCI 2015) Bawa kami ke Bazaar Istanbul, Masjid Biru, Tokkapi dan setsen Eminönü untuk ke Bhosporous tour. Naik boat menjejaki sungai yang memisahkan Asia dan Eropah selama dua jam pergi balik (sebelah sungai adalah Eropah dan sebelah lagi adalah Asia).

tepiSungai2

Tepi sungai, tengah cari bot untuk tour. Panas sungguh hari ni. Nada tak sanggup pandang depan.

Kos naik bot ini ialah TL15 seorang. Agak murah kami fikir, rupanya naik bot macam tongkang. kecik sahaja. patutlah murah. Perjalanan hanya 2 jam sahaja pergi balik, yang dikenali dengan Short circle.

atasboat

Atas bot kecil yang sempit. Tiada peraturan keselamatan, tiada apa-apa jaket keselamatan…malah orang boleh terjun jer kalau rasa nak mandi. tak ada yang larang. Silakan.

Sebenarya untuk short circle ini harga yang patut ialah TL10 sahaja. kami sudah kena sembelih. untuk sakan syarikat ini, sebab kami ramai. setiap orang dia dah kekah sebanyak TL5. Kalau Full circle, kos sebenar ialah TL25 (kalau malam hany TL20)- yang ni hampir dua jam pergi dan dua jam balik. Ada beberapa hentian menurun dan menaikkan penumpang. Apapun, kami dah ambik yang short circle. Oklah, memandangkan kami masih letih urus ICOCI pun belum reda lagi.

Pulang tour, jalan-jalan sambil cari makan dengan En Kama dan Pn Zarina. Melintasi Spice market, kami singgah kat restoran makan nasi (yang tak ada pun rupa nasi) dengan salad yang banyak. Alhamdulillah. Then ambik teksi balik ke Hotel, Dari sini ke Holiday Inn airport hotel, tambang teksi TL42. Syukurlah kami dapat driver teksi yang tak horror atau scary macam yang Dr Nooraini, Dr Haryani dan gang dapat!

nadaBaklava

Sehari sebelum pulang, sempat juga ronda di Mall of Istanbul yang letaknya tidak jauh dari hotel kami (Holiday Inn airport hotel). Ada shuttle service ke sana. Nada dan Aslaha tidak melepaskan peluang menikmati Baklava!

NadaKakakTeh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s