cinta ilmu, sayang pelajar

CINTA ILMU, SAYANG PELAJAR

Ada yang tanya saya hari ni, apa kriteria nak jadi professor? saya cakap cinta ilmu dan sayang pelajar. Pulun cari ilmu agama-dunia-akhirat, dan doakan pelajar setiap solat.

Cinta ilmu. Cakap saja tak jadi. kena buktikan dengan hasil yang ‘tangible’. Betul cinta ilmu? Ya. Apa buktinya? Berapa kali khatam Quran dalam setahun? berapa banyak buku dlm bidang kita, habis dibaca? Ada menulis artikel? terbit dalam journal? ada hasilkan buku? untuk siapa ditujukan buku2 tersebut? Ada organise majlis ilmu? siapa yang hadir? …ini semua ‘output’ yang kita perlu zahirkan jika benar kita cinta ilmu. bukan setakat cari, tetapi jana ilmu baru dan sebarkan ilmu tersebut, communiacte the message accross. reach as many people as possible…pada saya, itulah maknanya mencintai ilmu.

focus

Pelajar saya dalam kelas SZRZ6014 – sedang focus. (Dari kiri: Nabil, Omar, Aween, & Husna)

Sayangi pelajar pula, bukan maksudnya ikut semua kehendak mereka. tak masuk kelas tak apa, tak buat tugasan tak apa, ..itu cari popularity namanya. Pelajar, kenali dahulu mereka. fahami mereka. Perlu lihat apa yang baik untuk mereka. Pelajar selalu salah anggap – oh, kalau tak bagi A maka kita jadi ‘lecturer killer’. Hampeh sungguh hangpa ni. Sebenarnya A bukan diberi tetapi apa yang kalian raih. A perlu diraih sendiri. Bagaimana caranya? kembali kepada mencintai ilmu. Jika pelajar benar2 mencintai ilmu, datang kulian untk mencari ilmu, berbahas dengan nawaitu yang benar untuk ilmu, demiNya…maka A dengan sendirinya akan menyusul. percayalah jika anda kejar A, anda hanya akan dapat A. Ilmu belum tentu ada punyai. Tetapi jika anda kejar ilmu, A akan datang bergolek.

happy-solved

Mencitai ilmu – Saya doakan pelajar saya selalu berada di landasan yang betul dalam mengejar cita2. (Dari belakang Liz dan Ahmed, Depan- Ulfah, Khairah dan Siti Solehah)

 

progressing

Kelas selalu riuh. Belajar mestilah dengan nawaitu yang betul, in sya Allah semua akan mudah. (Dari kiri – Fairil, Juma, Abu Baker, dan Aimi)

 

Leave a comment