Viva Malaysiaku 57 tahun!

MALAYSIAKU 57 TAHUN

Terpujilah Malaysiaku.
Namamu selalu hidup dalam sanubariku.
Walau ayah ibuku pernah terkapar luka di sini…di tanah ini,
…semua menjadi ukiran indah dalam hatiku.
Terpujilah Malaysiaku.
Menyebut namamu selalu membangkitkan cinta.
Kemanapun aku pergi, selalu ku bawa rasa bangga menjadi seorang wargamu
Di manapun aku berada, aku selalu merasa ingin segera pulang.
…aku ingin pulang.
Terpujilah Malaysiaku.
Untukmu aku akan terus berjuang dengan caraku sendiri
Walau tanpa tanda jasa
…untuk diperingati sesiapa.

Zulikha, 31 Ogos, 2014
Viva Malaysiaku 57 tahun!

9 thoughts on “Viva Malaysiaku 57 tahun!

  1. Lagu WARISAN
    Disini lahirnya sebuah cinta
    Yang murni abadi sejati
    Disini tersemai cita cita
    Bercambah menjadi warisan

    ( korus )
    Andai ku terbuang tak diterima
    Andai aku disingkirkan
    Kemana harusku bawakan
    Kemana harusku semaikan cinta ini

    Betapa
    Dibumi ini ku melangkah
    Keutara selatan timur dan barat
    Ku jejaki

    Aku
    Bukanlah seorang perwira
    Gagah menjunjung senjata
    Namun hati rela berjuang
    Walau dengan cara sendiri
    Demi cinta ini

    ( ulang korus )

    Ku ingin kotakan seribu janji
    Sepanjang kedewasaan ini
    Ku ingin sampaikan pesanan
    Aku lah penyambung warisan

    Oleh: Syed Haron Ahmad
    Sebuah lagu yang sering didendangkan oleh AL Marhum Ibu saya di mesin jahitnya. Tulah lagu kesukaannya. Kadangkala beliau mendendangkan dengan linangan air mata sambil asyik menjahit. Sehingga sy mampu menghafal lagu ini dan lagu ANAK KECIL MAIN API sejak di sek rendh dan tadika lagi. Namun tiada anak2 yg faham apa yg tersemat di jiwanya.. Namun itulah SEMANGAT YG TIDAK PERNAH TERPADAM di dlm jiwanya seperti semangat yg ada dlm jiwa prof juga.
    Beliaulah sebenarnya PENYAMBUNG WARISAN PENDIDIKAN DLM HIDUP SAYA!

  2. Adoi laaa……Kna sebijikkk nampaknya nie! Mcm buah kelapa jatuh atas kepala sy jer nieee prof??? Nak Masuk ICU pun x da hospital yg nak terima pesakit cedera dlm tp sihat di luar mcm nieee.
    Prof tau…
    Mak sy selalu tanya saya….Agak2 terasa tak???
    Eeeeeee…time tu sy memang selalu stress nak jawab
    wpun hanya Dua huruf iaitu…. YA!

    Untung laaa mak prof x pernah buli prof.
    Sy ni x sempat nak besar….
    Baruuuu jer nak besarr sikit…. daaaah jd kecillll semula.
    baru jer dh jd kecillll….dh jadi lg keeeeecilll.Huhuhuhu
    Mcm ni bila ler saya nak besar2 agak2 prof???
    Confirm ler sy x akan pernah sempat besar2 dh ler lg.
    Setia dgn saiz XXS jer laah selamanya.Hehehe
    -Pelajar XXS-

  3. Buktikanlah dgn CINTA…..
    Kerana…..
    Andai dibuktikan dengan TENAGA….Maka tenaga kian hilang disambar USIA..
    Andai dibukti dgn HARTA….Maka harta kan lenyap dlm lipatan ZAMAN…
    Andai dibukti dgn JIWA…. Maka jiwa akan mati ditelan KEMATIAN…
    Namun BUKTIKANLAH ia dengan Sebuah CINTA!

    • cinta benda abstract. tak boleh nampak secara tangible and tak boleh ukur dengan pembaris. Sebab tu orang ramai berani cakap I love you la, bukti dengan cinta la…Cinta pun kena dibuktikan dengan perlakuan yang tangible…bukan dengan sajak demi sajak. Orang tak kenyang makan sajak.

      • Emmmmm……yer ler! Semua org sibuk minta geran utk ukur component segala bagai. Tp mengapa ekk x da org minta geran utk ukur SKALA CINTA??? Bukankah lebih menarik kajian tersebut??Yaaa….SKALA CINTA!……….Mungkin ramai researcher takuttt kerana CINTA ITU BUTA barangkal kotttt…..dan CINTA itu jg MELALAIKAN. Heheheeee. Tp mereka terlupa bahawa kerana CINTA itu juga wujudnya MEREKA DI DUNIA. Itulah hebatnya SEBUAH CINTA!…………. X perlu bersuara tp ia WUJUD MEMENUHI MUKA BUMI DUNIA dgn membawa TANDA CINTA 🙂

  4. kerana…………CINTA tidak pernah HILANG! LENYAP dan MATI!
    ia akan terus hidup dalam setiap titis-titis darah yg ingin MENYINTAI!
    itulah CINTA….
    Ia tidak perlu DIBUKTIKAN!
    malah juga MEMBUKTIKAN!

  5. Cuba jawab andai prof bijak bistari.

    Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama, kurang pd rupa, Kecil di China, besar di Arab, ada di sana, tak ada disini, ada di besar, x ada dikecil, 2 di atas, 2 di bawah,2 di kanan, x ada di kiri, 1 pada emak, 2 pada ayah, ada kat ayam, tak de kat itik, ada di masjid, x ada dikuil….Tiada dirindu, tapi lebih pada sayang. Apakah jawapannya prof?? Cuba teka….. (Cewahhh mcm Nujum Pak Belalang lak ni) kehh kehhh… kehhh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s