Bengkel penulisan jurnal berimpak tinggi
Tarikh: 24 Ogos, 2015
Seawal jam 8.30 pagi bengkel ini bermula untuk membantu para ahli akademik yang masih ‘pulun’ ingin menerbitkan artikel ke jurnal-jurnal berimpak, seperti yang diindeks dalam pangkalan data scopus, WoK, Compendex dan pelbagai lagi.
Program sehari ini dikendalikan oleh JK Kebajikan PERSATU, UUM.
Banyak yang perlu diketahui tentang penulisan dalam jurnal berindeks ini. Umpamanya jenis-jenis indeks dan sumber maklumat menegnainya. Untuk pangkalan data scopus, pautan scimagojr.com elok diteroka. Untuk pangkalan data syarikat Thompson Reuters, iaitu Web of Knowledge/Web of Science perlu dilanggani. Diantara indeks yang dibincang ialah
- metrik sjr (pangkalan data scopus)
- metrik impact factor(pangkalan data WoS ISI)
- metrik eigenfactor (pangkalan data scopus)
- metrik source normalised impact per paper –snip (pangkalan data WoS)
Maklumat googlescholar, h-indeks, half-life citation, immediacy index, impact factor 3 tahun dan 5 tahun juga dibincangkan.
Petua-petua untuk menjadi penulis yang berkaliber juga dikongsi. Untuk rujukan, slides lengkap boleh diperoleh di bawah atau daripada slideshare melalui pautan berikut:
Di antara alatan atas talian yang berguna untuk membantu penulisan yang dikongsi dalam bengkel adalah:
- Thesis builder http://www.tommarch.com/electraguide/thesis.php
- Check your paper quality – be your own editor: http://www.hemingwayapp.com/ (highlight the common errors and long sentences that need corrections).
- Guide to grammar and writing http://grammar.ccc.commnet.edu/grammar/
- Building writing habit – daily journal writing: https://penzu.com/
- Digital tool for researchers: http://connectedresearchers.com/online-tools-for-researchers/
- Search with concept linking http://www.instagrok.com/
- The readability test tool http://read-able.com/
- (PAID) Professional assistance to students who need advice with writing. The company has hired PhD tutors from various areas of study, so its users can get reliable help regarding the topic they need. http://www.essaymama.com/
- and also http://paper-builder.com/
Happy writing!