The Tree Top Walk

THE TREE TOP WALK, SUNGAI SEDIM KULIM

Dated: 18-19 September, 2014

Venue: Sungai Sedim, Karanga, Kulim Kedah.

Sangat gembira rasanya dapat mengembara ke puncak-puncak pokok dan melihat ke bawah pemandangan yang sungguh Indah. Mendongak ke atas melihat kebesaran Tuhan, menunduk ke bawah, menyaksikan kasih sayangNya dalam pelbagai rupa – sungai yang mengalir perlahan, batuan yang membentuk cerunan indah, hamparan hijau dedaunan yang menyejukkan jiwa raga! wah, sampai saya boleh jadi penyair melihat keindahan tersebut.

TTW-1

Ini entrance TTW. Posing dulu sebelum mendaki jambatan puncak pokok. Sedang posing ialah mama, Pa dan Iman.

Memasuki perkarangan tree top walk (TTW) ini kena tahan penjaga jalan – eh, kena bayar parking RM3.00 sehari. Hmm…kita yang dah booking accommodation kat dalam tu pun kena bayar parking? aduhai…niat sedekah jer lah.

Masuk kawasan perkelahan sungai sedim, cari tempat penginapan tak jumpa. Tanya penjual kat kawasan perkelahan Sungai Sedim, depa kata kat luar. keluar lagi, tanya kat mana Villa Bintang? Eh, orang kat luar kata kat dalam pula. so pi-mai dua kali, baru jumpa. rupanya dalam kawasan TTW yang agak melencong sedikit daripada kawasan perkelahan Sungai Sedim.

TTW-2

Betul-betul hutan segar. cahaya matahari hanya boleh mengintip-ngintip sahaja. Ini dalam perjalanan ke jambatan atas puncak pokok. Dalam ni Iman, Aman, Mama dan Hammad. mama bergayut kat akar pokok – ada macam Tarzan tak?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sambil berjalan menuju ke titian atas pokok, kami sempat bergayut-gayut kat akar2 pokok..alah, macam yang Tarzan buat tu lah. Gambar-gambar berikut ni gambar kami dah mula mendaki dan menelusuri hutan Sedim ini melalui ‘perjalanan di puncak pokok2’. Pengalaman yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.

1809201410182

Baru beberapa meter berjalan dah rasa letih. Tapi hepi sangat. Hammad (baju merah) dah pening2 lalat. Ketika ini ketinggian baru 10 meter dari aras tanah.

 

Oh, lupa nak cakap. Tiket untuk mendaki jambatan atas poko ini berharga RM10 untuk seorang dewasa, dan RM6 untuk kanak-kanak (17 tahun ke bawah). tetapi memang berbalio-baloi. Ini adalah jambatan atas pokok terpanjang di dunia. Jarak hampir mencecah 1 kilometer.

 

TTW-3

Dari puncak pokok pada ketinggian 15 meter – boleh lihat sungai yang mengalir di bawah…nampak tak sungai kat bawah tu? Subhanallah. Tiada nikmatNya yang dapat kita dustakan.

TTW-4

Jambatan atas pokok yang panjang, tinggi, memenatkan – tetapi sangat menggembirakan. Tak ramai yang dapat momen-momen seperti ini. In the picture – mama, Aman dan Hammad yang tak lepas dengan kamera nya.

ttw6

Ini puncak tertinggi, 26 ++ meter dari aras tanah. Yeay..we’ve made it.

TTW-5

Dalam perjalanan turun. Masih kelihatan akar pokok tempat tarzan bergayut…

ttw7

Yeah, sudah selamat menuruni jambatan atas pokok, menuju ke bumi semula. bye-bye semua pucuk2 pokok. pa hepi, mission accomplished.

ttw-8

Aktiviti seterusnya yang terdapat di TTW ini ialah Flying fox. harga RM15 seorang. Ini Aman sedang menerjuni host. Semua terbang termasuk Iman sikecil. Oh, Pa tak mahu terbang…katanya dia dah biasa dengan aktiviti ini. nothing new. Well, it is new for me…^^^

ttw9

Seterusnya MANDI SUNGAI…hooreeyyyy. Kelihatan kat atas tu adalah jambatan yang kami naik tadi. itu tempat paling rendah – masa mula mendaki.

ttw10

Aktiviri bersosial bersama anak-anak. Having a smalltalk. Jarang2 nak dapat moment macam ni. mama ada rupa ikan duyung tak?

ttw11

Terliur tak nak mandi sungai? Memang best sangat. air jernih, sejuk…dan paling best, tempat ni exclusively allowed ONLY to our family. Pengurus TTW telah bermurah hati membenarkan kami mandi kat sini, instead of tempat perkelahan orang ramai. Syukran.

ttw12

Ok, sampai di sini dahulu cerita di TTW. In a nutshell, we have lots of fun! Thank you Allah for this gift.

Advertisements

3 thoughts on “The Tree Top Walk

  1. Waduh…waduhhhhhh….Sedapnya ayat2 puisi prof. Sejak terpikat dgn air dan pokok terus prof jatuh cinta pada puisi ekk???hehehehe… Ya! Puisi itu belahan jiwa yang muncul dlm erti yang tidak mampu mencapai ertinya 🙂
    Bestnya! Tp lum rasa lagi Air Gunung Jerai Sg Raga, Perigi Yan…ada Titi Gantung. Entah2 tak mau balik2 nanti.hehehe

  2. Saya berpuisis hanya bila berinteraksi dengan alam…kalau berunteraksi dengan orang tak sanggup nak berpuisi! Kat sungai raga Perigi yan dll tu – tempat orang ramaikah? kalau tempat orang ramai tak berapa suka sebab selalunya kotor.
    Next rip ke Bukit Bendera dan tama tema escape, penang. Nak ikut?

  3. Iya….
    Alam itu bisa berkomunitas bersama jiwa andai memiliki sekeping jiwa yang halus.
    Namun ia tidak bisa diungkap andai miliki jiwa yang keras dan kasar.
    Barangkali saya harus hadir les (kelas tambahan) dari prof tentang Alam dan Manusia itu. Sekilas pandang terasa prof seorang yang begitu pakar mencoret puisi juga. Yokkk kongsi yokkk buat kami semua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s